Nakula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah bin Mohamed
Lahir1931 (1931)
Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia19 April 1998(1998-04-19) (umur 66–67)
Kelantan
Nama penaNakula
PekerjaanPenulis, kolumnis
WarganegaraMalaysia

Nakula atau nama sebenarnya Abdullah bin Mohamed ialah seorang tokoh falsafah pemikiran konsep kesenian Melayu Islam. Beliau suka menyelidik dan mengkaji bidang-bidang agama, sejarah, seni dan budaya, politik, astronomi dan falsafah.[1] Selain itu, beliau juga banyak menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Pada awal tahun 1956 berkhidmat sebagai guru agama di Maktab Sultan Ismail, Kota Bahru.

Kesenian[sunting | sunting sumber]

Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku.

Buku[sunting | sunting sumber]

  1. Meninjau ke langit; Peeps at the heavens (1958)
  2. Sejarah hidup Nabi Muhammad (s.a.w.) (1959)
  3. Falsafah politik moden (1959)
  4. Pengantar kepada hukum-hukum Islam (1959)
  5. Pelajaran agama (1959)
  6. Sejarah Islam (1960)
  7. Bentuk alam yang mengkagumkan: suatu kajian mengenai bentuk alam menurut Islam dan hubungannya dengan kebudayaan kita (1975)
  8. Risalah ilmu laduni (1977)
  9. Bentuk-bentuk bangunan masjid kunci memahami kebudayaan Melayu (1978)
  10. Falsafah dan pemikiran orang-orang Melayu: hubungan dengan Islam dan kesenian (1980)
  11. Konsep ketuhanan dalam konteks hubungannya dengan alam, manusia, masyarakat dan perubahan sejarah (1981)
  12. Keturunan raja-raja Kelantan dan peristiwa-peristiwa bersejarah (1981)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A. Rahim Abdullah (Februari 1981). Pak Nakula: pengkaji kebudayaan yang gigih. Dewan Budaya.