Clarence Seedorf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Clarence Seedorf
Maklumat peribadi
Nama penuh Clarence Clyde Seedorf
Tarikh lahir (1976-04-01) 1 April 1976 (umur 47)
Tempat lahir Paramaribo, Suriname
Ketinggian 1.77 m (5 ka ​9 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Shenzhen (pengurus)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–1995 Ajax 65 (11)
1995–1996 Sampdoria 32 (3)
1996–1999 Real Madrid 121 (15)
2000–2002 Inter Milan 64 (8)
2002–2012 Milan 300 (48)
2012–2014 Botafogo 58 (15)
Jumlah 656 (110)
Pasukan kebangsaan
1994–2008 Belanda 87 (11)
Pasukan diurus
2014 Milan
2016– Shenzhen
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Clarence Clyde Seedorf (Sebutan Belanda: [ˈklɛrəns ˈseːdɔrf] ( listen); lahir 1 April 1976) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini merupakan seorang pengurus bagi kelab Shenzhen yang beraksi di Liga China. Seedorf dianggap salah satu pemain tengah terbaik di kalangan generasinya dan pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé dalam senarai FIFA 100. Beliau telah meraih kejuaraan domestik dan antarabangsa bersama kelab-kelab yang diwakilinya di Belanda, Sepanyol, Itali dan Brazil.[1] Beliau juga merupakan salah satu pemain cemerlang dalam sejarah Liga Juara-Juara. Seedorf turut hanya pemain pertama mampu meraih Liga Juara-Juara semasa bermain untuk tiga kelab berlainan iaitu ketika di Ajax pada 1995, di Real Madrid pada tahun 1998 dan dua kali sewaktu bersama Milan pada tahun 2003 dan 2007.[2][3]

Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili pasukan kebangsaan Belanda ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan satu edisi Piala Dunia. Sejak beliau bersara dari pasukan kebangsaan pada 2008, beliau telah beraksi dalam 87 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan sebelas gol.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Seedorf dilahirkan di Paramaribo, Suriname[4] dan berpindah ke Almere, Flevoland, Belanda sewaktu berumur dua tahun. Beliau dibesarkan dalam keluarga bola sepak. Kedua-dua adiknya, Jürgen dan Chedric Seedorf serta bapanya merupakan bekas pemain bola sepak. Clarence memulakan kariernya seawal umur enam tahun di kelab amatur VV AS '80 dan Real Almere sebelum ditemui dan direkrut ke kelab gergasi Belanda, Ajax oleh Urgent Scoutingteam, seorang ejen yang ditetapkan oleh Johan Cruyff, dan bertanggungjawab melatih pemain-pemain muda antaranya Frank dan Ronald de Boer, Edgar Davids, Robert Witschge dan Patrick Kluivert. Mengikut jejak langkah abang mereka, di bawah bimbingan bapa dan bakat ejen mereka, adik-beradik Seedorf, serta sepupunya Stefano kemudiannya menyertai Ajax.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Sebagai produk Akademi Belia Ajax, Seedorf memulakan kariernya di Ajax di posisi pemain tengah kanan pada awal 1990an. Beliau membuat debut pada 29 November 1992 ketika menentang Groningen pada umur 16 tahun 242 hari seterusnya membuatkan Seedorf sebagai pemain termuda melakukan debut di Ajax. Beliau akhirnya menjadi pilihan pertama di posisinya di bawah pengurus Louis van Gaal. Pada musim 1993–94 iaitu musim kedua Seedorf di Ajax, beliau membantu kelabnya meraih "trebel", dengan menjulang gelaran Eredivisie, Piala KNVB dan Piala Super Belanda pada tahun yang sama. Pada musim berikutnya, Seedorf sekali lagi menyaksikan Ajax meraih Piala Super dan Eredivisie kedua berturut-turut selain membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebelum menang menewaskan Milan. Beliau bermain dari sepak mula sebelum dikeluarkan pada minit ke-53 untuk digantikan oleh penyerang Nwankwo Kanu.[5] Patrick Kluivert menjaringkan gol lewat Ajax dan membenarkan Ajax membenam gergasi Itali itu 1-0.[6] Di Ajax, beliau membentuk trio yang dikenali "De kabel", terdiri daripada Edgar Davids, Patrick Kluivert dan dirinya sendiri. Kemudian, ditambah lagi Winston Bogarde dan Michael Reiziger, trio ini berubah menjadi "kwintet"; yang dibentuk selepas aksi kejohanan UEFA Euro 1996.[7]

