Negeri Naungan Bohemia dan Moravia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia
Protektorat Böhmen und Mähren
Protektorát Čechy a Morava
Negeri naungan berautonomi Jerman[1]

1939–1945
Bendera Jata
Lagu kebangsaan
Kde domov můj?
"Where is my home?"
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia pada tahun 1942.
Ibu negara Prague
Bahasa Bahasa Czech, Bahasa Jerman
Struktur politik Negeri naungan berautonomi
Penaung Reich
 •  1939–1943 Konstantin von Neurath
 •  1941–1942 Reinhard Heydrich (pemangku)
 •  1942–1943 Kurt Daluege (pemangku)
 •  1943–1945 Wilhelm Frick
Presiden
 •  1939–1945 Emil Hácha
Perdana Menteri
 •  1939 Rudolf Beran (pemangku)
 •  1939–1941 Alois Eliáš
 •  1942–1945 Jaroslav Krejčí
 •  1945 Richard Bienert
Era sejarah Perang Dunia II
 •  Penjajahan Jerman 15 Mac 1939
 •  Pembebasan Prague 11 Mei 1945
Luas
 •  1939 49,363 km² (19,059 batu²)
Populasi
 •  1939 (anggr.) 7,380,000 
     Ketumpatan 149.5 /km²  (387.2 /batu²)
Mata wang Koruna Protektorat
Hari ini sebahagian daripada  Republik Czech
Warning: Value specified for "continent" does not comply

Negeri Naungan Bohemia dan Moravia (Bahasa Jerman: Protektorat Böhmen und Mähren; Bahasa Czech: Protektorát Čechy a Morava) adalah negeri naungan Jerman Nazi bermajoriti etnik Czech yang ditubuhkan selepas pendudukan Jerman ke atas Czechoslovakia dengan pengilhakkan wilayah Sudetenland dari Tanah Czech sebagai sebuah Reichsgau. Ekoran penubuhan Republik Slovakia merdeka pada 14 Mac 1939, dan pendudukan Jerman keatas saki baki negara Czech pada keesokkan harinya, protektorat (negeri naungan) telah ditubuhkan pada 16 Mac 1939 oleh satu pengisytiharan Adolf Hitler dari Istana Prague.

Kerajaan Jerman mewajarkan campur tangannya dengan mendakwa bahawa Czechoslovakia telah terjerumus kedalam huru hara kerana negara tersebut telah berpecah belah disebabkan sempadan etnik, dan dengan itu tentera Jerman sedang berusaha untuk memulihkan ketenteraman di rantau ini.[2] Czechoslovakia pada masa itu dibawah Presiden Emil Hácha telah mengejar dasar luar yang pro-Jerman; walau bagaimanapun, dalam perjumpaan dengan Führer Adolf Hitler Jerman, Hácha tunduk kepada permintaan Jerman dan mengeluarkan deklarasi yang menyatakan bahawa berdasarkan peristiwa yang berlaku beliau menerima takdir rakyat Czech akan ditentukan oleh negara Jerman; Hitler menerima deklarasi Hácha dan mengumumkan bahawa Jerman akan memberikan rakyat Czech dengan sebuah protektorat berautonomi yang ditadbir oleh etnik Czech.[2] Hácha telah dilantik presiden protektorat pada hari yang sama.

Bohemia merupakan sebuah wilayah autonomi yang ditadbir Nazi dimana kerajaan Jerman menganggap ia sebahagian daripada Reich Jerman Raya.[1] Kewujudan negara tersebut berakhir dengan penyerahan kalah Jerman kepada Pihak Sekutu pada Mei 1945.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lemkin, Raphaël: Axis Rule in Occupied Europe, page 343. Harold Bold Verlag, 1944.
  2. ^ a b Crowhurst, Patrick. Hitler and Czechoslovakia in World War II: Domination and Retaliation. P96.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Czechoslovakia timeline Templat:Czechoslovakia in World War Two Templat:Nazi Gaue Templat:German administrative territories

Koordinat: 50°05′00″N 14°28′00″E / 50.0833°N 14.4667°E / 50.0833; 14.4667