Noraini Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puan Hajjah

Noraini Yusof
Kelahiran1942
Meninggal dunia7 Ogos 2021 (berumur 78–79)
Sebab kematianCOVID-19
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, Selangor
PekerjaanPelakon
PasanganAsha'ari
Anak-anak5

Puan Hajjah Noraini Yusof (1942 – 7 Ogos 2021) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau dikenali setelah membintangi filem Do Re Mi arahan P. Ramlee.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Menelusuri Puan Hajjah Noraini Yusof pernah berlakon di dalam buah filem arahan Tan Sri P. Ramlee di Studio Merdeka, Kuala Lumpur.

Pertama, Masam-Masam Manis (1965) sebagai salah seorang guru yang bermesyuarat ketika Cikgu Sha'ari menjadi guru besar.

Filem keduanya paling ikonik dan diingati. Beliau berlakon sebagai mak tiri Do di samping seniman Mahmud Jun dalam filem Do Re Mi (1966). Ungkapan “Makcik kau lawa ye?” yang dilafazkan oleh seniman Mahmud Jun masih diingati sehingga ke hari ini.

Mungkin ramai yang tidak tak tahu, Puan Hajjah Noraini ketika itu menjadi ‘Substitute’ kepada pelakon asal sakit di hari penggambaran. Beliau adalah rakan karib kepada isteri Mahmud Jun dan secara kebetulan berada di set ketika penggambaran babak tersebut.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau yang berkahwin dengan seorang pemuda yang bernama Encik Asha'ari ini telah meninggalkan 5 orang anak, 10 orang cucu dan seorang cicit.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia di usia 79 tahun pada hari Sabtu, 7 Ogos 2021 yang lalu setelah beberapa hari bertarung dengan wabak COVID-19. Berita pemergiannya ini telah dikongsikan kepada kami oleh salah seorang cucunya. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, Selangor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]