Miller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Miller
Miller khan.jpg
Gambar ketika model penggambaran
KelahiranMohammad Suhaemi bin Ali Dad Khan
(1987-03-03) 3 Mac 1987 (umur 32)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia[1]
KediamanJakarta, Indonesia
WarganegaraMalaysia Malaysia
Nama lainMiller Khan
Miller Ali
PekerjaanPelakon
Model
Tahun aktif2003 - sekarang
Ibu bapaAli Dad Khan
Norazalina Chow
SaudaraFarali Khan (adik)
Aliff Alli (adik)
Isa Khan (adik)

Miller atau nama asalnya, Mohammad Suhaemi bin Ali Dad Khan (lahir di Malaysia, 3 Mac 1987; umur 32 tahun) ialah pelakon yang berasal dari Malaysia yang lebih terkenal di Indonesia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lelaki berdarah kacukan Pakistan-Cina-Melayu-Arab ini termasuk pelakon biasa di Malaysia setelah beberapa tahun bergelar pelakon remaja. Yasmin Ahmad merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Miller ke industri perfileman selepas mengambil beliau berlakon dalam iklan televisyen Petronas sempena Hari Kebangsaan 2003 yang berjudul "Becha Param". Miller berusia 16 tahun pada ketika itu. Setelah itu, beliau sekali menjadi pilihan Yasmin untuk muncul dalam filem debut berjudul Sepet pada tahun 2005 di samping Sharifah Amani. Ketika itu Miller sering menghiasi kaca televisyen menerusi iklan komersial seperti Rexona dan Honda.

Namun, nasibnya berubah setelah berhijrah ke Indonesia di usia 20 tahun pada tahun 2007. Setelah tiba di Jakarta, Miler sama sekali tidak sukar mencari peluang kerana dia terus ditawarkan sebagai bintang iklan produk mi segera bersama Luna Maya. Namanya popular di Indonesia setelah dalam waktu yang hampir bersama membintangi dua filem, "Bukan Bintang Biasa" dan "Cintapuccino" pada tahun 2007. Bahkan dalam "Cintapuccino", Miler mendapat peranan utama lelaki mendampingi Sissy Priscillia.[2] Nama Miller semakin akrab bagi pencinta sinetron, ketika mendampingi Kirana Larasati dalam sinetron "Azizah".[3] Dia membintangi sinetron "Cinta dan Anugerah" bersama Nabila Syakieb dan Eva Anindhita. Pada tahun 2014, Miller kembali menghiasi drama televisyen Malaysia apabila berlakon di samping Remy Ishak dan Rita Rudaini dalam drama bersiri "Satu Hari". Namun kariernya masih berpusat di Indonesia.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Adik kandungnya, Aliff Ali merupakan pelakon remaja di Indonesia. Selain itu beliau juga mempunyai adik yang merupakan pelakon iaitu Farali Khan dan Isa Khan yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia.

Sinematografi[sunting | sunting sumber]

Film[sunting | sunting sumber]

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]