Simon Mignolet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simon Mignolet
Simon Mignolet - Gerrard testimonial 2013.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Simon Luc
Hildebert Mignolet[1]
Tarikh lahir (1988-03-06) 6 Mac 1988 (umur 29)
Tempat lahir Sint-Truiden, Belgium
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini Liverpool
Nombor 22
Kerjaya remaja
2004–2006 Sint-Truiden
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006–2010 Sint-Truiden 100 (1)
2010–2013 Sunderland 90 (0)
2013– Liverpool 46 (0)
Pasukan kebangsaan
2003 Belgium B16 1 (0)
2004 Belgium B17 2 (0)
2005–2006 Belgium B18 11 (0)
2006–2007 Belgium B19 3 (0)
2009 Belgium B20 1 (0)
2008–2010 Belgium B21 10 (0)
2011– Belgium 14 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19 October 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 21:45, 19 November 2013 (UTC)

Simon Luc Hildebert Mignolet (Sebutan Belanda: [simɔn miɲɔlɛ]; lahir 6 Mac 1988) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain untuk kelab Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Belgium sebagai penjaga gol.

Mignolet memulakan kariernya bersama kelab Divisyen Dua Belgium, Sint-Truiden pada tahun 2004, dan menghabiskan enam tahun di kelab itu, membuat 100 penampilan liga. Dia berpindah ke kelab Liga Perdana, Sunderland pada bulan Jun 2010[3] dengan yuran perpindahan £2 juta, menghabiskan tiga tahun bersama mereka dan membuat 90 penampilan, sebelum berpindah ke Liverpool pada bulan Jun 2013 dengan yuran perpindahan £9 juta.[4]

Mignolet juga telah mewakili Belgium di semua peringkat umur dari bawah 16 sehingga pasukan senior. Dia membuat penampilan penuh antarabangsa yang pertama pada tahun 2011, dan sejak itu dia telah membuat empat belas penampilan untuk pasukan kebangsaan.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Sint-Truiden[sunting | sunting sumber]

Mignolet dilahirkan di Sint-Truiden, Belgium. Dia menyertai pasukan bola sepak tempatan, kelab Divisyen Dua Belgium, Sint-Truiden, pada tahun 2004, meningkat naik dari pasukan belia sehingga menjadi penjaga gol pilihan utama pada tahun 2006 ketika berumur cuma 18 tahun. Pada tahun 2009 dia membuat 29 penampilan dan menjaringkan satu gol penalti, ketika dia membantu Sint-Truiden memenangi Divisyen Dua Belgium, dan dinamakan Penjaga Gol Belgium Tahunan pada tahun berikutnya selepas dia membantu Sint-Truiden mengelakkan penyingkiran.

Sunderland[sunting | sunting sumber]

Simon Mignolet bersama Sunderland pada tahun 2011

Setelah diundang untuk melawat tempat latihan, Mignolet menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Liga Perdana, Sunderland pada 17 Jun 2010 dalam perjanjian bernilai £2j.[5][6] Ia kemudiannya disahkan oleh Sint-Truiden bahawa Sunderland telah mengalahkan PSV Eindhoven, FC Twente dan Udinese untuk mendapatkan tandatangan Mignolet.[7]

Mignolet membuat penampilan pertama untuk Sunderland ketika seri 2–2 menentang Birmingham City pada 15 Ogos 2010, dan dinamakan pemain terbaik perlawanan atas persembahannya. Dalam perlawanan seterusnya di tempat sendiri, kemenangan 1–0 ke atas Manchester City, Mignolet mengekalkan jersi bersih buat kali pertama untuk Sunderland, selepas melalukan reaksi cemerlang untuk menyelamatkan percubaan Emmanuel Adebayor. Mignolet meletakkan persembahan cemerlang sekali lagi ketika menentang Arsenal, dan Sunderland seri 1–1 selepas Darren Bent mengikat kedudukan pada minit ke 95. Craig Gordon menggantikan Mignolet sebagai penjaga gol beberapa minggu kemudian naun dia kekal sebagai penjaga gol utama. Mignolet tidak bermain sehingga 8 Januari 2011, apabila Sunderland mengalami kekalahan di tempat sendiri kepada Notts County dalam pusingan ketiga Piala FA Inggeris. Mignolet kembali menjadi penjaga gol utama selepas Gordon mengalami kecederaan pada bulan Februari, dan memperoleh rentetan sambutan hangat untuk persembahan beliau.[8] Berikutan keputusan seri, pengurus Steve Bruce memuji penjaga gol muda itu kerana permulaan baik dalam bola sepak Inggeris.[9] Mignolet mengekalkan kedudukannya sebagai penjaga gol pilihan utama pada musim berikutnya.[10] Pada 29 Oktober 2011, Mignolet tercedera ketika seri 2–2 dengan Aston Villa, mengalami keretakan hidung selepas perlanggaran dengan Emile Heskey.[11]

Mignolet bermain dalam setiap perlawanan pada musim berikutnya, mengekalkan jersi bersih banyak kali dan menghasilkan beberapa persembahan pemain terbaik perlawanan.[12][13] Penjaga gol Joe Hart memuji Mignolet pada bulan Disember 2012 sebagai penjaga gol terbaik dalam liga musim itu.[14] Pada 21 Jun 2013, ianya telah dilaporkan bahawa Liverpool telah bersetujun dengan perjanjian untuk menandatangani pemain itu dengan yuran perpindahan sekitar £9j.[15]

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Mignolet menyelamatkan penalti ketika perlawanan pertamanya bersama Liverpool.

