Justinian I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Justinian I (Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:IPAc-en/pronunciation' not found.; Latin: Flavius Petrus Sabbatius Justinianus Augustus, (c. 482 – 14 November 565 M), biasanya digelar Justinian Agung, ialah seorang Maharaja Byzantine yang memerintah dari 527 hingga 565 M. Semasa zaman pemerintahannya, Justinian berusaha untuk mengembalikan keagungan Empayar dan menawan kembali wilayah-wilayah sebelah barat Empayar Rom yang bersejarah.

Salah seorang daripada tokoh penting Baharian Lewat dan Maharaja Romawi terakhir yang bertutur dalam bahasa Latin sebagai bahasa ibunda,[1] pemerintahan Justinian menjadi epok istimewa dalam sejarah Empayar Rom Timur. Kesan pentadbiran beliau dirasai jauh di luar sempadan zaman dan wilayahnya. Zaman pemerintahan Justinian ditandai dengan renovatio imperii, atau "pemulihan semula Empayar" yang hanya dapat dilaksanakan separa.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Inheritance of Rome, Chris Wickham, Penguin Books Ltd. 2009, ISBN 978-0-670-02098-0 (page 90)
  2. ^ J.F. Haldon, Byzantium in the seventh century (Cambridge, 2003), 17–19.