Noah Webster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noah Webster
Potret lukisan Samuel F. B. Morse
Anggota Dewan Perwakilan Negeri Connecticut (House of Representatives)
Dalam jawatan
1800; 1802 – 1807
Butiran peribadi
LahirNoah Webster Jr.
(1758-10-16)16 Oktober 1758
Western Reserve of Hartford,[1][2] Jajahan Connecticut, Amerika British
Meninggal dunia28 Mei 1843(1843-05-28) (umur 84)
New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat
Tempat persemadianGrove Street Cemetery, New Haven, Connecticut
Parti politikFederalist
PasanganRebecca Greenleaf Webster (k. 1789)
Anak-anak8
Kediaman
Alma materYale University
Pekerjaan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
 Connecticut
PertempuranPerang Revolusi Amerika

Noah Webster Jr. (16 Oktober 1758 – 28 Mei 1843) ialah seorang pakar leksikografi, karyawan dan reformis bahasa dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali kerana menghasilkan suatu kamus ejaan piawai bahasa Inggeris Amerika Syarikat berjudul An American Dictionary of the English Language (1828) iaitu suatu duluan kepada kamus Merriam-Webster yang menjadi digunakan secara meluas sehingga hari ini.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup dan pendidikan'[sunting | sunting sumber]

Webster lahir di bahagian barat Hartford (kini West Hartford), Connecticut kepada Noah Sr. (1722–1813), seorang petani, paderi gereja dan hakim[3][4] berketurunan dari keluarga Gabenor Connecticut John Webster; serta Mercy (Steele) Webster (1727–1794) dari keturunan Gabernor William Bradford dari Plymouth Colony.[5]

Ibunya banyak mengajar asas mengeja, ilmu matermatik dan muzik,[6] Pada usia enam tahun, Noah masuk sebuah sekolah yang tidak sahaja serba kekurangan malah guru-gurunya sering kesempitan mengajar bidang agama yang terhad[7] - hal ini mendorong beliau mahu menumpukan sepenuhnya kepada meingkatkan tahap pendidikan rakyat.[8] Beliau diajar bahasa-bahasa Latin dan Yunani untuk memasuki Kolej Yale pada usia 14 tahun.[9]

Di sana. beliau memasuki Yale (hasil wang gadai janji ladang keluarga oleh ayahnya[10]) tidak lama sebelum usia 16 tahun. Perang Revolusi Amerika meletus semasa tempoh pembelajarannya di sana, dan banyak kelasnya terpaksa diadakan di bandar-bandar lain; malah Noah juga adakalanya terpaksa dikerahkan ke dalam militia Connecticut.

Kerjaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1806, Webster mula menulis kamus Bahasa Inggeris pertamanya iaitu A Compendious Dictionary of the English Language. Pada tahun berikutnya pula, Webster mula merangka suatu kamus edisi susulan yang lebih komprehensif. Beliau banyak mempelajari bahasa asing demi memahami asal-usul perkataan yang dikumpulnya termasuk bahasa Inggeris Kuno, bahasa Goth, Jerman, Yunani, Latin, Itali, Sepanyol, Peranci, Belanda, Wales, Rusia, Ibrani, Aramia, Parsi, Arab serta Sanskrit; Noah bertujuan mahu menyelaraskan bahasa yang dituturi warga Amerika Syarikat dari pelbagai latar belakang masyarakat dan budaya serta mempunyai ejaan tersendiri dari kelompok ke kelompok.[11] Kamus ini, An American Dictionary of the English Language, dihabiskan pada bulan Januari 1825 semasa beliau melanjutkan pengajiannya di Cambridge, England.[12]

Aktivisme politik dan keterlibatan lain[sunting | sunting sumber]

Noah menubuhkan bersama Persatuan Penghapusan Perhambaan Negeri Connecticut (The Connecticut Society for the Abolition of Slavery) pada tahun 1791.[13]

Beliau dlilantik sebagai seorang felo dalam American Academy of Arts and Sciences pada tahun 1799.[14]

Beliau dan beberapa orang penyokongnya turut melobi pengemaskinian undang-undang hak cipta di Amerika Syarikat dalam Kongres negara tersebut sehingga membawa kepada pelulusan Akta Hak Cipta 1831 (Copyright Act of 1831) oleh pemerintah persekutuan.[15]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 28 Mei 1843 beberapa hari selepas mengemaskini glosari edisi kedua kamus diusahakannya Beliau dikebumikan di Grove Street Cemetery di New Haven.[16]

Hak cipta kamusnya diperolehi adik-beradik penerbit George dan Charles Merriam pada 1843 dari estet beliau di mana mereka meneruskan projek beliau.

Penggubahan kamus piawai[sunting | sunting sumber]

Karya terpilih[sunting | sunting sumber]

  • Dissertation on the English Language (1789)
  • Collection of Essays and Fugitive Writings on Moral, Historical, Political, and Literary Subjects (1790)
  • The American Spelling Book (1783)
  • The Elementary Spelling Book (1829)
  • Value of The Bible and Excellence of the Christian Religion (1834)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dobbs, Christopher. "Noah Webster and the Dream of a Common Language". Noah Webster and the Dream of a Common Language. Connecticut Humanities. Dicapai pada July 24, 2015.
  2. ^ "Connecticut Births and Christenings, 1649-1906". FamilySearch. Dicapai pada July 24, 2015.
  3. ^ Kendall, Joshua, The Forgotten Founding Father, p. 22.
  4. ^ Kendall, p. 22.
  5. ^ Noah had two brothers, Abraham (1751–1831) and Charles (b. 1762), and two sisters, Mercy (1749–1820) and Jerusha (1756–1831).
  6. ^ Kendall, pp. 21–23.
  7. ^ Kendall, pp. 22–24.
  8. ^ Kendall, p. 24.
  9. ^ Kendall, pp. 29–30.
  10. ^ Richard Rollins, The Long Journey of Noah Webster (1980) p. 19.
  11. ^ Pearson, Ellen Holmes. "The Standardization of American English". Teachinghistory.org. Dicapai pada 21 Mac 2012.
  12. ^ Lepore, Jill (2012). The Story of America: Essays on Origins. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. m/s. 125. ISBN 978-0-691-15399-5.
  13. ^ Noah Webster and the First American Dictionary, Luisanna Fodde Melis, Rosen Publishing Group, New York, 2005. Books.google.com. Dicapai pada December 9, 2011.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AAAS tidak disediakan
  15. ^ "Copyright Act (1831), Primary Sources on Copyright (1450–1900), eds L. Bently & M. Kretschmer". Copyrighthistory.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2008. Dicapai pada 9 Disember 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  16. ^ New Haven Register

Pautan luar[sunting | sunting sumber]