Mustafa Albakri Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mustapha Albakri Hassan)
Jump to navigation Jump to search

Dato' Haji Mustafa Albakri Haji Hassan menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di Malaysia dari 4 September 1957 hingga 15 Oktober 1967. Dato’ Dr Mustafa Albakri ialah pengerusi pertama SPR dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman.

Kerjaya beliau sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Malaysia membolehkan jawatan SPR yang disandangkan bebas dari dikritik. Mustapha turut bersama Tunku Abdul Rahman ke London pada 1956 bagi merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah Britain.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anak beliau iaitu Nazli binti Datuk Mustapha AlBakri dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan RZA Sdn Bhd.

Cucunya, bekas Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia. Raja Nong chik dilantik menganggotai Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Cucunya, Datuk Zahim Albakri adalah pelakon dan pengarah filem di Malaysia.

Ahli keluarganya yang lain ialah Raja Dato' Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik ; Datin Che Nazlee @ Nazli Binti Datuk Mustapha AlBakri; Raja Datuk Sharifuddin Hizan bin Raja Dato' Zainal Abidin ; Raja Datuk Zaharaton Binti Raja Dato' Zainal Abidin ;Raja Dzahiruddin Bin Raja Dato' Zainal Abidin ;Raja Noor Ainon Zabariah Bt Raja Dato' Zainal Abidin ; Raja Noor Ainin Badariah Bt Raja Dato' Zainal Abidin dan Raja Dato' Nong Chik Najmuddin Bin Raja Dato' Zainal Abidin.[1]

Lain-lain ahli keluarga ialah Datin Che Nazlee Mustapha AlBakri ; Dato Raja Sharifuddin ; Raja Tachik Raja Yassin ; Raja Bahiyah ; Raja Selamah ; Raja Sulaiman ; Raja Zaleha; Sharifah Mahami ; Raja Jameah Raja Tachik ; Raja Zabedah Raja Tachik dan Raja Harun Raja Tachik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Jun 1957, akhbar The Straits Times melaporkan perbicaraan di mahkamah berhubung Mustapha Albakri menerima sebuah jam mahal dari syarikat Gammeter and Co dari Singapura. Mustapha diwakili oleh peguam RPS Rajasooriar .[2]

Pada 4 Januari 1955, Mustapha Albakri selaku ahli Majlis Hubungan Industri dan Sosial mengecam tindakan pekerja keturunan India yang mengadu terus kepada kerajaan India berhubung keaadaan kerja di Persekutuan Tanah Melayu.[3]

Pengerusi SPR[sunting | sunting sumber]

Selaku pengerusi SPR yang pertama , beliau banyak membuat garis panduan bagi menghalang berlakunya keganasan semasa pilihan raya.[4]

Selepas pilihan raya 1964, pada 2 Mei 1964 , Mustapha Albakri berpuashati dengan perjalanan pilihan raya. Ketika itu kertas undi untuk pengundi kawasan Batak Rabit telah disalah hantar ke Pasir Bedamar, Teluk Intan. Parlimen Menglembu berlaku sedikit kesalahan tetapi dapat dibaiki. Setiap buku undi mengandungi 100 keping kertas undi. Sedangkan hanya 552 buku undi di hantar ke sana. Calon S.P. Seenivasagam (PPP) sepatutnya menang di Menglembu.Sedangkan Lim Eng Chang dari Perikatan berubah jumlah undi 11,246 undi kepada 16,000 undi.Oleh DR Seenivasagam mahu Yang di-Pertuan Agong mengadakan semula pilihan raya di Menglembu. Kecelaruan juga berlaku di kawasan DUN Ayer Tawar dan DUN Beruas. [5][6]

Pada 11 April 1964, calon PAP di Seremban Timor,Dr Lau Kit Sun dan tiga lagi penyokong telah ditahan polis pada 7 April 1964. Mereka menghantar surat terbuka kepada SPR agar mengambil tindakan terhadap pamplet yang tersebar. [7]

Pada 1965, dua calon PAS Mohamed Saufi Idris dan Nik Abdullah Arshad telah ditahan di bawah ISA. Turut ditahan ialah pengerusi Barisan Sosialis cawangan Majlis Perbandaran Melaka, Hasnul Abdul Hadi.[8]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Sebatang jalan di Ipoh dinamakan sebagai Jalan Mustapha Al Bakri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]