Nacer Chadli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nacer Chadli
Maklumat peribadi
Nama penuh Nacer Chadli[1]
Tarikh lahir (1989-08-02) 2 Ogos 1989 (umur 34)
Tempat lahir Liège, Belgium
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
İstanbul Başakşehir
Nombor 11
Kerjaya remaja
1994–1998 JS Thier-à-Liège
1998–2005 Standard Liège
2005–2007 MVV
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2010 AGOVV Apeldoorn 90 (28)
2010–2013 Twente 84 (25)
2013–2016 Tottenham Hotspur 88 (15)
2016–2018 West Bromwich Albion 36 (6)
2018–2020 Monaco 16 (0)
2019–2020Anderlecht (pinjam) 17 (8)
2020– İstanbul Başakşehir 18 (3)
Pasukan kebangsaan
2010 Maghribi 1 (0)
2011– Belgium 64 (8)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Mei 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Jun 2021

Nacer Chadli (lahir 2 Ogos 1989) merupakan pemain bola sepak Belgium yang beraksi untuk kelab Turki, İstanbul Başakşehir dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi sayap.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Apeldoorn[sunting | sunting sumber]

Chadli bermain bola sepak semasa remaja di JS Thier-à-Liège, Standard Liège dan MVV Maastricht. Pada musim panas 2007, beliau telah ditandatangani oleh kelab divisyen dua Belanda, AGOVV Apeldoorn. Ketika Chadli bermain di sana, Chadli menyarung jersi dengan nama "Kaliffe" kerana pengurus Ted van Leeuwen takut kelab lain akan menunjukkan minat mereka kepada Chadli.[2] Chadli menjaringkan gol pertamanya untuk AGOVV ketika menentang FC Volendam.

FC Twente[sunting | sunting sumber]

Chadli bermain untuk FC Twente pada 2011

Pada musim panas 2010, Chadli berpindah ke kelab FC Twente dan menjadi pemain pertama berpindah ke Twente selepas kelab tersebut memenangi Eredivisie musim lalu.[3] Jaringan pertama Chadli di Eredivisie dalam perlawanan menentang PSV.[4] Debut pertama Chadli di pentas Eropah dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan pada 14 September, 2-2.[5] Pada 29 September, beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara apabila menentang Tottenham Hotspur,[6] dan gol keduanya pada 2 September menentang Werder Bremen.[7] Beliau menjaringkan gol menentang Tottenham Hotspur dalam sepakan percuma.

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Chadli bersama Tottenham pada 2013.

Pada 21 Julai 2013, Tottenham Hotspur bersetuju bersama FC Twente untuk menandatangani Chadli dengan bayaran sebanyak £7 juta.[8] Kelab ini mengesahkan bahawa tertakluk kepada persetujuan terma peribadi dan Chadli akan bergabung dengan skuad untuk latihan pra-musim di Hong Kong.[9] Pada 23 Julai, Tottenham mengesahkan Chadli telah menyertai skuad yang mengambil bahagian dalam Trofi Liga Perdana Asia 2013.[10] Chadli akhirnya menjadi pemain rasmi Tottenham pada 26 Julai. Beliau membuat debut pertama bersama Spurs ketika menewaskan Monaco 5-2 dalam perlawanan persahabatan pada 3 Ogos. Pada 25 September beliau menjaringkan gol pertama untuk Spurs dalam piala liga 4-0 menentang Aston Villa. Beliau membuat debut bersama Spurs dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 18 Ogos 2013 menentang Crystal Palace dengan kemenangan 1–0. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana pada 12 Februari 2014 dengan kemenangan 4-0 menentang Newcastle United.[11] Pada 24 Ogos 2014, Chadli menjaringkan gol sebanyak dua kali dalam perlawanan menentang Queens Park Rangers, 4–0.[12]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Chadli bersama Belgium

Chadli mempunyai dua warganegara iaitu Belgium dan Maghribi jadi beliau boleh mewakili pasukan Maghribi atau Belgium. Beliau membuat debut pertama bersama Maghribi pada 17 November 2010 dalam perlawanan persahabatan 1-1 menentang Ireland Utara[13] dan dinobatkna sebagai pemain terbaik perlawanan.[14] Pada 28 Januari 2011, beliau menyatakan berhasrat untuk mewakili Belgium di peringkat antarabangsa, debut pertama Chadli bersama Belgium pada 9 Februari menentang Finland dalam perlawanan persahabatan.[15]

Chadli bermain sebagai penyerang untuk pasukan kebangsaan Belgium.[16] Beliau menjaringkan gol antarabangsa buat pertama kalinya dalam kelayakan UEFA Euro 2012 menentang Azerbaijan di Stadium Raja Baudouin pada 29 Mac 2011.