Sampdoria[sunting | sunting sumber]

Selepas Seedorf memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama Ajax selepas kejayaan Eropah dan peraturan Bosman, Seedorf menandatangani kontrak satu tahun bersama kelab Itali, Sampdoria.[8] Walaupun tidak memperoleh sebarang kejayaan pada musim pertama di kelab barunya, Seedorf tampil dalam 32 perlawanan dan menjaringkan tiga gol untuk membantu pasukannya melonjak ke tangga kelapan Serie A. Seedorf kemudian melakukan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada penghujung musim.[9]

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Seedorf berpindah ke Real Madrid pada 1996 dan beliau kekal di Los Blancos selama empat musim. Pada musim pertamanya, beliau membantu Real meraih gelaran juara La Liga. Pada musim seterusnya, beliau antara pemain penting buat pasukannya dalam kejayaan Liga Juara-Juara apabila Real membenam Juventus pada perlawanan akhir[10] sekali gus meraih trofi Liga Juara-Juara kedua dalam kariernya.

Semasa bermain di Real Madrid, Seedorf menjaringkan gol yang tidak akan dilupakan apabila merembat dari jarak yang teramat jauh sewaktu menentang Atlético Madrid pada tahun 1997.[11] Pada penghujung musim 1998–99, Madrid dan Juventus mahu menukar Seedorf kepada Zinedine Zidane tetapi rundingan tidak tercapai sehingga pemain Perancis itu menunggu dua tahun lagi sebelum menyertai Real Madrid.

Bermula musim panas 1999, keutamaan Seedorf di Real Madrid semakin kurang menonjol ketika pengurus Guus Hiddink mengambil alih. Kesudahannya, beliau berpindah semula ke Itali semasa musim 1999–2000, kali ini ke Inter Milan dengan perpindahan yang menelan kos 40 bilion lira Itali (kira-kira 23 juta euro).

Internazionale[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Disember 1999, Seedorf berpindah ke Internazionale dengan perpindahan kira-kira 23 juta euro selepas beliau kekal di Real Madrid selama tiga tahun. Walaupun membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir Coppa Italia yang berkesudahan 2-1 secara agregat tewas kepada Lazio sementara Seedorf menjaringkan gol tunggal Inter, beliau tidak berjaya meraih sebarang pencapaian buat kelab. Tetapi, penyokong-penyokong Inter memperingati aksi Seedorf sewaktu menentang Juventus pada 9 Mac 2002 yang berkesudahan seri 2-2. Seedorf menjaringkan dua gol buat Inter dan kedua-duanya dari jarak jauh.[12]

Milan[sunting | sunting sumber]

Selepas dua tahun di Inter, Seedorf berpindah ke musuh tradisi Internazionale, Milan pada tahun 2002 sebagai pertukaran dengan Francesco Coco. Seedorf meraih kejuaraan Coppa Italia bersama Milan pada 2003, trofi piala domestik pertama mereka sejak 26 tahun. Pada tahun yang sama, Seedorf meraih pingat Liga Juara-Juara ketiga baginya lalu beliau menjadi pemain pertama memenangi Liga Juara-Juara bersama tiga kelab berbeza.[13] Pada perlawanan akhir menyaksikan Milan menewaskan lawan dari tanah air, Juventus menerusi penentuan penalti meskipun Seedorf gagal menyempurnakan tendangannya. Pada musim berikutnya, Seedorf membantu Milan menyumbang gelaran "Scudetto".

