Norazli Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz

Norazli Musa
Pengurus Pasukan Perak F.A.
Dalam jawatan
2008–2010
Didahului olehMohammed Mahiyuddin Abdullah
Digantikan olehKhairul Azwan Harun
Butiran peribadi
LahirNorazli bin Musa
1967
Perak
Meninggal dunia12 Mac 2019
Madinah, Arab Saudi
Parti politik PAS
KediamanPerak Perak
PekerjaanAhli Politik, Pendakwah

Ustaz Norazli Musa atau Ustaz Azli Taliban (1967-2019) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Presiden pertama Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz), sebuah NGO yang mendokong aspirasi PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Di peringkat kerajaan negeri Perak, beliau pernah menjadi Pengurus Pasukan Bolasepak Perak (Perak FA) bagi tahun 2008-2010. Beliau juga terlibat dalam misi kemanusiaan seperti ke Gaza, Aceh, Lubnan dan Kashmir menerusi Muslim Care Malaysia.

Nafi militan IS[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2015, Norazli Musa menafikan terlibat dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) selepas gambar beliau bersama pemuda bersenjata di Timur Tengah tersebar di laman sosial Facebook. Gambar itu sebenarnya diambil ketika memberi sumbangan bersama Muslim Care Malaysia kepada mangsa perang Syria tahun 2014 dan banyak kali pergi ke sana.

Lapangan terbang tersebut sudah ditawan oleh rakyat Syria. Mereka bergambar dengan pengawal keselamatan yang pegang senjata.Namun lelaki di sebelah kiri Norazli menunjukkan jari telunjuknya, iaitu signal tangan yang biasa dibuat pengikut Isis sebagai simbol tauhid, di mana tafsiran melampau kumpulan itu menyatakan ia bermaksud penolakan segala bentuk pluralisme.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dimaklumkan dan menasihatkan agar tidak masuk ke Syria lagi. [1]

Beliau juga menafikan mengeluarkan kenyataan 'siapa keluar PAS kafir'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pemimpin PAS nafi bersama Isis, hanya misi kemanusiaan di Syria". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-06-24.