Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Ekonomi dan Sosial PBB
United Nations Economic and Social Council
United Nations Economic and Social Council.jpg
Ibu pejabat PBB di New York
Jenis Organ utama PBB
Singkatan ECOSOC
Presiden Dalius Čekuolis
Flag of Lithuania.svg Lithuania
Status Aktif
Penubuhan
1945
Laman web http://www.un.org/docs/ecosoc

Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) berperanan membantu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh 3 tahun. Presidennya dilantik oleh Majlis sendiri untuk tempoh satu tahun. ECOSOC bermesyuarat sekali setahun pada bulan Julai selama 4 minggu. Sejak 1998, Majlis ini mengadakan satu lagi mesyuarat pada setiap bulan April dengan ahli-ahli jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). ECOSOC berfungsi mengumpulkan maklumat, memberi nasihat serta syor kepada negara-negara ahli. Namun, ECOSOC berperanan besar dalam menyeragamkan dasar-dasar dan mengkoordinasikan fungsi-fungsi badan PBB yang bertindih.

Suruhanjaya berfungsi[sunting | sunting sumber]

  • Suruhanjaya Pembangunan Sosial PBB
  • Suruhanjaya Dadah Narkotik PBB
  • Suruhanjaya Pencegah Jenayah dan Keadilan
  • Suruhanjaya Sains dan Teknologi untuk Pembangunan
  • Suruhanjaya Pembangunan Mantap
  • Suruhanjaya Status Wanita PBB
  • Suruhanjaya Populasi dan Pembangunan
  • Suruhanjaya Statistik PBB
  • Forum Hutan PBB

Agensi[sunting | sunting sumber]