Oskar Schindler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oskar Schindler
Kelahiran(1908-04-28)28 April 1908
Meninggal dunia9 Oktober 1974(1974-10-09) (umur 66)
DikebumikanPerkuburan Katolik Gunung Sahyun Catholic Cemetery
Yerusalem, Israel
31°46′13″N 35°13′50″E / 31.770164°N 35.230423°E / 31.770164; 35.230423
PekerjaanIndustrialist
Parti politik
PasanganEmilie Pelzl (k. 1928)
Anak-anak2
AnugerahSalih Kalangan Umat Dunia

Oskar Schindler (28 April 1908 – 9 Oktober 1974) adalah seorang pengusaha, pengilang yang terkenal menyelamatkan orang Yahudi dari dimasukkan dalam kem-kem tahanan semasa langkah pembunuhan ramai dilakukan Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman dengan mengupah mereka dalam kilang-kilang porselin dan senjata api di kawasan Poland (Kilang Enamel Oskar Schindler) serta Bohemia dan Moravia.

Beliau antara beberapa orang anggota parti Nazi yang berani memaling tadah dari tindakan partinya selain Karl Plagge,[1] Georg Ferdinand Duckwitz,[2] Helmut Kleinicke[3] dan Hans Walz;[4] beliau dikurniakan anugerah Salih Kalangan Umat Dunia bersama isterinya Emilie pada 24 Jun 1993[5] serta Pingat Jasa Republik Persekutuan Jerman pada tahun 1966.[6] Kisah pengupahan beliau turut diabadikan melalui salah seorang peselamat dan pekerja Yahudinya, Poldek Pfefferberg, kepada Tom Keneally, seorang penulis warga Australia yang menjadikannya sebuah novel bertajuk Schindler's Ark terbit tahun 1982; novel tersebut diadaptasikan menjadi filem Schindler's List (1993) arahan Steven Spielberg dengan lakonan oleh Liam Neeson.

Masa kecil[sunting | sunting sumber]

Schindler dilahirkan pada 28 April 1908 di Zwittau, Bohemia, Austria-Hungari (kini terangkum dalam Czechia); beliau anak sulung hasil perkahwinan Johann "Hans" Schindler, seorang tuan syarikat jentera perladangan dan Franziska "Fanny" Luser. Beliau mempunyai seorang adik perempuan tujuh tahun lebih muda daripadanya, Elfriede yang sangat rapat.

Setelah menamatkan persekolahan menengahnya, Oskar bekerja dalam sebuah sekolah teknikal. Beliau dibuang sekolah sementara pada 1924 atas kesalahan memalsukan kad laporannya. Beliau tetap dapat menamatkan persekolahannya di sana tetapi tidak mengambil peperiksaan kemasukan univeeriti (Abitur) tetapi sebaliknya menjalani latihan perniagaan pelbagai bidang di Brno; beliau bekerja dengan perniagaan bapanya sendiri selama tiga tahun.[7]

Jiwa Oskar menjadi keberantakan apabila kedua-dua ayah ibunya bercerai ketika Oskar berusia 27 tahun.

Semasa Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Dalam perisikan Nazi[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi pengintip bagi pihak Nazi tahun 1936 dalam pasukan Abwehrstelle II Commando VIIIberpangkalan di Breslau.[8] Beliau mengakui sendiri kepada pihak polis Czech kemasukannya demi mendapatkan duit pendapatan untuk menyelesaikan hutang-piutangnya.[9]

Rancangan pengupahan[sunting | sunting sumber]

Pemindahan ke Brünnlitz[sunting | sunting sumber]

Melarikan diri[sunting | sunting sumber]

Beliau dan para pekerjanya mendengarkan berita Winston Churchill mengumumkan penyerahan kalah pihak Jerman menamatkan peperangan di Eropah pada 7 Mei 1945.[10] Risiko beliau dihukum kerana membelot beranggota dalam Abwehr segera ditindakkan para sahabat pekerja Yahudinya: Bankier, Stern, dan beberapa orang lain menyediakan surat yang boleh diberikan kepada pihak Amerika Syarikat menyaksikan rancangan penyelamatan beliau. Beliau diberikan sebentuk cincin emas ditukang dari tampalan gigi salah seorang pekerjanya, Simon Jeret dengan ungkapan Talmud:[11]

