Mohamed Noah Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tan Sri Haji
Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar
PMN, DPMJ, PIS, JP
Mohammad Noah bin Omar.jpg

Tempoh jawatan
24 Februari 1969 – 28 Julai 1970
Didahului oleh Syed Sheh Hassan Barakbah
Diganti oleh Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan

Tempoh jawatan
11 September 1959 – 1 March 1964
Didahului oleh Konstituensi Baharu
Diganti oleh Fatimah Abdul Majid

Tempoh jawatan
1 September 1959 – 29 Februari 1964
Didahului oleh Jawatan Baharu
Diganti oleh Syed Esa Alwee

Lahir 13 Ogos 1897
Bandar Maharani
Muar Muar Johor Johor
Meninggal dunia 6 September 1991(1991-09-06) (umur 94)
Parti politik Kapalayar.jpg Parti Perikatan

UMNO (Malaysia).svg UMNO

Pasangan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf
Hubungan Anwar Abdul Malek (Sepupu)
Onn Jaafar (Besan)
Abdul Razak Hussein (Menantu)
Hussein Onn (Menantu)
Najib Tun Razak (Cucu)
Mohamed Nazir Abdul Razak (Cucu)
Hishammuddin Hussein (Cucu)
Anak Suhailah Mohamed Noah
Rahah Mohamed Noah
Datin Fakhriah
Abu Rais
Pekerjaan Bekas Ahli Parlimen
Agama Islam

Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar, atau Noah Beirut, dilahirkan pada 13 Ogos 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor, merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 - 29 Februari 1964) dan Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 - 28 Julai 1970). Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Parlimentari Komanwel. Selepas bersara, beliau menjadi Pengarah Genting Highlands Sdn Bhd, sebuah pusat perjudian di Gunung Ulu Kali.[1]

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Mengikut salasilah, beliau berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar "Orang Kaya" yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar.

Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan "Orang Kaya" yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895). Gelaran "Orang Kaya" dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakil Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya.

Datuk beliau, Orang Kaya Junid, berasaI daripada zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Makmur (Bukit Mor), Muar, Johor.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada Julai 1922. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Anak-anak mereka bernama Suhailah Mohamed Noah, Rahah Mohamed Noah, Datin Fakhriah dan Abu Rais (gelaran Atan). Tun Suhailah Mohamed Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn (1976-1981), Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976). Manakala Datin Fakhriah Mohamed Noah pula adalah isteri kepada Dato' Abdullah Ahmad, bekas Yang di-Pertua, Majlis Bandaran Johor Bahru.

Buku The Three Swan ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini. Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah.[2]

Cucunya kini Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 . Seorang lagi cucunya ialah Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Pertahanan Malaysia dalam kabinet Najib.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan Melayu kemudiannya pendidikan Arab di Al-Madarasah Al-Arabiah Al-Khairiah, Johor dan kemudian menyambung belajar bersama dengan tujuh lagi rakannya, di Kuliah Al-Othmaniah Al-Islamiah, Beirut dan kemudian di Syrian Protestant College (sekarang American University of Beirut), Lebanon pada 11 Mei 1914.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas pulang ke tanahair, beliau telah ditawarkan pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat perniagaan milik seorang warga Denmark yang berniaga membeli susu getah di Jalan Bakri, Bandar Maharani, Muar.

Kemudian, pada bulan Julai 1920, beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Johor sebagai kerani di Mahkamah Tinggi Muar.

Beliau meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang selepas itu dan telah dilantik sebagai pegawai kerajaan Johor pada 15 Julai 1928 Majistret kelas II di Mahkamah Muar.

Pada bulan Januari 1934, beliau telah ditukarkan ke Mersing sebagai Majistret dan sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah.

Beliau sekali lagi telah ditukarkan ke Muar pada 4 Januari 1936 sebagai Penolong Kanan Pemungut Hasil Tanah.

Beliau sekali lagi telah berpindah ke Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pegawai Daerah Mersing pada 1 Julai 1939 sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada 8 Disember 1942.