Seedorf menjadi peranan utama Milan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sekali lagi pada 2005. Beliau menjaringkan satu gol pada kempen Liga Juara-Juara mereka pada perlawanan pembukaan menentang Shakhtar Donetsk pada 14 September 2004 dan seterusnya tampil dalam 13 perlawanan.[14] Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Istanbul menentang Liverpool, Milan mendahului dengan selesa 3-0 sebelum akhirnya tewas pada penentuan penalti selepas terikat seri 3-3. Seedorf tidak mengambil tendangan penalti tersebut.[15] Milan turut dinobatkan naib juara dalam Serie A tujuh mata di belakang juara Juventus walaupun Juventus dilucutkan gelaran juara dan Milan turut dipotong mata oleh kerana skandal pengaturan perlawanan.[16]

Seedorf mengambil tendangan sudut untuk Milan pada 2010.

Skandal "calciopoli" telah melemahkan pasukan Milan tetapi mereka dibenarkan beraksi di pentas Eropah pada musim seterusnya lalu membolehkan pemain-pemain ternama Milan membuat keputusan untuk kekal. Posisi Seedorf di pemain tengah semakin pudar apabila Kaká menjadi tonggak utama Milan yang membantu pasukan ini sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan sekali lagi bertemu lawan sama, Liverpool. Pada kali ini, mereka akhirnya melunaskan dendam mereka dengan membenam Liverpool 2-1 di Athens selain Seedorf berhasil mengutip pingat Liga Juara-Juara keempatnya. Pada tahun yang sama, Seedorf sebahagian daripada skuad Milan yang meraih kejayaan dalam Piala Kelab Dunia. Seedorf menjadi pemain Eropah pertama meraih trofi itu bersama tiga kelab berbeza (Ajax pada 1995 dan Real Madrid pada 1998). Beliau dianugerahkan Bola Perak pada kejohanan itu.[17] Pada penghujung musim 2006-07, Seedorf diundi sebagai pemain tengah terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara. Beliau tampil dalam perlawanan ke-100nya dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada 4 Disember menentang Celtic.

Bersama Milan, Seedorf membentuk satu perikatan antara Gennaro Gattuso dan Andrea Pirlo yang bermula sejak musim 2002–03. Gabungan trio ini sentiasa digunakan dalam kesebelasan utama sehinggalah musim 2011–12. Pirlo meninggalkan Rossoneri pada musim panas 2011 walaupun prestasi mereka sedikit merosot. Di bawah pengendali Carlo Ancelotti, peranan mereka ialah ingin membantu pemain tengah menyerang sama ada Rivaldo, Rui Costa, Kaká atau Ronaldinho.

Seedorf menjadi pemain asing yang banyak beraksi untuk Milan pada perlawanan menentang kelab lama beliau, Sampdoria selain beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan itu. Dengan 395 penampilan, beliau memintas rekod Nils Liedholm untuk pencapaian bersejarah ini. Pada perlawanan menentang Sampdoria, beliau merupakan pemain asing kesembilan Milan paling banyak menjaringkan gol dengan menghasilkan 58 gol.

Seedorf pada perlawanan antara Milan dan Siena ketika musim 2011-12.

Pada 29 Mac 2010, Seedorf menjadi sasaran penyokong Lazio untuk melaungkan nyanyian perkauman pada perlawanan yang berkesudahan 1-1. Perlawanan itu menyebabkan kelab Rom itu didenda 15 ribu euro oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC). Selain itu, ia turut menyatukan pemain-pemain Itali menentang perkauman supaya tidak memuncak di Serie A.

