PAW Patrol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PAW Patrol
Genre Siri animasi televisyen
Pencipta Keith Chapman
Dimajukan oleh Scott Kraft
Pengarah Jamie Whitney
Pelakon suara Elijha Hammill
Drew Davis
Devan Cohen
Max Calinescu
Samuel Faraci
Alex Thorne
Kallan Holley
Ron Pardo
Katherine Forrester
Penggubah lagu tema Michael Smidi Smith
Scott Krippayne
Lagu pembukaan "PAW Patrol!" dipersembahkan oleh Scott Simons
Lagu penutup "PAW Patrol!" (instrumental)
Negara asal Amerika Syarikat
Kanada
Bahasa Inggeris
Bilangan musim 3
Bilangan episod 72 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif Jennifer Dodge
Ronnen Harary
Keith Chapman
Scott Kraft
Penerbit Patricia Burns
Tempoh siaran 22 minit
Syarikat penerbitan Guru Studio
TVOKids
Nickelodeon Productions
Spin Master Entertainment
Penyiaran
Saluran asal TVOKids (Kanada)
Nickelodeon (Amerika Syarikat)
Siaran asal Ogos 12, 2013 (2013-08-12) – sekarang
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

PAW Patrol ialah sebuah siri animasi televisyen Kanada yang dicipta oleh Keith Chapman. Siri ini pertama kali disiarkan pada 12 Ogos 2013 di Nickelodeon di Amerika Syarikat, di Kanada di TVOKids pada 2 September 2013, dan di Malaysia di Nickelodeon pada 4 November 2013. Sungguhpun siri ini dianggap sebagai rancangan Nick Jr., rancangan ini disiarkan di Nickelodeon dan di TVOKids. Rancangan ini diterbitkan oleh Spin Master Entertainment bersama-sama dengan TVOKids dan Nickelodeon, dengan animasi rancangan ini diterbitkan oleh Guru Studio. Pada 9 Jun 2015, Nickelodeon mengumumkan bahawa PAW Patrol telah diperbaharu untuk musim ketiga, yang dirancang untuk memulakan siaran pada hujung 2015.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

PAW Patrol ialah sebuah siri aksi-pengembaraan CGI yang membintangkan sekawan tujuh ekor anak anjing: Marshall, Chase, Rocky, Zuma, Rubble, Skye dan Everest yang diketuai oleh seorang anak lelaki celik teknologi yang bernama Ryder. Dengan gabungan lagak-lagak unik, rujukan budaya popular dan banyak jenaka mesra kanak-kanak, PAW Patrol bekerja bersama-sama dalam misi-misi penyelamatan berisiko tinggi untuk melindungi bandar Adventure Bay.

Daripada Marshall si anak anjing bomba hingga Chase si anak anjing polis hingga Skye si juruterbang, setiap anak anjing membawa keperibadian dan kemahiran unik kepada pasukannya, mencontohkan kepentingan kerja berpasukan dan kewarganegaraan baik. Mereka semua mempunyai pup pack istimewa di atas belakang mereka untuk membantu dalam menguruskan apa-apa – daripada memperbaik bot hingga menyelamatkan kereta api daripada runtuhan batu. Walau sebesar mana jua pengembaraannya, PAW Patrol sentiasa mendapat masa untuk permainan, ketawa, dan garuan telinga daripada Ryder.[2]

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara
Nama Perihal Bahasa Inggeris KanadaAmerika Syarikat
(Versi asli)
Bahasa Melayu Malaysia
Ryder Ketua PAW Patrol Owen Mason Cumming (Musim 1 dan Musim 2 Episod 1–15)
Elijha Hammill (Musim 2 Episod 16–)
Marshall Anak anjing bomba Gage Munroe (Musim 1)
Drew Davis (Musim 2)
Rubble Anak anjing pembinaan Devan Cohen
Chase Anak anjing polis Tristan Samuel (Musim 1)
Max Calinescu (Musim 2)
Rocky Anak anjing kitar semula Stuart Ralston (Musim 1–Musim 2)
Samuel Faraci (Musim 3)
Zuma Anak anjing air Alex Thorne
Skye Anak anjing terbang Kallan Holley
Kapten Turbot Nelayan Ron Pardo

Pelakon kecil[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara
Nama Perihal Bahasa Inggeris KanadaAmerika Syarikat
(Versi asli)
Bahasa Melayu Malaysia
Everest Anak anjing salji Berkley Silverman
Katie Pemilik klinik haiwan Katherine Forrester
Francois Turbot Sepupu Kapten Turbot Peter Cugno
Ace Sorensen Juruterbang lagak profesional Julianna Paul (Musim 2 Episod 9)
Alex Porter Cucu En. Porter Christian Distefano
Cali Kucing Katie Julie Lemieux
Carlos Lucius Hoyos
Datuk Bandar Goodway Datuk bandar Adventure Bay Deann Degruijter
Datuk Bandar Humdinger Datuk bandar Foggybottom Ron Pardo
En. Porter Pemilik Restoran En. Porter Blair Williams
Jake Pemilik resort luncur salji Scott McCord
Julius Goodway Anak saudara Datuk Bandar Goodway Moses Rankine
Justina Goodway Anak saudara Datuk Bandar Goodway Addison Holley
Peladang Al Peladang Ron Pardo
Peladang Yumi Peladang Hiromi Okuyama (Musim 1)
Stephany Seki (Musim 2)
Raimundo Pengacara sarkas Juan Chioran

Episod[sunting | sunting sumber]

Gambaran keseluruhan siri[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran asal (Amerika Syarikat)
Pertama Terakhir
1 26 Ogos 12, 2013 (2013-08-12) Ogos 18, 2014 (2014-08-18)
2 26[3] Ogos 13, 2014 (2014-08-13) akan diumumkan
3[1] 20[1] akan diumumkan akan diumumkan

Siaran[sunting | sunting sumber]

Musim pertama dan musim kedua telah dijual kepada saluran-saluran Nickelodeon di lebih daripada 126 buah negara melebihi, termasuk TVOKids di Kanada.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Bibel, Sara (9 Jun 2015). "'Paw Patrol' Renewed for Season 3 by Nickelodeon". TV By the Numbers. Dicapai pada 10 Jun 2015. 
  2. ^ Nickelodeon’s ‘Paw Patrol’ Gets Second Season Pickup - Yahoo TV
  3. ^ Bibel, Sara (14 November 2013). "'Paw Patrol' Renewed for Season Two by Nickelodeon". TV By the Numbers. Dicapai pada 16 Disember 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]