הַמְאַבֵּד נֶפֶשׁ אַחַת מַעֲלִין עָלָיו כְּאִילּוּ אִיבֵּד עוֹלָם מָלֵא. וְכָל־הַמְקַייֵם נֶפֶשׁ אַחַת מַעֲלִין עָלָיו כְּאִילּוּ קִייֵם עוֹלָם מָלֵא
"Barangsiapa yang telah menyelamatkan seorang manusia telah menyelamatkan seluruh dunia."[12]

Oskar dan Emilie menaiki sebuah kereta Horch yang disediakan untuk beliau melarikan diri diiringi sepasukan pekerja Yahudi belakang mereka. Mereka tiba di Budweis yang telah dikepung para askar Soviet yang turut merampas kereta itu.[13] Pasangan itu meneruskan perjalanan mereka berkereta api dan jalan kaki sampai ke Lenora tawanan pihak Amerika Syarikat sebelum ke Passau di mana mereka berkereta api ke Switzerland.[14]

Setelah perang[sunting | sunting sumber]

Oskar dan Emilie berpindah ke Bavaria pada musim luruh tahun sama pihak Jerman kalah.[14] Beliau menghabiskan seluruh harta keuntungan perniagaannya kepada duit merasuah askar dan bayaran bekalan untuk para pekerja Yahudinya.[15] Beliau berpindah sehelai sepinggang ke Regensburg dan kemudiannya Munich sambil menerima bantuan kewangan daripada banyak pertubuhan Yahudi ketika ini.[16]

Pasangan berdua itu berhijrah ke Argentina tahun 1949 untuk mencuba nasib sebagai seorang penternak ayam dan koypu. Perniagaan ini muflis pada tahun 1958 dan beliau bercerai dengan isterinya tidak lama selepas itu; beliau kembali ke Jerman mendirikan beberapa perniagaan termasuk sebuah kilang semen yang gagal jua tahun 1963.[17][18] Ketika beliau dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit jantung tahun berikutnya, beliau dibantuan banyak kiriman wang oleh para pekerja Yahudi beliau yang saling berhubung.[19][18][20]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Oskar Schindler meninggal di Hildesheim, Jerman akibat kegagalan hati pada 9 Oktober 1974 pada usia 66 tahun.[21] Mayat beliau dikebumikan dalam sebuah pekarangan kubur orang Katolik di Gunung Sahyun, Baitulmaqdis.[22][16][18]

Sebatang pohon karub tinggalan turut ditanam beliau di Yad Vashem semasa lawatannya bersama isterinya atas jemputan pertubuhan tersebut pada 8 May 1962, Yad Vashem.[23]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Good 2005, m/s. 179.
  2. ^ Saphir, Alexander Bodin (21 October 2018). "The tip-off from a Nazi that saved my grandparents". BBC News. Dicapai pada 22 April 2019.
  3. ^ "Kleinicke, Helmut". Yad Vashem. Dicapai pada 22 April 2019.
  4. ^ "The Righteous Among The Nations – Walz Family". Yad Vashem. Dicapai pada 22 April 2019.
  5. ^ Crowe 2004, m/s. 604.
  6. ^ Crowe 2004, m/s. 566.
  7. ^ Crowe 2004, m/s. 2–7.
  8. ^ Crowe 2004, m/s. 17.
  9. ^ Crowe 2004, m/s. 19.
  10. ^ Roberts 1996, m/s. 83.
  11. ^ Crowe 2004, m/s. 453–454.
  12. ^ Jerusalem Talmud Sanhedrin 4:9:1
  13. ^ Crowe 2004, m/s. 467.
  14. ^ a b Crowe 2004, m/s. 469–473.
  15. ^ Crowe 2004, m/s. 455.
  16. ^ a b Steinhouse 1994.
  17. ^ Roberts 1996, m/s. 86, 88.
  18. ^ a b c Thompson 2002, m/s. 25.
  19. ^ Crowe 2004, m/s. 510.
  20. ^ Crowe 2004, m/s. 510–511.
  21. ^ Biography 2017.
  22. ^ Rubinstein, Danny. "A sign points to the grave". Haaretz.com. Dicapai pada 2007-10-23.
  23. ^ Crowe 2004, m/s. 528.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]