Do Re Mi (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Do Re Mi
PengarahP. Ramlee
Penulis
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Disunting olehP. Ramlee
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 3 Julai 1966 (1966-07-03) (Malaysia)
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Do Re Mi merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia pada tahun 1966. Filem ini ditayangkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Do Re Mi mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Masdo atau Do (P. Ramlee), Amore atau Re (A. R. Tompel) dan Minami atau Mi (Ibrahim Din) yang menghadapi pergelutan dalam mencari pekerjaan dan juga rumah tangga. Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, iaitu Milah (Wan Chik Daud), sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Maka semenjak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu. Pelbagai cabaran tiga sahabat dalam mencari ikhtiar hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan demi sesuap nasi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • P. Ramlee sebagai Do (Masdo)
  • AR Tompel sebagai Re (Amore)
  • Ibrahim Din sebagai Mi (Minami)
  • Rohaya Rahman sebagai Minah
  • Noran Nordin sebagai Midah
  • Wan Chik Daud sebagai Milah
  • Mahmud Jun sebagai Bapak Minah (Bapa Mertua Do)
  • Minah Hashim sebagai Ibu Minah (Ibu Mertua Do)
  • Sharif Babu sebagai Chetty
  • Usman Eot sebagai Apek
  • Bakar M sebagai Pakcik Sewa Rumah
  • Nor K K sebagai Tok Bilal
  • Idris Hashim sebagai Orang Kaya
  • A. K. Jailani sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap
  • Ahmad Dadida sebagai Bapa Milah
  • Raden Sudiro sebagai Pemilik Buloh Inn
  • Saloma sebagai Penyanyi Buloh Inn
  • Karim Latiff sebagai Pelanggan Buloh Inn
  • Yusof Bujang sebagai Penyamun Long Ranger

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Rantai Terlepas nyanyian Tan Sri P Ramlee
  • Do Re Mi nyanyian Tan Sri P Ramlee, A R Tompel & Ibrahim Din
  • Bossanova nyanyian Puan Sri Saloma
  • Gitar Berbunyi nyanyian Puan Sri Saloma
  • Bintang Malam nyanyian Puan Sri Saloma
  • Hai Obat nyanyian Tan Sri P Ramlee, A R Tompel & Ibrahim Din

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]