Dora the Explorer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dora the Explorer
Dora and Boots.jpg
Dari kiri ke kanan: Swiper (di latar belakang), Dora, dan Boots
GenrePengembaraan
PenciptaChris Gifford
Valerie Walsh Valdes
Eric Weiner
PengarahGeorge S. Chialtas
Gary Conrad
Henry Lenardin-Madden
Sherie Pollack
Arnie Wong
Pelakon suara
  • Caitlin Sanchez
  • Kathleen Herles
  • Fátima Ptacek
  • Harrison Chad
  • Regan Mizrahi
  • Koda Gursoy
  • Marc Weiner
  • Alexandria Suarez
Penggubah lagu tema
  • Joshua Sitron
  • Billy Straus
Lagu pembukaanDora the Explorer Theme
Lagu penutupvarious closing themes
Negara asalAmerika Syarikat
Bahasa
  • Inggris
  • Spanyol
  • Perancis
Bilangan musim8
Bilangan episod172
Penerbitan
Penerbit eksekutifChris Gifford
PenerbitValerie Walsh Valdes
Penyunting
  • Gayle McIntyre
  • Karyn Finley Powell
  • David Wigforss
Tempoh siaran22 minit approx., 45 minit (istimewa)
Syarikat penerbitan
Nickelodeon Animation Studio
Syarikat pengedaran
Viacom Media Networks
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon
Format gambar
Siaran asal14 Ogos 2000 (2000-08-14) – Jun 5, 2014 (2014-06-05)
Kronologi
Diikuti olehDora and Friends: Into the City!
Rancangan berkaitan
Go, Diego, Go!
Pautan luar
Laman sesawang

Dora the Explorer adalah siri animasi televisyen kanak-kanak dari Amerika Syarikat milik saluran Televisyen kabel Nickelodeon. Episode percubaan disiarkan pada tahun 1999 dan menjadi siri tetap mulai tahun 2000. Siri ini dibuat oleh Chris Gifford, Valerie Walsh, dan Eric Weiner.

Siri ini dihasilkan oleh Nickelodeon Animation Studio. Dora Explorer adalah salah satu animasi paling lama yang disiarkan di siaran Nick Jr. Pada musim keenam, animasi ni menjadi siri Nick Jr dengan episod paling banyak, melepasi Blue's Clues dengan 143 episod. Rancangan ini berakhir pada 5 Jun 2014 selepas 8 musim dan 172 episod.

Adaptasi filem, Dora and the Lost City of Gold dijadualkan dikeluarkan pada 2 Ogos 2019.

Watak dan latar[sunting | sunting sumber]

Dora, watak utama siri ini, adalah seorang gadis kecil yang baik hati dan senang menjelajah. Ia selalu ditemani oleh Boots, seekor monyet. Mereka berdua menjelajah untuk membantu seorang teman atau mencari sesuatu yang mereka perlukan. Arah penjelajahan mereka biasanya dibimbing oleh peta yang saat tidak digunakan tersimpan dalam beg milik Dora. Selain peta, di dalam beg Dora juga terdapat pelbagai benda yang diperlukan dalam penjelajahan mereka. Sepanjang perjalanan mereka akan dibantu oleh beberapa teman yang akan membantu, seperti keluarga dan saudara Dora, juga binatang-binatang, tumbuhan, atau benda yang boleh bercakap lainnya. Satu-satunya yang sering menyekat perjalanan mereka adalah Swiper, seekor musang. Ia suka mencuri barang-barang yang diperlukan dalam perjalanan.

Dalam penjelajahannya, Dora banyak mengajak penonton untuk "turut" membantunya, seperti mengajak anak-anak yang menjadi penontonnya untuk menjawab pertanyaan Dora, membantu mengira, memilih jalan atau benda yang mereka perlukan daripada beberapa alternatif pilihan, mencari benda yang tersembunyi, atau memperingatkan bila Swiper mendekat. Penyertaan disambung dengan munculnya anak panah menyerupai penunjuk tetikus dalam komputer, sehingga penonton seolah-olah boleh melakukan pilihan atau menunjuk sesuatu.

Pada akhir perjalanan, ketika tujuan mereka sudah tercapai, Dora biasanya merayakan kejayaannya dengan menyanyikan lagu kejayaaan. Dora pun akan bertanya pada penonton bahagian mana daripada perjalanannya yang paling disukai.

Penyiaran di televisyen[sunting | sunting sumber]

Dora the Explorer sangat berjaya sehingga sudah menghasilkan $1 juta hanya dalam penjualan tahun 2004 saja.

Di saluran televisyen Malaysia siri ini disiarkan dalam Versi Bahasa Melayu di TV9. Dalam beberapa episodnya, untuk versi bahasa Melayu dimasukkan beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris, sehingga siri ini sering dijadikan bahan untuk mempelajari bahasa tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]