Pada 25 Jun 2013, Mignolet menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan £9j dan kontrak lima tahun.[16] Pengurus Liverpool Brendan Rodgers memuji Mignolet sebagai "salah satu penjaga gol terbaik dalam Liga Perdana".[17] Pada 13 Julai 2013, dia membuat penampilan sulung tidak rasmi untuk Liverpool ketika kemenangan 4–0 perlawanan persahabatan pra-musim menentang Preston North End.[18] Pada 17 Ogos 2013, Mignolet membuat penampilan sulung rasmi ketika kemenangan 1–0 ke atas Stoke City di Anfield; pada minit ke 89 perlawanan, dia menyelamatkan penalti Jonathan Walters, dan percubaan susulan Kenwyne Jones, untuk memberikan kemenangan kepada Liverpool.[19] Dia kemudiannya merekod dua lagi jersi bersih ketika menentang Aston Villa dan Manchester United, dengan kedua-dua perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 kepada Liverpool. Dua minggu kemudian, dia bolos gol pertamanya di Liverpool dalam Liga Perdana ketika seri 2–2 dengan Swansea City, namun dia masih dinamakan pemain terbaik perlawanan. Mignolet juga dinamakan pemain terbaik perlawanan ketika seri 3–3 dengan Everton, menyelamatkan 9 percubaan. Sejak pengenalannya dalam skuad, Mignolet telah bermain semua perlawanan dalam musim 2013-2014.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mignolet semasa penampilan sulungnya bersama Belgium dalam kelayakan Euro 2012 menentang Austria pada 25 Mac 2011

Mignolet pertama kali mewakili pasukan Belgium bawah-21 pada tahun 2008, dan kemudiannya membuat sepuluh penampilan untuk pasukan itu.[20] Pada 1 September 2010, dia mendapat panggilan pertama untuk skuad senior Belgium selepas aksi bagus di Sunderland.[21] Dia membuat penampilan penuh sulung ketika kemenangan 2–0 ke atas Austria pada 25 Mac 2011 dalam perlawanan kelayakan Euro 2012.[20][22] Dia kekal dalam kesebelasan utama untuk baki empat perlawanan kelayakan,[23][24][25][26] selain bermain dalam tiga perlawanan persahabatan semasa kempen kelayakan.[20] Walau bagaimanapun, dia gagal membantu Belgium layak ke Euro 2012, selepas kekalahan 3–1 kepada Jerman menyaksikan mereka menduduki tempat ketiga dalam kumpulan.[27] Mignolet bermain dalam dua perlawanan antarabangsa ketika musim 2011–12, bermula ketika menentang Greece dan England.[28][29]Selepas perlawanan menentang England, dia tidak bermain perlawanan antarabangsa selama empat bulan, dengan Thibaut Courtois dipilih.[30] Dia kembali ke kesebelasan utama pada 14 November 2012, ketika kekalahan 1–2 kepada Romania.[31] Perlawanan antarabangsanya yang seterusnya datang enam bulan kemudian, ketika kemenangan 4–2 ke atas Amerika Syarikat pada 29 Mei 2013.[32]

Mignolet berkhidmat sebagai penjaga gol back-up ketika kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, dengan Courtois bermain setiap minit dan Belgium layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 2002.[33]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 19 Oktober 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sint-Truiden 2006–07 19 0 0 0 0 0 0 0 19 0
2007–08 24 0 1 0 0 0 0 0 25 0
2008–09 29 1 2 0 0 0 0 0 31 1
2009–10 28 0 1 0 0 0 0 0 29 0
Jumlah 100 1 4 0 0 0 104 1
Sunderland 2010–11 23 0 1 0 2 0 26 0
2011–12 29 0 6 0 0 0 35 0
2012–13 38 0 2 0 0 0 40 0
Jumlah 90 0 9 0 2 0 101 0
Liverpool 2013–14 38 0 0 0 2 0 0 0 40 0
2014–15 8 0 0 0 1 0 2 0 11 0
Jumlah 46 0 0 0 3 0 2 0 51 0
Jumlah karier 236 1 13 0 5 0 2 0 256 1

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Sint-Truiden

Individu

  • Penjaga Gol Belgium Tahunan: 2009–10
  • Pemain Terbaik Sunderland Tahunan: 2013

