Mathieu Debuchy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mathieu Debuchy
Debuchy 2014 community shield.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMathieu Debuchy[1]
Tarikh lahir (1985-07-29) 29 Julai 1985 (umur 33)
Tempat lahirFretin, Perancis
Ketinggian1.77 m (5 ka 10 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniArsenal
Nombor2
Kerjaya remaja
1992–1993Frétin
1993–2003Lille
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2013Lille233(16)
2013–2014Newcastle United43(1)
2014–Arsenal4(0)
Pasukan kebangsaan
2011–Perancis26(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 16:00, 13 September 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 4 September 2014 (UTC)

Mathieu Debuchy (lahir 28 Julai 1985) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Liga Perdana Arsenal. Dia selalunya bermain di posisi pertahanan kanan, tetapi memulakan karier beliau sebagai pemain tengah.

Dia menghabiskan sembilan musim setengah bersama Lille, memenangi Ligue 1 dan Piala Perancis pada musim 2010-2011. Dia menyertai Newcastle United pada Januari 2013, dan ditandatangani oleh Arsenal pada Julai 2014.

Debuchy membuat penampilan sulung bersama Pasukan kebangsaan Perancis pada tahun 2011. Sehingga kini, dia telah membuat 25 penampilan termasuk bermain ketika UEFA Euro 2012 dan Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Newcastle United[sunting | sunting sumber]

Tujuh bulan selepas tawaran mereka gagal, kelab Inggeris Newcastle United menandatangani Debuchy dengan kontrak lima tahun setengah pada 4 Januari 2013, dengan yuran yang tidak didedahkan dilaporkan sekitar £5.5 juta.[2][3] Dia membuat penampilan sulung untuk Newcastle pada 12 Januari 2013 ketika menentang Norwich City.[4][5]

Arsenal[sunting | sunting sumber]

Debuchy bersama Arsenal pada tahun 2014

Debuchy berpindah ke satu lagi kelab Liga Perdana Arsenal pada 17 Julai 2014, menandatangani kontrak jangka panjang dengan yuran yang tidak didedahkan (dipercayai sekitar £12 juta[6]) dan diberi jersi bernombor 2.[7] Dia berkata "bermain sekali lagi dalam Liga Juara-Juara merupakan satu keterujaan besar buat saya dan saya akan buat yang terbaik untuk membantu Arsenal bersaing untuk trofi".[8]

Dia membuat penampilan sulung untuk Arsenal ketika kemenangan 3−0 mereka ke atas juara bertahan liga Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2014 di Stadium Wembley pada 10 Ogos 2014.[9] Enam hari kemudian dia bermain dalam Liga Perdana sebagai pemain Arsenal buat pertama kali, percubaannya semasa masa kecederaan diselamatkan sebelum dijaringkan oleh Aaron Ramsey untuk kemenangan 2–1 di tempat sendiri menentang Crystal Palace.[10] Debuchy dibuang padang pada 27 Ogos ketika kemenangan Arsenal ke atas Beşiktaş dalam play-off Liga Juara-Juara.[11]

Pada 13 September 2014, Debuchy rosak ligamen pergelangan kaki ketika seri 2–2 dengan Manchester City. Dia diberikan oksigen dan diusung keluar dari padang.[12] Susulan pembedahan, dia akan terlepas tiga bulan.[13][14]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Debuchy dan Jordi Alba ketika suku akhir Euro 2012

Debuchy telah bermain untuk pasukan bawah-21. Pada 5 Ogos 2010, Debuchy dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh pengurus baru Laurent Blanc untuk perlawanan persahabatan menentang Norway pada 11 Ogos 2010 tetapi tidak memenangi kap pertamanya sehingga bulan November 2011. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis ketika perlawanan persahabatan menentang Iceland di Valenciennes pada 27 Mei 2012.[15]

Blanc memilih Debuchy dalam skuad 23 pemain untuk UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine pada 29 Mei 2012. Dia bermula sebagai pertahanan kanan Les Bleus dalam perlawanan pembukaan menentang England, membantu pasukannya untuk seri 1–1, di mana prestasinya telah dipuji sebagai "luar biasa"[16].[17] Dia bermain 90 minit penuh untuk Perancis ketika perlawanan kedua kumpulan ketika kemenangan 2–0 ke atas Ukraine pada 15 Jun,[18] dan bermain dalam baki perlawanan mereka sebelum disingkirkan Sepanyol di peringkat suku akhir.