Seedorf meraih kejuaraan Scudettonya bersama Milan pada musim 2010-11 dan beliau turut sekali lagi menjadi tonggak utama pasukan. Beliau menjaringkan empat gol dalam 36 kemunculan buat musim 2010–11. Seedorf menambah pingat lain dalam galeri trofinya pada aksi Piala Super Itali menentang musuh tradisi, Internazionale yang berkesudahan Milan menumbangkan Inter 2-1. Beliau menjaringkan gol kemenangan Milan pada perlawanan kemenangan pertama mereka dalam kempen Serie A 2011-12 mmenentang Cesena pada 24 September.[18]

Seedorf berada di kedudukan ketujuh dalam 20 pemain terbaik Liga Juara-Juara oleh Champions, majalah rasmi UEFA.[19] Pada 14 Mei, beliau mendedahkan beliau akan beraksi pada perlawanan terakhirnya untuk Milan pada perlawanan menentang Novara pada hari yang sama. Beliau mengesahkan beliau akan meneruskan bermain tetapi bersama kelab lain. Pada 21 Jun, Seedorf berkata dalam satu sidang untuk mengumumkan pemergiannya dari Milan, "Saya pergi selepas sepuluh tahun yang indah...Saya meninggalkan sebuah keluarga". Seedorf meninggalkan Rossoneri selama sedekad dan meraih dua trofi Liga Juara-Juara, dua gelaran Scudetto dan satu trofi Coppa Italia.[20][21]

Botafogo[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2012, Seedorf menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Brazil, Botafogo. Pemain veteran melakukan debut untuk kelab pada 22 Julai menentang Grêmio. Pada 5 Ogos, Seedorf menjaringkan gol pertamanya buat Botafogo melalui satu percubaan sepakan percuma terus ketika menentang Atlético Goianiense. Pada 5 September, Seedorf menjaringkan dua gol dan satu hantaran semasa menentang Cruzeiro yang berkesudahan Botafogo menang 3-1.[22] Pada 3 Februari 2013, buat pertama kali dalam kariernya, Seedorf menjaringkan hatrik menentang Macaé.

Pada 6 Jun, Seedorf menjaringkan gol ke-100nya dalam liga domestik sepanjang kariernya. Pada 14 Januari 2014, Seedorf akhirnya mengumumkan persaraannya. Beliau mengumumkan akan menamatkan kariernya sebagai seorang pemain dan mula mengambil alih kekosongan jawatan pengurus di Milan berikutan pemecatan Massimiliano Allegri.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Disebabkan oleh undang-undang negara Suriname yang tidak membenarkan dua kerakyatan, pemain-pemain yang mengambil kerakyatan Belanda tidak dibenarkan untuk mewakili bekas jajahan Belanda. Kesudahannya, Seedorf mewakili pasukan kebangsaan Belanda ketika menjadi pemain Ajax. Beliau menerima panggilan pertama pada 14 Disember 1994 pada usia 18 tahun untuk perlawanan menentang Luxembourg.[23] Seedorf menjaringkan gol pada perlawanan debutnya menentang Luxembourg yang berkesudahan Belanda menang 5-0 pada aksi kelayakan Euro 1996.

Seedorf sebahagian daripada skuad Belanda yang layak ke Euro 1996. Beliau diingati pada perlawanan suku akhir menentang Perancis apabila gagal menyudahkan penalti pada penentuan penalti selepas perlawanan berkesudahan terikat seri tanpa jaringan. Beliau juga tampil di Euro 2000 dan 2004 serta Piala Dunia 1998 yang menyaksikan pasukan Belanda mara ke separuh akhir sebelum tersingkir.

