Delimawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Delimawati binti Ismail ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 1958[1] mula menceburi bidang lakonan selepas diperkenalkan pengarah Mat London pada 1987.

Nama beliau mula naik dengan watak Cik Kiah melalui telefilem popular Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan kemudian melonjak sekali lagi sebagai Kak Limah dalam siri filem Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah oleh Mamat Khalid.[2]

Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Johar, Juliana (27 Jun 2018). "Kak Limah Malu Naik Pelamin Lagi Di Usia Cecah 60 Tahun". KopiPlanet.com. 
  2. ^ Muhamad Fairoz Azizan (28 Jun 2018). "Kak Limah teringin bernikah lagi". BH Online. Dicapai 25 Julai 2018. 
  3. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai 18 Mei 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]