Kemudian, menjadi Majistret di Batu Pahat pada 1959. Seterusnya beliau menjadi pengutip cukai di Jabatan Tanah Johor, Pegawai Daerah dan jawatan terakhir beliau dalam perkhidmatan awam adalah sebagai Yang di-Pertua Jabatan Hal Ehwal Agama Johor. [3] Beliau bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Awam selama 30 tahun, iaitu sejak 1920.

Politik[sunting | sunting sumber]

Ketika menjadi Majistret di Batu Pahat pada 1959, beliau telah bersama-sama dengan Dato' Onn Jaafar bermesyuarat untuk menubuhkan UMNO pada awal November 1945.

Beliau bersama Dato' Onn Jaafar - Pegawai Daerah Batu Pahat, Tan Sri Anwar Abdul Malek, Syed Alwi al-Hadi dan Syed Abdul Rahman Abu Bakar membentangkan kertas putih - mencadangkan penubuhan UMNO. Anwar Malek adalah Setiausaha Sulit Onn Jaafar yang juga sepupu kepada Mohamed Noah. Perbincangan telah diadakan di rumah Noah di Jalan Sultanah, Batu Pahat.[4] Zainah Anwar dari Sisters in Islam telah menulis hal ini dalam bukunya bertajuk Legacy of Honour.

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO pada 1951-1959 dan kemudian meletakkan jawatan kerana menjadi calon Pilihan raya umum Malaysia 1959.

Sebagai peguam / majistret dan berjuang menentang Malayan Union, beliau diberi kepercayaan bertanding di Johor Bahru Timur, Johor mewakili Parti Perikatan / UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat mulai 1 September 1959 hingga 29 Februari 1964.Selepas itu beliau diganti oleh Dato' Syed Esa Alwee Al-Syahab. Sidang Parlimen pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman di Jalan Ampang, Kuala Lumpur (kini MATIC) pada pagi Jumaat. Pada hari pertama persidangan, Yang di-Pertuan Agong dimasyhurkan dan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga dibuat.[5]

Yang di-Pertua Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Mohamed Noah juga menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-3 selepas Tuan Syed Sheh bin Syed Hassan Barakhah. Noah menyandang jawatan itu dari 24 Februari 1969 - 28 Julai 1970. Selepas itu beliau diganti oleh Tan Sri Haji Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan.

Anugerah dan kenangan[sunting | sunting sumber]

Yayasan Mohammad Noah ditubuhkan bagi mengenang jasa beliau. Antara yang memainkan peranan ialah Ahmad Johari, cucu beliau dan Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah.[6]

borderless

Sebuah masjid di pusat percutian perjudian Genting Highland telah dinamakan sebagai Masjid Yayasan Mohamed Noah. Tan Sri Mohamed Noah merupakan pengasas Genting Highland bersama Tan Sri Lim Goh Tong pada 1965. Projek itu untuk membina hotel dan resort di kawasan pergunungan, Gunung Ulu Kali di sempadan Selangor-Pahang (Genting Sempah), yang kemudiannya kini dikenali sebagai Genting Highlands. Buku Lim Goh Tong, 'My Dream' menceritakan detik-detik awal pembinaan Genting Highlands.[7] Noah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah sementara Lim Goh Tong sebagai Pengarah Urusan. Kerajaan Pahang telah meluluskan 12,000 ekar untuk resort itu.[8] Pusat judi kasino ini adalah satu-satunya di Malaysia.[9]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 6 September 1991 dan telah dimakamkan di Makam Pahlawan. Tokoh lain yang disemadikan di sini ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Syed Ismail, Tun Sardon Jubir, Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tun (Dr) Fatimah Hashim.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Straits Times, 29 Januari 1977, Mukasurat 36 ; Looking Back 5 Year
  2. ^ Perdana Menteri lancar buku The Three Swans
  3. ^ The Who's who in Malaysia oleh John Victor Morais
  4. ^ Mengenang legasi tiga tokoh
  5. ^ Meningkatkan Parlimen berkelas dunia
  6. ^ The Malayan law journal, Volume 47, Part 1
  7. ^ Perginya seorang taikun
  8. ^ Chinese business in Malaysia: accumulation, ascendance, accommodation oleh Edmund Terence Gomez , hlm 50
  9. ^ Asian Godfathers: Money and Power in Hong Kong and Southeast Asia oleh Joe Studwell, hlm 66