Matlamat Pembangunan Mampan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo rasmi Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (Inggeris: Sustainable Development Goals, SDGs) terdiri daripada 17 Matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015, di New York, Amerika Syarikat untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan Bumi. Matlamat ini merupakan kesinambungan daripada Matlamat Pembangunan Milenium yang berakhir pada 2015 dan sebahagian daripada Resolusi 70/1 Perhimpunan Agung PBB, Agenda 2030.[1][2]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

17 Matlamat serta huraian ringkasnya adalah seperti di bawah:

17 Matlamat Pembangunan Lestari[3]
No. Matlamat Huraian Rujukan
1 Tiada Kemiskinan "Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana." [4]
2 Kelaparan Sifar "Menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan." [5]
3 Kesihatan Baik dan Kesejahteraan "Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur." [6]
4 Pendidikan Berkualiti "Menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua." [7]
5 Kesaksamaan Gender "Mencapai kesamarataan gender dan menguatkan semua orang wanita." [8]
6 Air Bersih dan Sanitasi "Memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua." [9]
7 Tenaga Berpatutan dan Bersih "Menjamin capaian kepada tenaga berpatutan, dipercayai, mampan dan moden kepada semua." [10]
8 Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi "Mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh, pekerjaan penuh dan produktif, dan pekerjaan layak kepada semua." [11]
9 Industri, Inovasi dan Infrastruktur "Membina infrastruktur kukuh, mempromosikan industri yang menyeluruh dan mampan dan merangsang inovasi." [12]
10 Mengurangkan Ketidaksamaan "Mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dalam dan sesama negara." [13]
11 Bandar dan Masyarakat Mampan "Menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh, selamat, kukuh dan mampan." [14]
12 Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab "Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran mampan." [15]
13 Tindakan Iklim "Mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui." [16]
14 Kehidupan dalam Air "Memulihara dan menggunakan lautan, laut dan sumber marin dengan mampan demi pembangunan mampan." [17]
15 Kehidupan di Darat "Memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat, menguruskan hutan secara mampan, mengekang penebangan hutan, menghentikan dan mengundurkan degradasi tanah, dan menghentikan kehilangan biokepelbagaian." [18]
16 Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh "Mempromosikan masyarakat aman dan menyeluruh demi pembangunan mampan, memberikan capaian keadilan kepada semua, dan membina institusi yang berkesan, dipercayai dan menyeluruh pada semua tahap." [19]
17 Kerjasama demi Matlamat "Menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan." [20]

Matlamat-matlamat di atas terdiri daripada 169 sasaran khusus yang merangkumi pelbagai jenis pembangunan mampan seperti membasmikan kemiskinan, meningkatkan mutu kesihatan dan menangani perubahan iklim.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "United Nations Official Document". www.un.org.
  2. ^ "Transforming our world: the 2030 Agenda for Sustainable Development". United Nations – Sustainable Development knowledge platform. Dicapai pada 23 August 2015.
  3. ^ "Press release – UN General Assembly's Open Working Group proposes sustainable development goals" (PDF). Sustainabledevelopment.un.org. 19 July 2014. Dicapai pada 2016-10-18. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  4. ^ "Goal 1: No poverty". UNDP. Dicapai pada 13 April 2017.
  5. ^ "Goal 2: Zero hunger". UNDP. Dicapai pada 13 April 2017.
  6. ^ "Goal 3: Good health and well-being". UNDP. Dicapai pada 13 April 2017.
  7. ^ "Goal 4: Quality education". UNDP. Dicapai pada 13 April 2017.
  8. ^ "Goal 5: Gender equality". UNDP. Dicapai pada 13 April 2017.
  9. ^ "Goal 6: Clean water and sanitation". UNDP. Dicapai pada 28 September 2015.
  10. ^ "Goal 7: Affordable and clean energy". UNDP. Dicapai pada 28 September 2015.
  11. ^ "Goal 8: Decent work and economic growth". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  12. ^ "Goal 9: Industry, innovation, infrastructure". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  13. ^ "Goal 10: Reduced inequalities". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  14. ^ "Goal 11: Sustainable cities and communities". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  15. ^ "Goal 12: Responsible consumption, production". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  16. ^ "Goal 13: Climate action". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  17. ^ "Goal 14: Life below water". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  18. ^ "Goal 15: Life on land". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  19. ^ "Goal 16: Peace, justice and strong institutions". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  20. ^ "Goal 17: Partnerships for the goals". UNDP. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  21. ^ (Inggeris) UN General Assembly’s Open Working Group proposes sustainable development goals 19 Julaii 2014

Pautan luar[sunting | sunting sumber]