Hospital Teluk Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Teluk Intan
Geografi
LokasiTeluk Intan, Perak, Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisHospital Berpakar Major
Perkhidmatan
HelipadYa
Katil548
Sejarah
Diasaskan28 Mac 1987; 36 tahun yang lalu (1987-03-28)
Pautan
Laman sesawangjknperak.moh.gov.my/htintan

Hospital Teluk Intan merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Jalan Changkat Jong kira-kira 4 kilometer dari bandar Teluk Intan, Perak, Malaysia. Hospital ini merupakan sebuah hospital berpakar major di daerah Hilir Perak. Kini, Hospital Teluk Intan mempunyai katil sebanyak 548 buah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital yang asal dibina oleh Pentadbiran British Federated Malay States (FMS) pada tahun 1923. Tapak Hospital Teluk Anson ini terletak di pusat bandar Teluk Anson, nama lama bagi Teluk Intan, pada masa itu. Lokasi tapak hospital ini yang tidak jauh dari Sungai Perak menyebabkan ia sering dilanda banjir. Operasi hospital ini ditamatkan apabila hospital baru siap dibina pada tahun 1987.

Hospital baru ini terletak di Jalan Changkat Jong kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar Teluk Intan. Ia meliputi kawasan seluas 65 ekar dimana sebelum itu kawasan tersebut adalah kawasan ladang getah. Pada akhir tahun 1982, pembinaan baru hospital pojek dimulakan "Turn-Key". Syarikat Leighton [1] dari Australia telah berjaya dalam kontrak tender bernilai RM94.3 juta. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 3 Januari 1984 dan siap pada bulan Februari 1987. Hospital telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mac 1987. Jumlah kos hospital ini kira-kira RM110 juta, dan menyediakan kedua-dua perkhidmatan pesakit luar dan dalam. Ia telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada Ogos 25, 1987

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Hospital Teluk Intan memberikan perkhidmatan kepada penduduk Daerah Hilir Perak. Perkhidmatan hospital pakar turut disediakan kepada Daerah Hilir Perak termasuklah Daerah Sabak Bernam, Daerah Batang Padang, selatan Manjung, dan Daerah Perak Tengah. Hospital ini juga bertindak sebagai rujukan kepada Hospital Tapah, Hospital Slim River, Hospital Seri Manjung, Hospital Changkat Melintang, Hospital Tengku Ampuan Jemaah (Sabak Bernam, Selangor) dan Hospital Tanjong Karang (Selangor).

Antara bidang kepakaran hospital teluk intan adalah:

  • PERUBATAN AM
  • KECEMASAN DAN TRAUMA
  • ORTOPEDIK
  • PEDIATRIK
  • OBSTETRIK & GINEKOLOGI
  • ANESTESIA
  • OTORINOLARINGOLOGI
  • PSIKIATRI
  • OFTALMOLOGI
  • PERGIGIAN PEDIATRIK
  • BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL
  • PATOLOGI
  • RADIOLOGI

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Teluk Intan
Jalan Changkat Jong
36000 Teluk Intan
Perak Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-20. Dicapai pada 2011-08-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]