Mawar Putih (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mawar Putih
PengarahRosnani Jamil
PenerbitRosnani Jamil
PenulisRosnani Jamil
Dibintangi oleh
Muzik olehS. Atan
SinematografiIndra Che Muda
Syarikat
penerbitan
Manja Citra
Mula ditayangkan
18 Ogos 2016
Tempoh tayangan
111 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM1 juta

Mawar Putih merupakan sebuah filem drama percintaan Malaysia 2016 arahan Rosnani Jamil.[1] Filem ini ditayangkan pada 18 Ogos 2016 dan merupakan filem terakhir arahan Rosnani.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang cinta dua darjat di antara Irwan yang merantau ke Malaysia dan berkahwin dengan Tengku Zarina. Namun pergolakan mula berlaku apabila anak mereka, Aidil, bercinta dengan gadis Padang, Cinta, tetapi ada sesuatu yang membuatkan Aidil dan Cinta tidak mungkin dapat bersatu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Mawar Putih diarahkan oleh Rosnani Jamil yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem terkenal, termasuk Antara Dua Hati (1989) dan Bicara Hati (2004). Ia merupakan filem terakhir arahannya sebelum mengumumkan persaraan.[3][4] Kos pembikinan filem ini sebanyak RM1 juta.

Juara Pilih Kasih musim ketiga, Reen Rahim diberi peranan sebagai Tengku Zarina; Reen menyatakan beliau tidak berfikir panjang sebaik mendapat peluang untuk berlakon dalam filem ini.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Mawar Putih dikeluarkan pada 18 Ogos 2016. Majlis tayangan perdana filem ini diadakan pada 7 April 2017 di Imago, Sabah.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurfarhana Mohamed (23 Ogos 2015). "Mawar Putih karya legenda". Utusan Malaysia. Dicapai 30 Ogos 2016. 
  2. ^ Fairus Mohd (27 Julai 2016). "Mawar Putih labuh tirai karier Mak Nani". Sinar Harian. Dicapai 30 Ogos 2016. 
  3. ^ Mohd Haikal Isa (10 Ogos 2016). Mawar Putih, naskhah terakhir Rosnani Jamil Kosmo!. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  4. ^ Hanisah Selamat (3 Ogos 2016). Mak Nani ucap selamat tinggal kepada dunia seni Berita Harian. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  5. ^ Hasbullah Awang Chik (25 Ogos 2016). "'Mawar Putih' positif, Reen Rahim belajar teknik 'air mata' Mak Nani (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai 30 Ogos 2016. 
  6. ^ Mohd Nazllie Zainul (6 April 2017). "Tayangan amal 'Mawar Putih' di Imago, Sabtu ini". Berita Harian. Dicapai 19 Julai 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]