Mohamed Nazir Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Nazir Razak

PSM; SSAP, SIMP (Pahang); DPMS (Selangor); DSAP (Pahang)
Kelahiran
Mohamed Nazir bin Abdul Razak

(1966-11-19) 19 November 1966 (umur 55)[1]
Pusat pendidikanUniversiti Bristol
Universiti Cambridge
PekerjaanEksekutif bank
PasanganPuan Sri Dato' Azlina Aziz
Anak2
Ibu bapaTun Abdul Razak Hussein
Tun Rahah Mohamed Noah
SaudaraDato' Sri Najib Razak (abang)

Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak (lahir 19 November 1966) merupakan seorang pegawai eksekutif bank Malaysia. Beliau merupakan bekas pengarah urusan serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, salah satu penyedia perkhidmatan perbankan terbesar di Malaysia. Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Mohamed Noah, serta adik kepada bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nazir Abdul Razak dilahirkan pada 19 November 1966 di Kuala Lumpur. Ayahnya meninggal dunia masa beliau baru berusia sepuluh tahun. Beliau bersekolah di Institusi St. John dan Alice Smith School sebelum meneruskan pendidikan menengah di Universiti Bristol dan seterusnya memperoleh ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah pulang dari United Kindgom, Nazir menyertai jabatan penasihat korporat Commerce International Merchant Bankers Berhad. Beliau mula meningkat naik sehingga menjadi pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif bank tersebut, pada masa tersebut dikenali sebagai CIMB, pada tahun 1999.[2]

Nazir dinamakan sebagai salah satu daripada 50 orang paling berpengaruh di Asia sepanjang dekad lalu oleh FinanceAsia pada tahun 2006. Beliau juga dinamakan sebagai "Eksekutif Teratas Terbaik" oleh Asiamoney bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010.[2]

Beliau tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business tahun 2010.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Dato' Azlina Aziz, anak perempuan Tan Sri Abdul Aziz Taha, bekas gabenor Bank Negara Malaysia. Pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang anak.[4]

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2015, Nazir telah diberi penghormatan dengan Asia House Asian Business Leaders oleh Asia House untuk "menggariskan manfaat kerjasama dan perkongsian di antara Asean melalui sokongannya terhadap pembelajaran, penyelidikan bebas dan kerja-kerja amal, serta dalam strategi perniagaan bercita-cita tinggi, menunjukkan bagaimana inisiatif Asean seluruh komersial yang berjaya boleh membawa rakyat bersama-sama untuk kebaikan bersama." [5] Beliau ialah ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa di Blavatnik School of Government, Universiti Oxford.[6]

Anugerah Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia :
    • Order of Loyalty to the Crown of Malaysia - PSM.svg Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2021)[7]
  •  Pahang :
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Grand Knight - SIMP.svg Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – dahulunya Dato', kini Dato' Indera (2004)[8]
    • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2007)[8]
  •  Selangor :
    • MY-SEL Order of the Crown of Selangor - Knight Commander - DPMS.svg Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2015)[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Surin, Jacqueline Ann (2011-01-24). "Nazir Razak: Diversity is our strength". The Nut Graph. Dicapai pada 2011-06-07.
  2. ^ a b c "Dato' Sri Nazir Razak". CIMB.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-24. Dicapai pada 2011-06-07.
  3. ^ Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Di Malaysia Bernama
  4. ^ "BIODATA OF DATO' SRI MOHAMED NAZIR ABDUL RAZAK". Wawasan Open University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-16. Dicapai pada 16 October 2015.
  5. ^ "Nazir Razak honoured with prestigious award". Free Malaysia Today. 2015-10-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 2015-10-16.
  6. ^ "Dato' Sri Nazir Razak | Blavatnik School of Government". www.bsg.ox.ac.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-23. Dicapai pada 2015-12-22.
  7. ^ "Former Chief Justice and ex-FELDA chairman head King's birthday honours list". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 13 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  8. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-06-02.