Noor Zaidib bin Rohmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noor Zaidi
Maklumat peribadi
Nama penuh Noor Zaidi Bin Rohmat
Tarikh lahir (1982-02-15) 15 Februari 1982 (umur 42)
Tempat lahir Sabak Bernam,Selangor, Malaysia
Maklumat kelab
Kelab terkini
Skuad projek FAM - MSN
Kerjaya remaja
1996 - 1999 Selangor FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000 - 2004 Selangor FA
2005 MPPJ FC
2006 Sukses FC
2007 Proton F.C.
2010 MPSJ F.C. (Asst. Coach)
2011 MPSJ F.C.
2012 - 2014 Selangor FA U19, U21 (Asst. coach)
2015 - 2016 Selangor FA U19
2016 - 2017 Selangor FA (Asst. coach)
2018 - 2020 Selangor FA U19, U21 (Asst. coach)
2020 Selangor FC II
2021 - 2022 Skuad Project FAM - MSN (Asst. coach)
2023 Skuad Project FAM - MSN
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Noor Zaidi Bin Rohmat (lahir 15 Februari 1982) ialah pemain bola sepak Malaysia yang telah bersara. Beliau merupakan pemain untuk Selangor FA dari peringkat remaja hingga pasukan senior antara tahun 1996 hingga 2004. Beliau juga pernah bermain dalam pasukan Remaja Malaysia B-14, B-16 dan B-23. Dia bersara awal kerana kecederaan besar dan meneruskan kerjayanya sebagai jurulatih bola sepak bermula dari 2009 dengan memegang lesen C. Kerjaya sebagai jurulatih bermula dari peringkat negeri pada 2010. Pada usia 41 tahun (2023), beliau menamatkan Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Diploma Profesional AFC 2022-2023. Noor Zaidi kini berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM - MSN.

Kerjaya bermain[sunting | sunting sumber]

Noor Zaidi memulakan perjalanannya sebagai pemain bola sepak dengan bermain untuk pasukan remaja Selangor FA dari 1996 hingga 1999. Kemudian pada tahun 2000, beliau dimasukkan ke dalam pasukan senior dan bermain selama 5 tahun.[1][2].Noor Zaidi merupakan sebahagian dari skuad selangor yang memenangi Piala Sumbangsih 2002, Piala Malaysia 2002, and Piala FA Malaysia 2001. Dia juga menjaring satu gol semasa kempen Piala Malaysia 2001.

Pada 2005, Noor Zaidi bertukar pasukan dan bermain untuk MPPJ F.C., sebuah pasukan dari Petaling Jaya dan bermain dalam Liga Super Malaysia. Noor Zaidi kemudiannya menyertai Sukses F.C. untuk bermain dalam Piala FAM Malaysia. Setahun kemudian beliau menyertai Proton F.C. yang menyertai kejohanan yang sama. Proton F.C. menjadi juara piala pada tahun itu.

Kerjaya kejurulatihan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Noor Zaidi memulakan kerjayanya dalam bidang kejurulatihan selepas mendapat lesen FAM C pada 2009. Bermula sebagai penolong jurulatih MPSJ F.C. Kelab yang bermain dalam Liga Selangor, kejohanan peringkat negeri. Tahun 2010 adalah satu kejayaan apabila Noor Zaidi dilantik sebagai Ketua Jurulatih bagi pasukan itu.

Noor Zaidi kemudiannya memulakan pembabitannya di peringkat kebangsaan dengan menjadi penolong jurulatih Selangor FA B-21 (2012, 2013)[3] dan B-19 (2014). Pada tahun 2015 selepas mendapat lesen AFC A, Noor Zaidi menjadi ketua jurulatih Selangor FA B-19 dan membimbing pasukan untuk mencapai juara Piala Belia[4]. Noor Zaidi meneruskan sebagai jurulatih pada 2016 dan mendapat naib juara Piala Belia[5]. Beliau turut terlibat sebagai penolong jurulatih pasukan senior pada 2016 dan 2017[6]. Pada tahun 2018, Noor Zaidi menjadi ketua jurulatih Selangor FA B-21 di dalam Piala Presiden. Noor Zaidi kemudiannya menyertai Selangor FA B-19 sebagai ketua jurulatih selama 2 tahun (2019,2020)[7]. Pada tahun yang sama (2020), Noor Zaidi memegang tugas sebagai penolong jurulatih untuk Selangor FC II[8], sebuah pasukan untuk pemain B-23 yang menyertai Liga Perdana Malaysia.

Noor Zaidi kemudiannya bertukar pasukan untuk menjadi penolong jurulatih Skuad Projek FAM - MSN pada 2021 dan 2022[9]. Tahun 2023 membawa lembaran baharu kepadanya apabila Noor Zaidi menjadi ketua jurulatih untuk Skuad Projek FAM - MSN.[10]. Beliau membimbing pasukan dalam format baru Piala MFL atau dikenali juga sebagai liga simpanan. Kejohanan untuk pasukan simpanan bawah 23 tahun.

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Noor Zaidi telah dipanggil untuk menjadi penolong jurulatih bagi pasukan Malaysia B-20 pada tahun 2022. Pasukan ini mengambil bahagian dan menjadi juara Kejohanan Remaja B-19 AFF[11]. Malaysia B19 juga mendapat naib juara Piala Thanh Nien. Noor Zaidi turut terlibat dalam kelayakan Piala Asia B-20 AFC.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Players :: 2002 :: SelangorFC - The Independent Selangor Football Website". web.archive.org. 21 Julai 2002. Dicapai pada 5 November 2023.
  2. ^ "BIOGRAFI AZMAN ADNAN-ahmadyaakob.com". biografiazmanadnan.blogspot.com. Dicapai pada 5 November 2023.
  3. ^ "20hb Ogos 2014: Selangor tewas, 0-2, kepada PDRM FA". .chedinsphere. 22 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  4. ^ "Selangor juara Piala Belia 2015 | FAM". fam.org.my. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  5. ^ "SSBJ B-17 JUARA PIALA BELIA 2016 TEWASKAN JUARA BERTAHAN SELANGOR | FAM". fam.org .my. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  6. ^ "FAS lantik P Maniam ketua jurulatih Selangor".
  7. ^ "Selangor FA B-19 menyasarkan sasaran yang lebih sederhana | Goal.com". www.goal.com. 18 Mac 2019. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  8. ^ "FAM - CMS". cms.fam.org.my. Dicapai pada 5 November 2023.
  9. ^ "SIARAN MEDIA: FAM DAN MSN BENTUK SKUAD PROJEK KHAS SEBAGAI LALUAN KERJAYA LEPASAN NFDP | FAM". fam.org.my. Dicapai pada 5 November 2023.
  10. ^ "Noor Zaidi Rohmat menggantikan Hassan Sazali, mengawal Projek FAM -MSN". Harimau Malaya. 7 November 2022. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  11. ^ Hazis, Fadzrie (28 Julai 2022). "'Kebangkitan Pengendali Muda' - Malaysia Kini Dilimpahi 'Ubi' Dalam Kejurulatihan". SEMUANYA BOLA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 November 2023.