Toby Alderweireld

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toby Alderweireld
Alderweireld Belgium National Team vs USA 2013 (cropped).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhTobias Albertine Maurits Alderweireld[1]
Tarikh lahir (1989-03-02) 2 Mac 1989 (umur 30)
Tempat lahirAntwerp, Belgium
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniTottenham Hotspur
Nombor4
Kerjaya remaja
1999–2004Germinal Beerschot
2004–2008Ajax
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2008–2013Ajax128(7)
2013–2015Atlético Madrid(1)
2014–2015Southampton (dipinjam)26(1)
2015–Tottenham Hotspur86(5)
Pasukan kebangsaan
2004Belgium B153(1)
2004Belgium B162(0)
2005–2006Belgium B1717(3)
2006Belgium B183(0)
2006–2007Belgium B199(0)
2009–2010Belgium B215(0)
2009–Belgium84(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15 September 2018.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 September 2018

Tobias Albertine Maurits "Toby" Alderweireld (Sebutan Belanda: [ˈtoːbi ˈɑldərˌwɛːrəlt]; lahir 2 Mac 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang kini bermain di Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dan merupakan pemain kebangsaan Belgium. Beliau bermain di dalam posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Toby Alderweireld ketika bersama Ajax.

Toby Alderweireld telah dilahirkan di Antwerp,[3] kemudian Alderweireld berpindah ke Ajax untuk memasuki akademi bola sepak pada Ogos 2004. Pada 22 Februari 2007, beliau menandatangani kontrak kelab profesional untuk menilai beliau sehingga 30 Jun 2010.[4] Perlawanan pertama beliau pada 18 Januari 2009, ketika kemenangan menentang Nijmegen 2-0.[5] Pada 26 Februari, beliau membuat debut pertama beliau bermain di pentas Eropah apabila seri 1-1 menentang kelab Itali, Fiorentina dalam Piala UEFA.[6]

Dalam musim 2009–10, Alderweireld menjadi pilihan utama dalam pertahanan bersama Jan Vertonghen selepas kapten Thomas Vermaelen berpindah ke Arsenal.[7] Jurulatih baru, Martin Jol percaya dua pemain pertahanan itu mampu membuat aksi terbaik.[8][9] Pada 4 September, kemenangan menentang Heracles 3-0, beliau menjaringkan gol buat pertama kalinya apabila beliau membuat gol pembukaan dengan menanduk masuk daripada sepakan penjuru Luis Suárez.[10] Pada 27 Januari, beliau menjaringkan gol dalam masa tambahan ketika Piala KNVB dalam peringkat suku akhir menentang NEC Nijmegen dan Siem de Jong menjaringkan gol lima minit terakhir dengan memastikan Ajax menang 3-2. Alderweireld telah dinamakan sebagai "Ajax Talent of the Year".[11] Beliau telah melakar sejarah dengan menjaringkan gol ke-100 untuk Ajax di Liga Juara-Juara pada 3 November 2011 apabila Ajax kalah 1-2 menentang Auxerre.[12] Alderweireld menjaringkan gol untuk Ajax ketika bertemu A.C. Milan 2-0 di Stadium San Siro dengan membawa pasukannya ke Liga Eropah UEFA.

Pada 5 Ogos 2012, ketika Johan Cruijff Schaal di antara PSV dan Ajax, Alderweireld menjaringkan gol untuk Ajax pada minit ke-44, membawa kelabnya pada kedudukan 2-1, namun Ajax tewas pada separuh masa kedua 2-4. Ajax telah memasuki Liga Eropah di kelayakan tempat ketiga namun gagal untuk layak apabila tewas 4-2 kepada kelab Romania dalam penentuan tendangan penalti.

Kontrak Alderweireld berbaki satu tahun bersama Ajax, peristiwa ini dapat menarik minat daripada kelab Bayer Leverkusen, Liverpool, Napoli dan Norwich City untuk menandatangani pemain pertahanan muda.[13][14]

Atlético Madrid[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2013, Alderweireld menyertai Atlético Madrid dengan kontrak selama empat tahun dengan bayaran sebanyak €7 million.[15][16] Beliau bermain 12 perlawanan di dalam La Liga. Pada 11 Mei, beliau menjaringkal gol pertama kali dalam kelab Sepanyol itu apabila menanduk masuk apabila melawan Málaga CF, seri 1-1.[17] Alderweireld juga bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA 2014 pada lapan minit terakhir menggantikan Filipe Luís namun tewas kepada Real Madrid 4-1.[18]

Southampton[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dipinjam ke Southampton, pada 1 September 2014.[19][20] Beliau membuat debut pertamanya bersama Southampton pada 13 September apabila menewaskan Newcastle United 4-0.[21]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Alderweireld dalam perlawanan menentang Algeria pada Piala Dunia 2014.
Alderweireld ketika menentang Amerika Syarikat pada 2013.

Alderweireld pertama kali bersama Belgium semasa pasukan bawah-17 pada Oktober 2005 dan mengambil bahagian dalam Kejohanan bawah-17 UEFA 2006. Selepas musim 2008–09, beliau membuat debut pertama bersama pasukan Belgium dalam perlawanan persahabatan. Walau bagaimanapun, debut penuh beliau bersama Belgium ketika menentang Republik Czech. Beliau juga telah disenaraikan dalam skuad untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2010.

