M. Daud Kilau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muhammad Daud Bin Kilau)

M. Daud Kilau

Piring hitam Dato’ M. Daud Kilau bagi lagu Cubit-cubit Sayang.
Kelahiran
Mohd Daud bin Kilau

(1938-07-10)10 Julai 1938
Meninggal dunia18 Disember 2023(2023-12-18) (umur 85)
Sebab kematianJangkitan kuman dalam darah
DikebumikanTanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1968–2019
Pasangan
  • Asmah Md. Noor
  • Datin Rohani Awang Ngah
Anak-anak1

Dato' Mohd Daud bin Kilau, DPMP (lebih dikenali sebagai M. Daud Kilau ; 10 Julai 1938 – 18 Disember 2023) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik.

Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.

Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Dato'. Beliau disahkan meninggal dunia Pada 18 Disember 2023 di Hospital Teluk Intan Perak akibat Jangkitan Kuman dalam Darah. [1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Anak Yang Pertama (1972)
  • Ratapan Si Anak Tiri (1974)
  • Kau Pergi Tanpa Pesan (1974)
  • Bujang Bertemu Janda - bersama S.A Ayesha (1975)
  • Hutang Minta Hutang (1977)
  • Sireh Pinang (1978)
  • Lagu Lagu Melayu Asli (1978)[2]
  • Cubit Cubit Sayang (1978)
  • Minah Utara (1979)
  • Cek Mek Molek (1979)
  • Seleksi Emas Dangdut A. Ramlie - M Daud Kilau
  • Koleksi Kenangan Abadi P. Ramlee (1980)
  • Anak Derhaka (1980)
  • Apa Akan Terjadi (1981)
  • Sirih Pinang Ku Beri (1982)
  • M. Daud Kilau '84 (1984)
  • Disko Dangdut (1984)
  • Jawapannya Begitu (1985)
  • Rock N Roll Aliff Ba Ta (1987)
  • Biar Papa Asal Bergaya (1991)
  • Dato' M Daud Kilau (1991)
  • Zapin Panglima (1993)
  • Firasat (1994)
  • Koleksi Klasik (1997)
  • Gila Judi (1997) terbitan semula era 90an
  • Pening - duet dengan Ezlynn (2003)
  • Anak Seni (2001)
  • Senandung Melayu - duet bersama Syura (2002)
Kulit piring hitam Datuk Muhammad Daud Bin Kilau dengan lagu Diam-Diam Berisi/Malang Berpisah Selalu/Aku Dipenjara/Pengorbanan.
Album Cubit-cubit Sayang.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau disahkan meninggal dunia Pada 18 Disember 2023 di Hospital Teluk Intan Perak akibat Jangkitan Kuman dalam Darah. [3]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan Bintang Radio 1968
  • Penyanyi Lelaki Popular Papita 1979
  • Johan Pesta Dendang Rakyat 1985 (Nyanyian Asli)

Filemogafi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Man Laksa Dirinya sendiri Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Dirinya sendiri TV3 Episod: "Bestday Mak Ngah"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]