Debuchy dinamakan Didier Deschamps dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[19] Dia bermain dalam semua perlawanan mereka ketika mereka layak ke suku akhir, kecuali ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ecuador di mana Bacary Sagna bermain di tempatnya.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 4 Julai 2014[20]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2011 2 0
2012 11 1
2013 5 1
2014 8 0
Jumlah 26 2

Gol antarabangsa

Sehingga 11 Oktober 2013
No. Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1
27 Mei 2012 Stade du Hainaut, Valenciennes, Perancis  Iceland
1–2
3–2
Persahabatan
2
11 Oktober 2013 Parc des Princes, Paris, Perancis  Australia
5–0
6–0
Persahabatan

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Lille
Arsenal

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada asal pada 25 September 2013. Dicapai 17 August 2013. 
  2. ^ "Mathieu Debuchy: Newcastle sign France international". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 4 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2013. Dicapai 4 January 2013. 
  3. ^ Anthony Marshall (4 January 2013). "Newcastle complete Debuchy signing". Newcastle United F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2013. Dicapai 4 January 2013. 
  4. ^ "Norwich v Newcastle: Debuchy Starts". Newcastle United F.C. 12 January 2013. Dicapai 12 January 2013. 
  5. ^ Mandeep Sanghera (12 January 2013). "Norwich v Newcastle". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2013. Dicapai 12 January 2013. 
  6. ^ "Arsenal complete transfer of Mathieu Debuchy from Newcastle United for £12 million". The Telegraph. 17 July 2014. Dicapai 17 July 2014. 
  7. ^ "Arsenal complete Mathieu Debuchy signing". Arsenal. 17 July 2014. Dicapai 17 July 2014. 
  8. ^ "Mathieu Debuchy: Defender joins Arsenal from Newcastle". BBC Sport. 17 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2014. Dicapai 17 July 2014. 
  9. ^ "Arsenal beat City in Community Shield". ESPN FC. 10 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2014. Dicapai 10 August 2014. 
  10. ^ Chowdhury, Saj (16 August 2014). "Arsenal 2-1 Crystal Palace". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2014. Dicapai 16 August 2014. 
  11. ^ McNulty, Phil (27 August 2014). "Arsenal 1-0 Besiktas". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2014. Dicapai 28 August 2014. 
  12. ^ "Mathieu Debuchy: Arsenal defender suffers ankle injury". BBC Sport. 13 September 2014. Dicapai 13 September 2014. 
  13. ^ Orr, James (15 September 2014). "Mathieu Debuchy injury: Arsene Wenger says Hector Bellerin is now ready for first-team after revealing Debuchy is out for 'long period'". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2014. Dicapai 19 September 2014. 
  14. ^ "Mathieu Debuchy: Arsenal defender out for three months". BBC Sport. 22 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2014. Dicapai 4 October 2014. 
  15. ^ "France 3 Iceland 2: Les Bleus come from behind to rescue victory". Mail Online. London: Daily Mail. 27 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2012. 
  16. ^ "England 1 France 1: Hodgson's men off the mark as Three Lions share draw with Group D heavyweights in opening match". Daily Mail. London: Daily Mail. 
  17. ^ Winter, Henry (12 June 2012). "England up and running after 1-1 opening draw against France at Euro 2012 but work is needed". The Daily Telegraph. London. 
  18. ^ Ian Ladyman (15 June 2012). "Ukraine 0 France 2: Les Bleus strike twice after lightning and thunderstorms halt clash". Mail Online. London: Daily Mail. Diarkibkan daripada asal pada 31 August 2012. 
  19. ^ "World Cup 2014: Samir Nasri and Gael Clichy not in France squad". BBC Sport. 3 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2014. Dicapai 17 July 2014. 
  20. ^ (Inggeris) Debuchy Profil Mathieu Debuchy pada National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]