Negeri Bebas Prusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Freistaat Preußen
Negeri Bebas Prusia
Negeri Jerman

1918–1947
 

 

Bendera Jata
Bendera (1918–1933) Jata negeri
Motto
Gott mit uns
"Tuhan bersama kami"
Location of Prusia
Negeri Bebas Prusia pada 1925
Ibu negara Berlin
Kerajaan Republik
Reichsstatthalter
 - 1933–1935 Adolf Hitler
 - 1935–1945 Hermann Göring
Ketua Menteri
 - 1918 Friedrich Ebert (pertama)
 - 1933–1945 Hermann Göring (terakhir)
Badan perundangan Dewan Undangan Negeri
 - Dewan Atas Majlis Negeri
 - Dewan Rendah Dewan Perwakilan
Era sejarah Zaman antara perang/Perang Dunia II
 - Revolusi Jerman 9 November 1918
 - Perlembagaan diguna pakai 30 November 1920
 - Preußenschlag 20 Julai 1932
 - Machtergreifung 30 Januari 1933
 - Reichsstatthaltergesetz 30 Januari 1935
 - Secara rasmi dibubarkan 25 Februari 1947
Luas
 - 1925[1] 292,695.36 km2 (113,010 batu2)
Populasi
 - 1925[1] 38,175,986 
     Ketumpatan 130.4 /km2  (337.8 /batu2)
Kini sebahagian daripada  Germany
 Poland
 Russia


Negeri Bebas Prusia (Bahasa Jerman: Freistaat Preußen) adalah sebuah negeri di Jerman dari tahun 1918 hingga 1947.

Negeri Bebas Prusia telah ditubuhkan pada 1918 berikutan peristiwa Revolusi Jerman, membubarkan Empayar Jerman dan menubuhkan Republik Weimar selepas Perang Dunia I. Negeri baru ini adalah pengganti Kerajaan Prusia, tetap menampilkan kerajaan demokratik, republikan dan kawasan yang lebih kecil berdasarkan pada perubahan wilayah selepas perang. Prusia kekal negeri dominan Jerman, merangkumi hampir 58 (62.5%) wilayah dan populasi negara itu, dan tempat kediaman ibu negara persekutuan, Berlin.[1] Prusia berubah dari negeri autoritarian yang diperintah kerajaan yang lalu kepada benteng demokratik didalam Republik Weimar dimana, tidak seperti negeri-negeri yang lain, parti-parti demokratik selalu berkuasa dengan majoriti.

Kerajaan demokratik Negeri Bebas Prusia telah digulingkan dalam Preußenschlag pada 1932, meletakkan negeri itu dibawah pemerintahan langsung dalam coup d'etat oleh Canselor Franz von Papen dan memaksa Ketua Menteri Otto Braun berhenti. Penubuhan Jerman Nazi pada 1933 memulakan proses Gleichschaltung, mengakhiri cabaran undang-undang bagi Preußenschlag dan meletakkan Prusia dibawah pemerintahan langsung Parti Nazi, dengan Hermann Göring sebagai Ketua Menteri. Pada tahun 1934, kesemua negeri Jerman secara de facto telah digantikan oleh sistem Gaue dan ditukar ke badan-badan asas, secara efektif menamatkan Prusia sebagai unit wilayah tunggal Jerman. Selepas berakhirnya Perang Dunia II pada 1945, Otto Braun mendekati pegawai pihak Bersekutu di Jerman taklukan Bersekutu untuk mengembalikan kerajaan sah Prusia, tetapi telah ditolak dan Prusia dimansuhkan pada tahun 1947.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Beckmanns Welt-Lexikon und Welt-Atlas. Leipzig / Vienna: Verlagsanstalt Otto Beckmann. 1931. 

Templat:States of the Weimar Republic