Pada 26 Mei 2014, Chadli menjaringkan gol antarabangsa ketiganya dalam perlawanan pra-Piala Dunia menentang Luxembourg.[17]

Pada 13 Mei 2014, Chadli telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[18] Beliau memulakan perlawanan sebagai pemain gantian dan apabila separuh masa kedua, beliau menggantikna Dries Mertens dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Algeria, 2-1 di Belo Horizonte.[19]

Kerjaya statistik[sunting | sunting sumber]

Statistik kelab[sunting | sunting sumber]

Pemunculan kelab Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kelab Liga Musim App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol
Belanda Liga Piala KNVB Eropah Jumlah
AGOVV Apeldoorn Eerste Divisie 2007–08 19 2 19 2
2008–09 34 9 34 9
2009–10 391 17 1 1 40 18
FC Twente Eredivisie 2010–11 33 7 6 3 11 3 50 13
2011–12 25 6 2 1 8 2 35 9
2012–13 26 12 2 0 10 6 38 18
England Liga Piala FA Inggeris Piala Liga Inggeris Eropah Jumlah
Tottenham Hotspur Liga Perdana Inggeris 2013–14 24 1 1 0 3 1 6 3 34 5
2014–15 8 4 0 0 0 0 2 0 10 4
Jumlah kerjaya Belanda 176 53 11 5 29 11 216 69
England 32 5 1 0 3 1 7 3 44 9
Jumlah kerjaya 208 58 12 5 3 1 36 14 260 78

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 29 Mac 2011 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium  Azerbaijan
3–1
4–1
Kelayakan UEFA Euro 2012
2. 29 Februari 2012 Stadium Pankritio, Heraklion, Greece  Yunani
1–1
1–1
Persahabatan
3. 10 Oktober 2014 Stadium Raja Baudouin, Brussels, Belgium  Andorra
3–0
6–0
Kelayakan UEFA Euro 2012

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14">"Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ Nacer Chadli profile at Atlas-Lions Diarkibkan 2011-07-18 di archive.today (Dutch)
  3. ^ FC Twente swoop for Rosales and Chadli
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-23. Dicapai pada 2014-10-31.
  5. ^ "FC Twente 2 Inter Milan 2: match report". The Daily Telegraph. London. 14 September 2010.
  6. ^ Liew, Jonathan (29 September 2010). "Tottenham Hotspur v FC Twente: as it happened". The Daily Telegraph. London.
  7. ^ http://soccernet.espn.go.com/report?id=307851&cc=5739
  8. ^ Chadli Deal Agreed, Tottenham Hotspur, 21 July 2013
  9. ^ deal agreed THFC website, Accessed 25 July 2013
  10. ^ in HK – Nacer trains with the squad THFC website, Accessed 25 July 2013
  11. ^ "Newcastle United 0–4 Tottenham" BBC Sport. 12 February 2014. Retrieved 12 February 2014.
  12. ^ Fifield, Dominic (24 August 2014). "Tottenham give Harry Redknapp unhappy homecoming with QPR defeat". The Guardian. Dicapai pada 24 August 2014.
  13. ^ "Northern Ireland 1–1 Morocco". BBC Sport. 17 November 2010. Dicapai pada 4 June 2014.
  14. ^ "Moroccan international Chadli pledges future to Belgium". BBC Sport. 4 February 2011. Dicapai pada 6 February 2011.
  15. ^ "Chadli kiest voor België" (dalam bahasa Dutch). De Telegraaf. 28 January 2010. Dicapai pada 29 January 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Nacer Chadli completes Tottenham switch after passing medical and agreeing terms". Sky Sports. 26 July 2013. Dicapai pada 26 July 2013.
  17. ^ "Adnan Januzaj's Belgium debut wiped from record books". BBC Sport. 4 June 2014. Dicapai pada 4 June 2014.
  18. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
  19. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2–1 Algeria". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2014.