Piala MFL 2023, juga dikenali sebagai Liga Simpanan 2023 adalah merupakan edisi sulung Piala MFL, sebuah kejohanan bola sepak remaja Malaysia untuk pemain berumur bawah 23 tahun.[1]
Piala MFL 2023 ialah sebuah kejohanan bola sepakMalaysia yang dikhaskan kepada para pemain bawah umur 23 tahun. Ini adalah edisi pertama ianya dianjurkan oleh MFL dengan 15 pasukan telah disahkan mengambil bahagian. MFL juga telah membenarkan penyertaan kuota kepada 5 pemain lebih umur, termasuk 3 pemain asing dalam setiap pasukan dengan hanya 2 pemain sahaja yang dibenarkan bermain untuk setiap perlawanan.[petikan diperlukan]
Peringkat liga: 15 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A akan dianggotai 8 pasukan dan kumpulan B akan dianggotai 7 pasukan yang masing-masing di tarik dari balang Zon Tengah, Utara, Selatan, Timur, Borneo dan Kelab 1 Negeri.
Pusingan 1 Dibahagikan dalam dua kumpulan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 2
Pusingan 2 Terdiri satu kumpulan lapan pasukan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati
Peringkat kalah mati: Peringkat kalah mati adalah perlawanan akhir untuk menentukan pemenang, ianya akan dimainkan dalam satu perlawanan tunggal[petikan diperlukan]