Nattō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Natto setelah diaduk-aduk

Nattō (Jepun: 納豆) ialah makanan tradisional Jepun yang diperbuat dari biji soya yang diperam, biasanya dimakan untuk sarapan. Nattō mengandung banyak protein namun memiliki bau yang kuat. Di Jepun, nattō paling terkenal di daerah Kanto timur.

Nattō biasanya dimakan dengan nasi panas, dicampur dengan kicap. Di Hokkaido dan Tohoku utara, nattō disajikan dengan gula. Nattō juga digunakan untuk makanan lain, misalnya sushi nattō, roti bakar nattō, dalam sup miso, salad, okonomiyaki, dengan spageti, atau digoreng. Nattō yang dikeringkan dapat dimakan sebagai makanan ringan. Selain itu juga terdapat aiskrim nattō.

Rujukan[sunting | sunting sumber]