Vincent Kompany

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vincent Kompany
Vincent Kompany vs USA.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Vincent Jean Mpoy Kompany[1]
Tarikh lahir (1986-04-10) 10 April 1986 (umur 31)
Tempat lahir Brussels, Belgium
Ketinggian 6 ft 4 in (1.93 m)[2]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester City
Nombor 4
Kerjaya remaja
2000–2003 Anderlecht
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2003–2006 Anderlecht 73 (6)
2006–2008 Hamburger SV 29 (1)
2008– Manchester City 216 (13)
Pasukan kebangsaan
2002 Belgium B16 3 (0)
2002 Belgium B17 2 (0)
2004– Belgium 70 (4)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 5 Mac 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 8 September 2015 (UTC)

Vincent Jean Mpoy Kompany (Sebutan bahasa Perancis: [vɛ̃sɑ̃ kɔ̃pani]; lahir 10 April 1986) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang bermain sebagai kapten di kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi bek tengah malah boleh bermain di posisi pemain tengah. Dalam musim 2011-12, Kompany dianugerahkan menjadi kapten pasukan tersebut dan pada ketika itu juga, Manchester City menjadi juara liga.[3]

Kompany memulakan kerjaya profesionalnya ketika bersama Anderlecht. Beliau bermain di Anderlecht sehingga 2006, beliau berpindah ke kelab Jerman Hamburg. Pada musim panas 2008, ketika baru berusia 22 tahun, beliau berpindah ke kelab Liga Perdana, Manchester City.[4][5] Kompany telah dianugerahkan sebagai "PFA Team of the Year" sebanyak dua kali pada tahun 2011 dan 2012. Beliau juga memenangi Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012. Beliau telah disenaraikan sebagai 100 pemain terbaik di dunia oleh The Guardian.[6][7] Kompany antara salah satu pemain pertahanan terbaik di dunia bola sepak.[8] Beliau juga boleh mematahkan serangan lawan dengan mengasak atau menyelit pihak lawan.[9]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bapa Kompany, Pierre merupakan imigran Congo yang berpindah ke Belgium untuk bekerja seorang ajen. Ibu beliau, Jocelyna merupakan orang Belgium. Abang Kompany, François Kompany pemain bola sepak yang bermain di Macclesfield Town. Kompany juga mempunyai seorang kakak. Kawan-kawan Kompany pernah bermain di kelab Chelsea iaitu Yves Ma-Kalambay yang bermain sebagai penjaga gol dan bekas pemain pertahanan Manchester United, Floribert N'Galula.[10]

Kompany berkahwin dengan teman wanitanya yang berasal dari Manchester, Carla Higgs, seorang peminat setia Manchester City pada 11 Jun 2011[11] dan telah mendapat seorang anak perempuan, Sienna yang lahir pada 10 Jun 2010[12] dan anak lelaki, Kai yang lahir pada Oktober 2013.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Anderlecht[sunting | sunting sumber]

Vincent Kompany telah dilahirkan di Uccle, Brussels, Kompany memulakan kerjanya di Anderlecht ketika beliau berusia 17 tahun dengan memenangi anugerah Kasut Emas Belgium dan "Belgian Ebony Shoe" sebanyak dua kali.

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Kompany bersama Hamburg

Pada 9 Jun 2006, Kompany berpindah ke kelab Jerman Hamburger SV dengan bayaran sebanyak €10 juta untuk menggantikan Daniel Van Buyten.[13] Dalam debut pertama bersama Hamburg, beliau bermain sebanyak enam perlawanan dalam Bundesliga sebelum berehat selama satu musim akibat cedera pada "achilles" pada November 2006.[14] Dalam musim berikutnya, beliau terpilih dalam 30 orang dalam skuad Belgium untuk Kejohanan Bola Sepak bawah-21 UEFA 2007.[15]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Kompany bersama Manchester City ketika musim 2010-11.

Pada 22 Ogos 2008, kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City bersetuju untuk membida Kompany dari Hamburg dengan kontrak selama empat tahun dengan bayaran sebanyak £6 juta.[16] Kompany menyarung jersi nombor 33 dalam musim 2008–09 ketika di bawah pengurus Mark Hughes. Dua hari kemudian, Kompany membuat debut pertama bersama Manchester City ketika perlawanan menentang West Ham United.[17] Pada 28 September, Kompany menjaringkan gol pertamanya untuk City ketika menewaskan Wigan Athletic, 2-1. Pada 28 Disember 2008, beliau memulakan perlawanan menentang Blackburn Rovers di Ewood Park dalam posisi pemain tengah dan bermain sehingga minit ke-90 dengan keputusan seri 2-2.[18] Pada 19 Oktober 2009, Kompany menandatangani kontrak baru bersama City selama lima tahun di mana beliau bersama City sehingga 2014.[19] Kompany menjaringkan gol liga keduanya untuk City ketika membenamkan Portsmouth, 2-0[20] dan gol ketika menumpaskan Burnley 6-1.