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mignolet boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman.[34] Beliau juga mempunyai ijazah dalam Sains Politik.[35]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "In profile: Simon Mignolet". Sells Goalkeeper Products. Dicapai pada 10 July 2014. 
  2. ^ "Player Profile: Simon Mignolet". Premier League. Dicapai pada 26 June 2013. 
  3. ^ Sunderland sign keeper Mignolet -BBC
  4. ^ Transfer news: Liverpool sign goalkeeper Simon Mignolet from Sunderland -Sky Sports
  5. ^ Bruce close to keeper deal | Sunderland - EatSleepSport
  6. ^ "Mignolet on dream move". Sunderland A.F.C. 17 June 2010. Diarkibkan daripada original pada 19 June 2010. Dicapai pada 26 June 2013. 
  7. ^ FINISHED: No Contact Yet Between PSV And Simon Mignolet - Agent - Goal.com
  8. ^ "Bruce heaps praise on goalkeeper Simon Mignolet". Sunday Sun. 6 March 2011. Diarkibkan daripada original pada 24 March 2011. Dicapai pada 2013-06-26. 
  9. ^ Sunderland boss Steve Bruce hails performance of goalkeeper Simon Mignolet after draw with Arsenal - Goal.com
  10. ^ Smith, Rory (13 August 2011). "Liverpool 1 Sunderland 1: match report". The Daily Telegraph. London. 
  11. ^ Keeper doubtful for Man Utd game (2011-10-30). "Mignolet suffers broken nose | Sunderland News, Fixtures, Results, Transfers". Sky Sports. Dicapai pada 2013-06-26. 
  12. ^ Rayner, Stuart (2012-10-02). "Simon Mignolet just fails to save the day - Sunderland News - SAFC". JournalLive. Dicapai pada 2013-06-26. 
  13. ^ Holden, Kit (2012-10-28). "Match Report: Sunderland's Simon Mignolet at his best to keep Stoke City at bay - Premier League - Football". The Independent. Dicapai pada 2013-06-26. 
  14. ^ Colin Young (2013-01-18). "Simon Mignolet interview: On pressure, his injury and his degree | Mail Online". Dailymail.co.uk. Dicapai pada 2013-06-26. 
  15. ^ "BBC Sport - Simon Mignolet: Liverpool sign Sunderland keeper for £9m". Bbc.co.uk. Dicapai pada 2013-06-26. 
  16. ^ "Simon Mignolet: Liverpool sign Sunderland keeper for £9m". BBC Sport. 2013-06-25. Dicapai pada 2013-07-20. 
  17. ^ "Mignolet menyelesaikan perpindahan £9j ke Liverpool sebagai pemain keempat ditandatangani Rodgers". Daily Mail. 25 June 2013. Dicapai pada 26 June 2013. 
  18. ^ Urquhart-Cannon, Alex (13 July 2013). "Reds hit Preston for four - report". Liverpool F.C. Dicapai pada 18 August 2013. 
  19. ^ "Liverpool 1-0 Stoke" BBC Sport. 17 August 2013. Retrieved 17 August 2013.
  20. ^ a b c "Simon Mignolet". Royal Belgian Football Association. Dicapai pada 26 June 2013. 
  21. ^ "Sunderland form wins Mignolet Belgium call-up". Tribal Football. 2 September 2010. Dicapai pada 26 June 2013. 
  22. ^ "Euro 2012 qualifying Group A: Austria 0 Belgium 2". Soccerway. 26 March 2011. Dicapai pada 26 June 2013. 
  23. ^ "Belgium 4-1 Azerbaijan - Lineups". UEFA. 29 March 2011. Dicapai pada 26 June 2013. 
  24. ^ "Belgium 1-1 Turkey - Lineups". UEFA. 3 June 2011. Dicapai pada 26 June 2013. 
  25. ^ "Azerbaijan 1-1 Belgium - Lineups". UEFA. 2 September 2011. Dicapai pada 26 June 2013. 
  26. ^ "Germany 3-1 Belgium - Lineups". UEFA. 11 October 2011. Dicapai pada 26 June 2013. 
  27. ^ Potter, Stefan (11 October 2011). "Germany 3-1 Belgium - Lineups". UEFA. Dicapai pada 26 June 2013. 
  28. ^ "Match: Greece v Belgium". ESPN. 29 February 2012. Dicapai pada 26 June 2013. 
  29. ^ McNulty, Phil (2 June 2012). "England 1-0 Belgium". BBC Sport. Dicapai pada 26 June 2013. 
  30. ^ Niblock, Gary (15 August 2012). "Belgium – Netherlands Team News: Courtois starts in goal for the Rode Duivels". BeNeFoot. Dicapai pada 26 June 2013. 
  31. ^ "Romania 2-1 Belgium". Royal Belgian Football Association. 14 November 2012. Dicapai pada 26 June 2013. 
  32. ^ "USA 2-4 Belgium". Royal Belgian Football Association. 29 May 2013. Dicapai pada 26 June 2013. 
  33. ^ "Chelsea keeper Thibaut Courtois labelled 'best in world' by Belgium team-mate Toby Alderweireld". BSkyB. 18 November 2013. Dicapai pada 17 April 2014. 
  34. ^ Free video: Brand new Kop Kids -Liverpoolfc.com Video
  35. ^ Liverpool goalkeeper Simon Mignolet is all too aware of how a change in regime can galvanise Sunderland -The Daily Telegraph

Pautan luar[sunting | sunting sumber]