Musaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Musaceae
Pisang-pisangan
Musa paradisiaca Blanco1.88.png
Pokok pisang Musa x paradisiaca.
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genera
Map-Musaceae.PNG
  Liputan Musaceae

Musaceae atau Pisang-pisangan[1] adalah sebuah keluarga tumbuhan berbunga yang terdiri dari tiga genus merangkumi sekitar 91 spesies, yang terletak di bawah order Zingiberales. Keluarga ini adalah tempatan dari Afrika dan Asia tropika.[2][3]

Pokok pisang terpakai selaku sumber makanan dan untuk perlakuan harian. Buah Musa x paradisiaca boleh dimakan mentah atau setelah dimasak manakala umbutnya turut dijadikan rampaian masakan oleh penduduk tempatan. Pokok serendah cina (Chinese dwarf banana) atau Musella lasiocarpa pula sesuai dijadikan tanaman hiasan.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Perbungaan atau jantung pisang.

Pisang-pisangan adalah tumbuhan herba berukuran besar, yang mempunyai rimpang (rhizome) dan bonggol (corm) bawah tanah yang pendek, berserta batang semu tegak yang terbentuk dari lapisan upih daun. Daunnya pula adalah ringkas, tersusun keliling, dengan upih khusus berbentuk tabung, tangkai daun (petiole) panjang atau tiada, berbentuk lonjong atau bujur, dengan tulang teras tersendiri.

Perbungaan (inflorescence) yang sering disebut "jantung" berbentuk tidak tentu, terletak berjuntai atau tegak, tandan malai (thyrse) luas dengan selingan atau pintalan besar, dan mempunyai seludang (spathe) atau kelopak jantung berbentuk perahu. Bunganya adalah sejantina (unisexual) dan berumah tunggal (monoecious), setangkup cermin (zygomorphic), dan jarang terdiri dari dua jantina (bisexual). Buahnya pula berbentuk lonjong torak, selalunya berisi tebal, dan berwarna kuning atau memerah; mempunyai benih berkelebaran dalam 5-15 mm.[4]

Genus[sunting | sunting sumber]

Serendah cina atau pisang teratai emas, Musella lasiocarpa.

Keluarga ini dapat dipecahkan kepada tiga genus utama. Genus Musella kadang-kadang turut diletakkan di bawah Ensete. Dalam penggolongan awal pula genus Ravenala (pisang kipas) turut disebut Musaceae.

  • Ensete Bruce : Pisang semu
  • Musa L. : Pisang
  • Musella (Franch.) C.Y.Wu ex H.W.Li : Serendah, pisang kerdil

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]