Kompany menyarung jersi nombor empat dalam musim 2010-11 selepas pemain sebelum ini yang menyarung jersi nombor 4, Nedum Onuoha dipinjam ke Sunderland. Pada 14 Ogos 2010, Kompany memulakan perlawanan Liga Perdana dengan menerima kad kuning dari pengadil Andre Marriner ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur, perlawanan berkesudahan seri 0-0. Kompany menjadi Pemain Terbaik Perlawanan dalam perlawanan menentang Chelsea, 1-0 pada 25 September. Pada 10 November, Kompany memulakan perlawanan Manchester Derby buat pertama kalinya dengan berkesudahan seri 0-0 dan Kompany bermain sehingga minit ke-90. Pada 12 Februari 2011, Kompany memulakan perlawanan Liga Perdana dengan kekalahan 1-2 menentang Manchester United di Old Trafford.[21] Pada 16 April, Kompany menjadi kapten pasukan dalam perlawanan menentang Manchester United dalam Piala FA musim 2010-11 dengan berkesudahan 1-0 dan City layak ke perlawanan akhir. Pada hari berikutnya, beliau telah disenaraikan sebagai Pemain Terbaik PFA. Dalam pengakhiran musim 2010-11, pengurus City, Roberto Mancini percaya Kompany merupakan pemain yang luar biasa, Kompany menjadi pemain pertahanan terbaik di Eropah.

Kompany menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012.

Beliau menamatkan musim 2010-11 bersama City dengan menjadi Pemain Terbaik Manchester City begitu juga dengan menjadi Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris pada musim 2010-11. Pada 30 April, beliau menanduk masuk dari sepakan penjuru David Silva dalam perlawanan Manchester derby. Perlawanan itu berkesudahan 1-0 dan City melonjak ke tangga ke atas dengan perbezaan dua gol dengan United.[22] Pada 13 Mei, hari terakhir Liga Perdana musim 2010-11, Kompany menjadi kapten pasukan dengan memenangi musim 2010-11 selepas menewaskan Queens Park Rangers 3-2. Pada 25 Julai, Kompany menandatangani kontrak enam tahun bersama Manchester City.[23]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kompany ketika perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat.
Kompany bersalaman dengan kapten pasukan Amerika Syarikat, Clint Dempsey sebelum memulakan perlawanan.

Kompany membuat debut pertama kebangsaan ketika beliau berusia 17 tahun dengan menyertai Belgium pada Februari 2004 menentang Perancs, beliau menjadi pemain paling muda bermain. Persekutuan Bola Sepak Belgium memanggil Kompany untuk memasuki skuad Belgium di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Pada perlawanan pertama, Belgium tewas kepada Brazil 0-1. Pada perlawanan kedua, Belgium perlu menang untuk ke peringkat kalah mati. Kompany memutuskan untuk kembali ke Jerman dengan harapan untuk melihat negaranya ke peringkat kalah mati kerana Hamburg tidak membenarkan Kompany ke perlawanan tidak rasmi FIFA. Beliau akhirnya terpaksa ke Jerman sebagai pemain gantian ketika perlawanan antara Hamburg dengan FC Bayern Munich. Hubungan tegang antara Kompany dan Hamburg antara faktor Kompany berpindah ke Manchester City. Pada 19 Mei 2010, Kompany menjaringkan gol kemenangan buat Belgium ketika menentang Bulgaria pada minit ke-90 dalam perlawanan persahabatan. Pada 10 November 2011, sehari sebelum perlawanan persahabatan menentang Romania, pengurus Georges Leekens menamakan Kompany sebagai kapten pasukan manakala naib kapten ialah Thomas Vermaelen.

34 minit selepas Belgium mendahului Serbia 2-1 dalam kelayakan Piala Dunia 2014, Kompany telah tercedera pada hidungnya yang retak akibat pelanggaran penjaga gol Serbia, Vladimir Stojković. Selepas menerima rawatan di tepi padang, beliau bermain semula.[24]

Pada 13 Mei 2014, Kompany telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[25] Beliau menjadi ketua pasukan Belgium dalam perlawanan Piala Dunia buat pertama kali dalam masa 12 tahun.[26]