Alderweireld telah dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-21 Belgium untuk menghadapi kelayakan kejohanan bawah-21 UEFA 2011 menentang Ukraine pada 13 November 2009 denga keputusan perlawanan Belgium ketinggalan 0-2 kepada Ukraine.

Pada 13 Mei 2014, Anderweireld telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[22] Beliau bermain di pentas Piala Dunia ketika perlawanan menentang Algeria, Belgium menang 2-0 di Belo Horizonte.[23]

Kerjaya statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Prestasi kelab Liga Piala Benua Lain Jumlah
Musim Kelab Liga App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol
Belanda Liga Piala KNVB Eropah1 Lain2 Jumlah
2008–09 Ajax Eredivisie 5 0 0 0 3 0 0 0 8 0
2009–10 31 2 6 1 8 0 0 0 45 3
2010–11 26 2 4 0 12 3 1 0 43 5
2011–12 29 1 3 0 7 1 1 1 40 3
2012–13 33 2 3 0 8 1 1 1 45 4
2013–14 4 0 0 0 0 0 1 0 5 0
Jumlah Belanda 128 7 16 1 38 5 4 2 186 15
Sepanyol Liga Copa del Rey Eropah Lain3 Jumlah
2013–14 Atlético Madrid La Liga 12 1 6 1 4 0 0 0 22 2
Jumlah Sepanyol 12 1 6 1 4 0 0 0 22 2
Jumlah keseluruhan 140 8 22 2 42 5 4 2 208 17

1 Termasuk perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Eropah UEFA.

2 Termasuk perlawanan Johan Cruijff Shield dan Playoff Eredivisie.

3 Termasuk perlawanan Supercopa de España.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belgium
Tahun App Gol
2009 4 0
2010 6 0
2011 5 0
2012 5 0
2013 11 1
2014 6 0
Total 37 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gol Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 19 November 2013 Stadium Raja Baudouin, Brussels  Jepun 2–3 2–3 Persahabatan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "England 1 Belgium 0 [1–0]". England Football Online. Dicapai 17 December 2013. 
  2. ^ "Player Profile: Toby Alderweireld". Atlético Madrid. Dicapai 22 August 2013. 
  3. ^ Toby Alderweireld profile, VI.nl, 18 January 2009, dicapai 19 January 2009 
  4. ^ Ajax sign Toby Alderweireld, AFC Ajax, 22 February 2007, dicapai 19 January 2009 
  5. ^ Ajax win spectacular match, AFC Ajax, 18 January 2009, dicapai 19 January 2009 
  6. ^ Leonardo scores to help Ajax advance
  7. ^ Zwartkruis, Simon (30 September 2009). "'Wij hebben de beste selctie van Nederland'". Association football. 
  8. ^ "Jol: 'Vertonghen en Alderweireld, dat ziet iedereen'" (dalam bahasa Dutch). Gazet van Antwerpen. 17 October 2009. Dicapai 27 October 2009. 
  9. ^ Coerts, Stefan (13 October 2009), "Ajax Coach Martin Jol Praises Jan Vertonghen And Toby Alderweireld", Goal, dicapai 30 September 2009 
  10. ^ Report: SC Heracles Almelo vs Ajax Amsterdam
  11. ^ "Supporters Ajax eren Suarez". Telegraaf.nl. 18 April 2010. Dicapai 2010-04-21. 
  12. ^ "Ajax's Alderweireld thrives on art of defending". UEFA.com by Berend Scholten. 5 February 2011. Dicapai 2011-02-05. 
  13. ^ "Alderweireld soll kommen Kadlec wechselt zu Fenerbahce". Express.de by Lars Werner.com. 14 June 2013. Dicapai 2013-06-19. 
  14. ^ "Napoli wil tien miljoen euro betalen voor Toby Alderweireld". Nieuws.be by Voetbal4U.com. 18 June 2013. Dicapai 2013-06-19. 
  15. ^ "Transfer deadline day: Atletico Madrid sign Toby Alderweireld and Josuha Guilavogui". Sky Sports. 2 September 2013. Dicapai 31 August 2014. 
  16. ^ Corrigan, Dermot (3 September 2013). "Toby Alderweireld rejected Liverpool". ESPN FC. Dicapai 31 August 2014. 
  17. ^ "Atlético Madrid 1-1 Málaga". BBC Sport. 11 May 2014. Dicapai 1 September 2014. 
  18. ^ name="BBC">"Real Madrid 4 Atlético Madrid 1". BBC Sport. Dicapai 25 May 2014. 
  19. ^ "Agreement with Southampton for the loan of Alderweireld". Atlético Madrid. 2 September 2014. Dicapai 12 September 2014. 
  20. ^ "Southampton loan Toby Alderweireld from Atletico Madrid". BBC Sport. 2 September 2014. Dicapai 2 September 2014. 
  21. ^ "Striker Graziano Pelle scored twice as Southampton overwhelmed a poor Newcastle side at St Mary's Stadium". BBC Sport. 12 September 2014. Dicapai 14 September 2014. 
  22. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai 15 May 2014. 
  23. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai 17 June 2014.