Dayot Upamecano
| |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dayotchanculle Oswald Upamecano[1] | ||
Tarikh lahir | 27 Oktober 1998 | ||
Tempat lahir | Évreux, Perancis | ||
Ketinggian | 1.86 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Bek tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | RB Leipzig | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2007 | Vaillante S. Angers | ||
2008–2009 | FC De Prey | ||
2009–2013 | Évreux | ||
2013–2015 | Valenciennes FC | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015–2016 | Liefering | 16 | (0) |
2016–2017 | Red Bull Salzburg | 17 | (0) |
2017– | RB Leipzig | 79 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2014 | Perancis B16 | 3 | (0) |
2014–2015 | Perancis B17 | 12 | (0) |
2015–2016 | Perancis B18 | 10 | (1) |
2016–2017 | Perancis B19 | 6 | (0) |
2018– | Perancis B21 | 14 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:05, 1 Jun 2020 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019 |
Dayotchanculle Oswald Upamecano (lahir 27 Oktober 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Jerman, RB Leipzig.
Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]
Upamecano merupakan produk dari akademi belia Valenciennes. Selepas beliau menarik perhatian kelab-kelab gergasi Eropah termasuklah Manchester United, beliau menyertai Red Bull Salzburg pada Julai 2015 dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 2.2 juta euro.[2] Beliau hanya memanaskan bangku simpanan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Malmö pada 29 Julai 2015.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan Salzburg iaitu FC Liefering pada dua hari kemudian dalam aksi liga menewaskan St. Pölten 2-1.[4]
Pada 13 Januari 2017, Upamecano menyertai kelab RB Leipzig dengan kontrak selama empat tahun setengah dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai 10 juta.[5]
Pada 2 Julai 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam anugerah Golden Boy 2018.
Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Upamecano dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Guinea-Bissau.[6] Beliau telah mewakili pasukan bawah-16 Perancis yang menamatkan kejohanan Piala Aegea 2014 di tempat ketiga.[7] Beliau beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan kejohanan itu dan telah dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik kejohanan.[8][9] Beliau seterusnya mewakili pasukan bawah-17 Perancis dengan melakukan penampilan sulungnya pada perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah menentang Cyprus pada 27 Oktober 2014. Perancis akhirnya menjuarai Kejohanan Eropah Bawah-17 2015 dengan menyaksikan Upamecano beraksi dalam tiap-tiap perlawanan pasukannya sebelum disenaraikan kedalam pasukan pilihan kejohanan.[10][11] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-18 Perancis dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan pada 4 September 2015.[12]
Upamecano juga layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Guinea-Bissau, Perancis dan Portugal.
Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]
- Sehingga 1 Jun 2020.[13]
Kelab | Musim | Liga | Piala[a] | Eropah | Lain | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
![]() |
2015–16 | 16 | 0 | — | — | — | 16 | 0 | |||
![]() |
2015–16 | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | ||
2016–17 | 15 | 0 | 1 | 0 | 5[b] | 0 | 21 | 0 | |||
Jumlah | 17 | 0 | 1 | 0 | 5 | 0 | — | 23 | 0 | ||
![]() |
2016–17 | 12 | 0 | 0 | 0 | — | — | 12 | 0 | ||
2017–18 | 28 | 3 | 2 | 0 | 11[c] | 0 | 41 | 3 | |||
2018–19 | 15 | 0 | 3 | 0 | 4[d] | 0 | 22 | 0 | |||
2019–20 | 24 | 0 | 2 | 0 | 6[e] | 0 | 32 | 0 | |||
Jumlah | 79 | 3 | 7 | 0 | 21 | 0 | — | 107 | 3 | ||
Jumlah kerjaya | 113 | 3 | 8 | 0 | 26 | 0 | — | 146 | 3 |
- ^ Termasuk Piala Austria dan DFB-Pokal.
- ^ Satu penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan empat penampilan di Liga Europa UEFA.
- ^ Lima penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan enam penampilan di Liga Europa UEFA.
- ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
- ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Antarabangsa[sunting | sunting sumber]
- Perancis B17
Individu[sunting | sunting sumber]
- Pasukan Pilihan Kejohanan Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-17 UEFA: 2015[14]
Catatan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Dayotchanculle Oswald Upamecano". Bundesliga. Dicapai pada 30 October 2019.
- ^ "Manchester United target Dayot Upamecano signs for FC Red Bull Salzburg". International Business Times. 11 July 2015. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ "Red Bull Salzburg 2 – 0 Malmö FF". Eurosport. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ "FC Liefering gewinnt zu neunt gegen St. Pölten" (dalam bahasa German). FC Red Bull Salzburg. 31 July 2015. Dicapai pada 23 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "RB Leipzig sign Dayot Upamecano from Red Bull Salzburg". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). 13 January 2017.
- ^ "Dayot Upamecano, l'autre Français de Leipzig". leprogres.fr. Dicapai pada 6 May 2018.
- ^ "Dayot Upamecano: Who is the Man Utd, Man City and Arsenal target?". Sky Sports. 2 June 2015. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ "Dayot Upamecano" (dalam bahasa French). French Football Federation. Dicapai pada 23 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "USA win 2014 Mercedes-Benz Aegean Cup". Turkish Football Federation. 26 January 2014. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ "Dayot Upamecano". UEFA. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ "Team of the Tournament". UEFA. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ "France – Etats-Unis" (dalam bahasa French). French Football Federation. Dicapai pada 23 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Dayot Upamecano Socceway Profile". Dicapai pada 1 October 2016.
- ^ "Team of the Tournament". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 20 November 2017.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dayot Upamecano |
- Dayot Upamecano di French Football Federation (archived) (dalam bahasa Perancis)