Nicolas Lombaerts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nicolas Lombaerts
Nicolas Lombaerts 2013.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhNicolas Robert Christian Lombaerts[1]
Tarikh lahir (1985-03-20) 20 Mac 1985 (umur 34)
Tempat lahirBrugge, Belgium
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniZenit Saint Petersburg
Nombor6
Kerjaya remaja
Club Brugge
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2007Gent76(1)
2007–Zenit Saint Petersburg154(9)
Pasukan kebangsaan
2006–Belgium29(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 26 Oktober 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 26 Oktober 2014

Nicolas Robert Christian Lombaerts (lahir 20 Mac 1985) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang bermain di kelab Liga Perdana Rusia, FC Zenit Saint Petersburg dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi bek tengah.[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Brugge[sunting | sunting sumber]

Lombaerts menyertai Club Brugge pada usia yang muda. Beliau menjadi pemain muda yang berbakat bersama Jason Vandelannoite, Glenn Verbauwhede dan Thomas Matton.

Gent[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke Gent di mana beliau bermain semua perlawanan dalam Divisyen Pertama Belgium 2005–06. Selain daripada bermain bola seapk, beliau belajar di sekolah undang-undang di Universiti Ghent. Kadang-kala beliau terpilih untuk mewakili pasukan bawah-21 Belgium. Beliau juga pernah memasuki Kejohanan Bola Sepak bawah-21 UEFA 2004 dan 2007.

Zenit[sunting | sunting sumber]

Lombaerts ketika menentang Anderlecht pada tahun 2010.

Pada Julai 2007, Lombaerts memilih untuk berpindah ke FC Zenit Saint Petersburg di Rusia. Pada masa itu, beliau menamatkan pendidikannya untuk meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak. Pada awal 2008, Lombaerts terpaksa berehat selama setengah tahun akibat cedera pada lutut. Pada masa itu, pasukannya telah memenangi Piala UEFA 2007-08 dan beliau terpaksa melupakan aksi di Sukan Olimpik 2008 di Beijing di mana pasukan kebangsaannya, Belgium mendapat tempat keempat.

Lombaerts akhirnya pulih dan kembali ke Zenit pada 19 Julai 2009, beliau menggantikan Aleksei Ionov pada minit ke-71 ketika menentang FC Terek Grozny di mana Zenit menewaskannya 3-2."[3] Pada 29 November 2009, Lombaerts menjaringkan gol kemenangan buat Zenit ketika menentang Spartak Moscow untuk meletakkan Zenit pada kedudukan tempat ketiga dan layak ke Liga Juara-Juara UEFA 2010-11, Zenit menang 2-1.[4] Pada 5 Julai 2010, Lombaerts menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Zenit.[5]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat debut pertama bersama pasukan kebangsaan Belgium pada Mei 2006, dalam perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi[6] dan bermain dalam 3 perlawanan di kelayakan UEFA Euro 2008.

Pada 26 Mei 2014, perlawanan pemansan badan Piala Dunia menentang Luxembourg, Lombaerts menggantikan Jan Vertonghen pada minit ke-77. Lombaerts juga disenaraikan dalam skuad Belgium pada Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[7]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 18 Ockober 2018.
pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2006 1 0
2007 3 0
2008 0 0
2009 3 0
2010 5 1
2011 6 1
2012 2 0
2013 4 0
2014 5 0
Jumlah 29 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 2010-10-12 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium  Austria 4 – 3 4–4 Kelayakan UEFA Euro 2012
2 2011-09-06 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium  Amerika Syarikat 1 – 0 1–0 Perlawanan persahabatan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Lombaerts Profil Nicolas Lombaerts pada National-Football-Teams.com
  2. ^ Lombaerts to add Zest to Zenit uefa.com
  3. ^ "Николас Ломбертс: "Когда вышел на поле в Грозном, испытал этакую детскую радость"" (dalam bahasa Russian). sport-express.ru. 
  4. ^ "Зенит 2-1 Спартак статистика" (dalam bahasa Russian). sports.ru. 
  5. ^ "Ломбертс подписал новый контракт с "Зенитом"" (dalam bahasa Russian). sports.ru. 2010-07-05. 
  6. ^ Lombaerts deal uefa.com
  7. ^ "Adnan Januzaj's Belgium debut wiped from record books". BBC Sport. 4 June 2014. Dicapai 4 June 2014.