Masam-Masam Manis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masam-Masam Manis
Pengarah P. Ramlee
Pengarang P. Ramlee
Sinematografi Hitam-putih
Mula ditayang
21 Ogos 1965
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Masam-Masam Manis (ejaan lama Masam2 Manis) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 21 Ogos 1965. Filem Masam-Masam Manis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Masam-Masam Manis diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 21 Ogos 1965.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Norkiah tiba dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Kawan beliau, Ros, menawarkan kerja di kelab malam sebagai penyanyi. Norkiah menyewa bilik di Lojing Mak Minah. Sewaktu mengalihkan perabut didalam biliknya, beliau ditengking kerana membuat bising oleh Cikgu Shaari yang menyewa di bilik bersebelahan. Cikgu Shaari seorang penjawat awam berpangkat guru sekolah rendah di Klang (yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik) serta penyanyi di Copa Cabana Nught Club. Bermulalah episod perkelahian diantara kedua mereka ini. Di suatu hari, Cikgu Shaari dan Norkiah menaiki bas yang sama selepas habis mengajar. Beg duit Norkiah telah dicuri oleh seorang lelaki dan peristiwa ini telah diperhatikan oleh Cikgu Shaari. Cikgu Shaari berjaya menolong Norkiah dan bermulalah bibit bibit perkenalan mereka berdua. Prestasi Cikgu Shaari sebagai pendidik semakin bertambah baik. Mereka selalu berjumpa di Zoo Negara. Perkelahian mereka berakhir selepas mereka terpandang antara satu sama lain yang selama ini mereka berjiran. Cikgu Shaari dan Norkiah mengambil keputusan untuk berkahwin dan mereka masih tinggal di lojing tersebut. Cikgu Shaari menyuruh Norkiah untuk berhenti kerja tetapi kontrak nyanyian Norkiah di Silver Tortoise Night Club masih berbaki 3 bulan lagi. Di suatu malam, Cikgu Shaari telah ditawarkan untuk merekodkan lagunya ke dalam piring hitam dengan syarat dia mesti bergandingan dengan seorang penyanyi wanita terkenal Norkiah Hanum di kelab Silver Tortoise. Cikgu Shaari telah pergi ke Silver Tortoise dan berjumpa dengan Norkiah. Alangkah kecewanya hati Cikgu Shaari yang selama ini dia telah ditipu oleh isterinya. Mereka tidak tinggal sebumbung. Ini membuatkan Salleh dan Rosnah berpakat untuk menyelamatkan rumah tangga Shaari dan Norkiah. Helah Salleh dan Rosnah berjaya dan Shaari tewas dengan egonya lalu memaafkan dirinya dan menerima Norkiah semula sebagai isterinya. 5 tahun kemudian, Cikgu Shaari telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar sekolah dan mempunyai rumah yang besar serta keluarga yang besar dan bahagia. 1 tahun 2 orang anak maka lima tahun, ada 10 orang anak, macam padi malinja.

113.210.184.101 07:32, 26 Ogos 2016 (UTC)

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lihat pautan Senarai lagu nyanyian P. Ramlee

  • Ku Rindu Padamu - P. Ramlee
  • Saat Yang Bahagia - P. Ramlee & Saloma
  • Dalam Air Terbayang Wajah - P. Ramlee & Saloma
  • Perwira - Saloma
  • Ai Ai Twist - P. Ramlee
  • Apa Guna Berjanji - Saloma
  • Hilang Terang Timbul Gelap - Saloma

Pautan luar[sunting | sunting sumber]