Jordi Alba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jordi Alba
Jordi Alba Euro 2012.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJordi Alba Ramos
Tarikh lahir (1989-03-21) 21 Mac 1989 (umur 30)
Tempat lahirL'Hospitalet, Sepanyol
Ketinggian1.65 m (5 ka 5 in)[1]
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniBarcelona
Nombor18
Kerjaya remaja
1996–1998Hospitalet
1998–2005Barcelona
2005–2007Cornellà
2007Valencia
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2007–2008Valencia B18(5)
2008–2012Valencia74(5)
2008–2009Gimnàstic (pinjaman)35(4)
2012–Barcelona57(3)
Pasukan kebangsaan
2006Sepanyol B196(1)
2009Sepanyol B209(0)
2008–2011Sepanyol B214(0)
2012Sepanyol B234(0)
2011–Sepanyol33(5)
2008–Catalonia4(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 22 Disember 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 28 Disember 2014

Jordi Alba Ramos (lahir 21 Mac 1989) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Valencia[sunting | sunting sumber]

Alba membuat debut untuk Valencia pada 13 September 2009 ketika menang 4-2 ke atas Real Valladolid.[2] Beliau kemudian bermain dua perlawanan Liga Europa menentang Lille dan Salvia Prague. Pada 11 Arpril 2010, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Valencia ketika tewas 3-2 kepada RCD Mallorca.[3]

Pada musim 2010-11, beliau bermain 27 perlawanan liga dan Valencia berjaya menduduki tempat ketiga serta layak ke Liga Juara-Juara.

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2012, Alba menandatangani kontrak lima tahun bersama Barcelona dengan bayaran €14 juta.[4] Beliau membuat debut untuk Barcelona pada 19 Ogos ketika menang 5-1 ke atas Real Sociedad.[5]

Alba menjaringkan gol pertamanya untuk Blaugrana pada 20 Oktober 2012 ketika menang 5-4 ke atas Deportivo dan beliau juga menjaringkan gol sendiri pada perlawanan itu. Beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Barca ketika menentang Celtic pada perlawanan Liga Juara-Juara, 2-1.[6]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Alba meraikan jaringan golnya ketika aksi Euro 2012.

Alba menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Sepanyol pada 30 September 2011 untuk menentang Republik Czech dan Scotland pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016.[7] Beliau membuat debut untuk Sepanyol ketika menang 3-1 ke atas Scotland pada 11 Oktober. Beliau membuat hantaran kepada David Silva untuk menjaringkan gol pembukaan.

Alba termasuk dalam skuad Sepanyol yang beraksi di Euro 2012 oleh pengurus Vincente del Bosque. Beliau bermain kesemua perlawanan sehingga Sepanyol menjadi juara. Beliau membuat hantaran kepada Xabi Alonso untuk menjaringkan gol pembukaan, 2-0 ketika perlawanan suku akhir menentang Perancis].[8] Beliau juga menjaringkan gol kedua Sepanyol ketika perlawanan akhir menentang Itali sebelum Sepanyol dinobatkan sebagai juara Eropah selepas menewaskan Itali, 4-0.

Alba mengambil bahagian di Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brazil. Beliau menjaringkan dua gol ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Nigeria, 3-0.[9] Alba bermain ketiga-tiga perlawanan Sepanyol di Piala Dunia FIFA 2014 sebelum juara dunia itu tersingkir.[10]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
1 Julai 2012 Kiev, Ukraine  Itali
2–0
4–0
UEFA Euro 2012
2
12 Oktober 2012 Minsk, Belarus  Belarus
0–1
0-4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
3
23 Jun 2013 Fortaleza, Brazil  Nigeria 0–1 0–3 Piala Konfederasi FIFA 2013
4
0–3
5
22 Ogos 2007 Helsinki, Finland  Finland
0–1
0–2
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 22 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[11] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sepanyol Gimnàstic 2008–09 35 4 1 0 36 4
Jumlah 35 4 1 0 36 4
Sepanyol Valencia 2009–10 15 1 2 0 9 0 26 1
2010–11 27 2 4 0 3 0 34 2
2011–12 32 2 8 0 10 1 50 3
Jumlah 74 5 14 0 22 1 110 6
Sepanyol Barcelona 2012–13 29 2 5 1 9 2 1 0 44 5
2013–14 15 0 5 0 4 0 2 0 26 0
2014–15 13 1 0 0 4 0 0 0 17 1
Jumlah 57 3 10 1 17 2 3 0 87 6
Jumlah kerjaya 166 12 25 1 39 3 3 0 233 16

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Barcelona

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sepanyol

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player_id=53722
  2. ^ Villa stars in Valencia win; ESPN Soccernet, 13 September 2009
  3. ^ Los Che complete woeful week; ESPN Soccernet, 11 April 2010
  4. ^ Agreement with Valencia over Jordi Alba; Barcelona's official website, 28 June 2012
  5. ^ "Messi bags brace for five-goal Barca". ESPN Soccernet. 19 August 2012. Dicapai 20 August 2012. 
  6. ^ "Last-gasp Barcelona break Celtic hearts". UEFA.com. 23 October 2012. Dicapai 24 October 2012. 
  7. ^ Only one new face as Del Bosque names Spain squad; Shanghai Daily, 30 September 2011
  8. ^ Centurion Alonso sends Spain into last four; UEFA.com, 23 June 2012
  9. ^ "Alba brace sees Spain top group". FIFA.com. 23 June 2013. Dicapai 25 June 2013. 
  10. ^ "Villa and Spain bow out on a high". FIFA.com. 23 June 2014. Dicapai 9 July 2014. 
  11. ^ Termasuk Supercopa de España, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA
  12. ^ "UEFA EURO 2012 Team of the Tournament". UEFA.com. 2 July 2012. Dicapai 9 July 2014.