Republik Kedua Czechoslovakia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Republik Czecho-Slovak

Česko-Slovenská republika
1938–1939
Flag of Czecho-Slovakia
Jata negara of Czecho-Slovakia
Bendera Jata negara
Cogan kataPravda vítězí / Pravda víťazí
"Truth prevails"
Lagu kebangsaan
"Nad Tatrou sa blýska"
(Bahasa Inggeris: "Lightning Over the Tatras")
Republik Czechoslovak pada permulaan tahun 1939
Republik Czechoslovak pada permulaan tahun 1939
StatusNegara gelandangan
Ibu negaraPrague
Bahasa yang umum digunakanCzechoslovak
KerajaanRepublik berparlimen autoritarian
Presiden 
• 1938–1939
Emil Hácha
Perdana Menteri 
• 1938
Jan Syrový
• 1938–1939
Rudolf Beran
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Senat
Dewan Perwakilan
Era SejarahTempoh antara perang
30 September 1938
15 Mac 1939
Keluasan
193999,348 km2 (38,358 bt2)
Populasi
• 1939
10,400,000
Mata wangKoruna Czechoslovak
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Pertama Czechoslovakia
Bohemia & Moravia
Slovakia
Carpatho-Ukraine
Sekarang sebahagian dariRepublik Czech, Slovakia, Ukraine

Republik Kedua Czechoslovakia (Bahasa Czech: Druhá československá republika, Bahasa Slovak: Druhá česko-slovenská republika) wujud selama 169 hari, antara 30 September 1938 dan 15 Mac 1939. Ia terdiri dari Bohemia, Moravia, Silesia dan wilayah autonomi Slovakia dan Subcarpathia Rus', yang kemudian dinamakan semula Carpathia Ukraine pada 30 Disember 1938.[1]

Republik Kedua adalah hasil dari peristiwa Perjanjian Munich, dimana Czechoslovakia dipaksa menyerahkan wilayah Sudetenland yang berpenduduk Jerman kepada negara Jerman pada 1 Oktober 1938. Selepas kerajaan Jerman menjelaskan kepada para diplomat asing bahawa Czechoslovakia sekarang adalah negara klien Jerman, kerajaan Czechoslovak berusaha untuk memihak kepada Jerman dengan mengharamkan Parti Komunis, menggantung semua guru berbangsa Yahudi di institut pendidikan Jerman di Czechoslovakia, dan menggubal undang-undang untuk membenarkan negara mengambil alih syarikat-syarikat orang Yahudi.[2] Disamping itu, pihak kerajaan mengizinkan bank-bank negara ini secara aktif berada dibawah kawalan Jerman–Czechoslovakia.[2] Pada 2 November, melalui Peruntukan Pertama Vienna, bahagian selatan Slovakia dan Subcarpathia Ruthenia diserahkan kepada Hungary.

Republik Kedua telah dibubarkan apabila Jerman mula menceroboh pada 15 Mac 1939, dan mengilhak wilayah Czech kedalam Negeri Naungan Bohemia dan Moravia. Pada masa hari pendudukan Jerman, Presiden Czechoslovakia, Emil Hácha telah dilantik oleh kerajaan Jerman sebagai Presiden Protektorat Bohemia dan Moravia yang dipegangnya sepanjang peperangan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rychlík & Rychlíková 2016.
  2. ^ a b Crowhurst, Patrick. Hitler and Czechoslovakia in World War II: Domination and Retaliation. pp. 83–84.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Gebhart, J.; Kuklík, J. (2004). Druhá republika 1938–1939 (dalam bahasa Czech). Prague: Litomyšl. ISBN 9788071856269.
  • Kennan, G. F. (1968). From Prague after Munich: Diplomatic Papers, 1938–1939. Princeton University Press. ISBN 9780691010632.
  • Rychlík, J.; Rychlíková, M. (2016). Podkarpatská Rus v dějinách Československa, 1918–1946 (dalam bahasa Czech). Prague: Vyšehrad. ISBN 9788074295560.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Munich Agreement