Pada 12 November 2006, Seedorf dipanggil buat pertama kali sejak Jun 2004 untuk menggantikan Wesley Sneijder yang mengalami kecederaan. Beliau mula bermain dan beraksi 90 minit penuh pada perlawanan terikat seri 1-1 bertemu England. Pada perlawanan kelayakan Euro 2008, Seedorf hanya bermain selama sepuluh minit menentang Romania (0–0 at home) and Slovenia. Jurulatih pasukan kebangsaan, Marco Van Basten lebih memilih pemain-pemain muda seperti Rafael van der Vaart, Wesley Sneijder dan Robin van Persie. Pada 13 Mei 2008, Seedorf mengumumkan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam Euro 2008 kerana beliau masih berkonflik dengan Van Basten.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
1994 1 1
1995 7 3
1996 11 2
1997 7 0
1998 12 1
1999 7 0
2000 10 2
2001 4 1
2002 2 1
2003 7 0
2004 9 0
2005 0 0
2006 1 0
2007 8 0
2008 1 0
Jumlah 87 11

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Seedorf dilantik sebagai ketua jurulatih Milan pada 16 Januari 2014. Pada 19 Januari, beliau menyaksikan kemenangan pertama buat pasukannya di bawah kendaliannya pada perlawanan menentang Hellas Verona.[24] Seedorf dipecat Milan pada 9 Jun 2014 selepas hanya empat bulan memegang jawatan. Filippo Inzaghi dinamakan sebagai penggantinya.

Pada 7 Julai 2016, Seedorf sebagai pengurus kelab yang beraksi di Liga China, Shenzhen F.C.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 4 Julai 2014
Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K BG GB PG Menang %
Milan 16 Januari 2014 9 Jun 2014[25] &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 +2 &&&&&&&&&&&&&050.&&&&&050.00
Jumlah &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 +2 &&&&&&&&&&&&&050.&&&&&050.00

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Ajax 1992–93 21 1 3 0 3 0 8 1
1993–94 19 4 3 0 2 0 24 4
1994–95 34 6 3 0 11 0 48 6
Jumlah 65 11 9 0 16 0 90 11
Itali Sampdoria 1995-96 32 3 2 1 34 4
Sepanyol Real Madrid 1996–97 38 6 4 0 42 6
1997–98 36 6 2 1 11 0 49 7
1998–99 37 3 5 1 10 3 52 7
1999–2000 10 0 0 0 6 0 16 0
Jumlah 121 15 11 2 27 3 159 20
Itali Internazionale 1999–2000 20 3 5 2 0 0 25 5
2000–01 24 2 5 0 7 3 36 5
2001–02 20 3 2 1 10 0 32 4
Jumlah 64 8 12 3 17 3 93 14
Itali Milan 2002–03 29 4 3 2 16 1 48 7
2003–04 29 3 6 0 10 0 45 3
2004–05 32 5 4 1 13 1 49 7
2005–06 36 4 2 1 11 1 49 6
2006–07 32 7 5 0 14 3 51 10
2007–08 32 7 0 0 10 3 42 10
2008–09 33 6 1 0 7 0 41 6
2009–10 29 5 0 0 8 1 37 6
2010–11 30 4 2 0 8 0 40 4
2011–12 18 3 3 1 8 0 29 4
Jumlah 300 48 26 5 105 10 431 63
Brazil Botafogo 2012 24 8 0 0 0 0 24 8
2013 34 7 0 0 1 1 59 16
Jumlah 54 15 0 0 1 1 59 16
Jumlah kerjaya 654 100 69 11 166 17 889 128

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax[26]
Real Madrid[27]
Milan[28]
Botafogo[29]