Kerjaya statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 September 2014.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol
Anderlecht 2003–04 29 2 5 0 9 0 43 2
2004–05 32 2 1 0 7 0 40 2
2005–06 12 1 1 0 6 1 19 2
Jumlah 73 5 7 0 22 1 102 6
Hamburg SV 2006–07 6 0 0 0 5 0 11 0
2007–08 23 1 4 0 11 2 38 3
Jumlah 29 1 4 0 16 2 49 3
Manchester City 2008–09 34 1 1 0 1 0 9 0 45 1
2009–10 25 2 3 0 4 0 0 0 32 2
2010–11 37 0 8 0 0 0 8 0 53 0
2011–12 31 3 1 0 0 0 10 0 1 0 40 3
2012–13 26 1 4 0 0 0 6 0 1 0 37 1
2013–14 28 4 2 0 3 0 4 1 37 5
2014–15 4 0 0 0 0 0 0 0 4 0
Jumlah 185 11 18 0 8 0 36 1 2 0 248 12
Jumlah keseluruhan 269 16 28 0 7 0 72 3 2 0 379 19

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 19 Mei 2010 Brussels, Belgium  Bulgaria 2–1 2–1 Persahabatan
2 7 Oktober 2011 Brussels, Belgium  Kazakhstan 3–0 4–1 Kelayakan Euro 2012
3 7 September 2012 Cardiff City, Wales  Wales 0–1 0–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
4 16 Oktober 2012 Brussels, Belgium  Scotland 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "England 1 Belgium 0 [1–0]". England Football Online. Dicapai pada 17 December 2013. 
  2. ^ "Vincent Kompany". Manchester City F.C. Dicapai pada 31 October 2015. 
  3. ^ McNulty, Phil (13 May 2012). "Manchester City 3–2 QPR". BBC Sport. Dicapai pada 13 May 2012. 
  4. ^ name="lee">"Exclusive – Lee: 'Kompany best centre-back to ever play for Man City'". Talksport. 13 May 2011. Dicapai pada 28 August 2011. 
  5. ^ name="royle">"Royle: 'Kompany has been Manchester City's best buy'". Talksport. 26 April 2011. Dicapai pada 28 August 2011. 
  6. ^ "The world's best footballers: the top 100 list". The Guardian. 24 December 2012. Dicapai pada 23 March 2013. 
  7. ^ "The 100 best footballers in the world – interactive". The Guardian. 24 December 2012. Dicapai pada 23 March 2013. 
  8. ^ "World Cup 2014: Vincent Kompany stands alone in a tournament seriously short on top-class defenders". Dicapai pada 22 September 2014. 
  9. ^ "Conosciamo Vincent Kompany, il difensore che piace tanto ai viola". Dicapai pada 22 September 2014. 
  10. ^ Chapman, John (January 2006). Sleight, Hugh, ed. "Q&A: Vincent Kompany". FourFourTwo. Teddington: Haymarket Consumer (137): 150. ISSN 1355-0276. 
  11. ^ "'I'm so proud of my Vince', says Kompany's wife Carla". Manchester Evening News. 15 May 2012. Dicapai pada 23 May 2012. 
  12. ^ "Kompany father of daughter Sienna". Het Laatste Nieuws. Dicapai pada 14 June 2010. 
  13. ^ Pearson, James. "Hamburg Seal Kompany switch". Sky Sports. Dicapai pada 18 May 2007. 
  14. ^ "Bundesliga stats". Footballstats. Dicapai pada 18 May 2007. 
  15. ^ Scholten, Berend (12 May 2007). "Belgium hope for better Kompany". UEFA. Diarkibkan daripada original pada 16 May 2007. Dicapai pada 18 May 2007. 
  16. ^ Collins, Leon (22 August 2008). "City sign Vincent Kompany from Hamburg". Manchester City F.C. Dicapai pada 22 August 2008. 
  17. ^ "City 3 – West Ham 0". Manchester City F.C. 24 August 2008. Dicapai pada 1 October 2010. 
  18. ^ Ashenden, Mark (28 September 2008). "Wigan 2–1 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 27 May 2010. 
  19. ^ "Kompany signs new Man City deal". BBC Sport. 19 October 2009. Dicapai pada 27 May 2010. 
  20. ^ "Match: Manchester City v Portsmouth". ESPN Soccernet. 31 January 2010. Dicapai pada 1 October 2010. 
  21. ^ "Mancini sees Kompany potential". Sky Sports. 21 May 2011. Dicapai pada 21 May 2011. 
  22. ^ "Man City 1–0 Man Utd". BBC Sport. 30 April 2012. Dicapai pada 15 December 2012. 
  23. ^ "Six more years! Man City captain Kompany signs new deal at Premier League champions". dailymail.co.uk. 26 July 2012. Dicapai pada 15 December 2012. 
  24. ^ Brennan, Stuart (11 June 2013). "Kompany decision stuns doctor". Manchester Evening News. Dicapai pada 22 May 2014. 
  25. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014. 
  26. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2014. 
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Carlos Tevez
Kapten Manchester City
2011–kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Thomas Vermaelen
Kapten Belgium
2011–kini
Pemegang jawatan kini