Mohd Suffian Amrin

From Wikipedia
(Redirected from Mohd Suffian Amrin (Pyan))
Jump to navigation Jump to search
Mohammad Suffian bin Amrin
Kulit Album Saujana 1997.jpg
Kulit Album Saujana 1997.
KelahiranMohammad Suffian bin Amrin
(1981-01-13) 13 Januari 1981 (umur 39)
Muar, Johor Johor
WarganegaraMalaysia
Nama lainPyan
Pusat pendidikanUIAM
PekerjaanPenyanyi, Penerbit, MC, VJ dan Jurulatih nasyid dedikasi.
Terkenal keranaKumpulan Saujana
Kampung asalAir Hitam Batu 18, Muar, Johor
Laman webSuffian Amrin Biography-Laman Rasmi Saujana

Mohammad Suffian bin Amrin atau lebih dikenali sebagai Pyan yang dilahirkan pada (1981-01-13) 13 Januari 1981 (umur 39), merupakan anggota asal kumpulan nasyid Saujana yang bertahan sehingga kini. Beliau berasal dari Muar, Johor Darul Takzim. Beliau juga merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik.

Selain menyanyi, beliau juga bertugas sebagai penyampai radio sambilan untuk IKIM.fm yang kini memangkin industri nasyid tanah air. Beliau juga mahir dalam bidang pengacaraan dan kerap kali muncul di kaca televisyen. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya iaitu Nadiah binti Hj. Yusof yang juga rakan sekampungnya pada 27 Disember 2013.

Pendidikan[edit | edit source]

Beliau pernah mendapat pendidikan di :

  1. Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bandar Kluang, Johor.
  2. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Selangor Darul Ehsan.
  3. Sekolah Kebangsaan Air Hitam Batu 18, Muar, Johor.
  4. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.

Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pautan luar[edit | edit source]