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Clarence Seedorf - Voetbalcanon.nl - de Nederlandse voetbalhistorie in 22 vensters". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2016-11-05.
  2. ^ UEFA Champions League – Clarence Seedorf – UEFA.com Diarkibkan 2015-09-27 di Wayback Machine. 2000.uefa.com (20 May 2013). Retrieved on 22 June 2013.
  3. ^ UEFA CHAMPIONS LEAGUE SEASON 2009/10 MATCHWEEK STATS PACK MATCHWEEK 1 15/09/2009-16/09/2009. uefa.com
  4. ^ name="Clarence Seedorf - A.C. Milan squad 2011/2012"
  5. ^ UEFA Champions League – Matches – UEFA.com Diarkibkan 2012-04-12 di Wayback Machine. 2000.uefa.com. Retrieved on 22 June 2013.
  6. ^ 1994/95: Kluivert strikes late for Ajax –. Uefa.com (24 May 1995). Retrieved on 22 June 2013.
  7. ^ The Dutch are past masters at self-destruction, mirror.co.uk
  8. ^ name="autogenerated1">Paul Madden (1 April 2010). "Spanish Cumpleanos: Javier Irureta". Goal.com. Dicapai pada 27 April 2010.
  9. ^ Clarence Seedord Transfer History. SKY Sports. Retrieved on 3 December 2013.
  10. ^ 1997/98: Seventh heaven for Madrid –. Uefa.com (20 May 1998). Retrieved on 22 June 2013.
  11. ^ SEEDORF – against atletico madrid 1997. 30 August 2011. Dicapai pada 16 February 2012.
  12. ^ FINISHED Derby d’Italia Debate: Top 5 Inter-Juventus Matches From The Past –. Goal.com (16 April 2010). Retrieved on 22 June 2013.
  13. ^ name="autogenerated1"
  14. ^ UEFA Champions League 2004/05 – History – Shakhtar Donetsk-Milan –. Uefa.com. Retrieved on 22 June 2013.
  15. ^ 2004/05: Liverpool belief defies Milan –. Uefa.com. Retrieved on 22 June 2013.
  16. ^ BBC SPORT | Football | Europe | Punishments cut for Italian clubs. BBC News (26 July 2006). Retrieved on 22 June 2013.
  17. ^ Kaka soars above the competition. FIFA.com (16 December 2007).
  18. ^ Report: AC Milan v Cesena – Italian Serie A – ESPNFC. Soccernet.espn.go.com (24 September 2011). Retrieved on 22 June 2013.
  19. ^ Ryan Giggs, Steven Gerrard best Champions League players | Mail Online. Dailymail.co.uk (18 November 2011). Retrieved on 22 June 2013.
  20. ^ Milan strengthen squad after Clarence Seedorf bids farewell | Football. guardian.co.uk (21 June 2012). Retrieved on 22 June 2013.
  21. ^ Clarence Seedorf confirms AC Milan departure – ESPNFC. Soccernet.espn.go.com (21 June 2012). Retrieved on 22 June 2013.
  22. ^ Com golaço de Seedorf, Botafogo bate o Atlético-GO de virada | Gazeta Esportiva.Net (4 August 2012).
  23. ^ "Clarence Seedorf – International Appearances". RSSSF.
  24. ^ "Milan 1-0 Verona".
  25. ^ name="AC Milan sacks manager Clarence Seedorf"
  26. ^ name = "honours">"Clarence Seedorf - Career Honours". Soccerway.
  27. ^ name = "honours"
  28. ^ name = "honours"
  29. ^ name = "honours"
  30. ^ name = "Talent of the year">"Clarence Seedorf - Dutch Talent of the Year". RSSSF.
  31. ^ "Clarence Seedorf - ESM Team of the Year". RSSSF.
  32. ^ name = "UEFA Team of the year 2002">"Clarence Seedorf - UEFA Team of the Year 2002". UEFA.
  33. ^ name = "UEFA Team of the year 2007">"Clarence Seedorf - UEFA Team of the Year 2007". UEFA.
  34. ^ name = "UEFA Champions League awards">"UEFA Champions League Awards". UEFA.
  35. ^ "FIFA Club World Cup Awards". RSSSF.
  36. ^ name = "Real Madrid Team of the Century">"Ryan Giggs vs Clarence Seedorf: Who's the Best Player?". Bleacher Report.
  37. ^ "Clarence Seedorf delighted with knighthood". RNW. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-06. Dicapai pada 2016-11-05.
  38. ^ "Clarence Seedorf becomes a legacy champion". Nelsonmandela.org.
  39. ^ "Fifa names greatest list". BBC.
  40. ^ name=acmilan.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]