Pablo Picasso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pablo Picasso (Januari 1962).

Pablo Ruiz y Picasso (25 Oktober 18818 April 1973) ialah seorang pelukis dan pengarca Sepanyol yang merupakan salah satu tokoh seni abad ke-20 yang paling terkenal, khususnya sebagai pengasas kubisme, bersama-sama dengan Georges Braque.

Karya-karya Picasso sering dikategorikan mengikut "tempoh". Sedangkan nama bagi tempoh-tempoh yang kemudian sentiasa dipertikaikan, tempoh-tempoh karyanya yang paling biasa diterima adalah seperti berikut:

  • Tempoh Biru (19011904): Sifat lukisan-lukisan Picasso dalam tempoh ini muram dengan sedikit warna biru dan dipengaruhi oleh lawatannya ke seluruh Sepanyol serta kematian kawannya yang baru-baru itu. Lukisan-lukisan itu sering menonjolkan akrobat, badut, pelacur, pengemis, dan seniman.
  • Tempoh Ros (19051907): Lukisan-lukisan dalam tempoh ini lebih riang dengan warna-warna jingga serta merah muda, dan masih menonjolkan badut. Picasso bertemu dengan Fernande Olivier, seorang model perempuan bagi pengarca dan pelukis, di Paris dalam tempoh ini, dan banyak lukisannya dipengaruhi oleh persahabatannya yang mesra ini, selain daripada pendedahannya kepada lukisan Perancis.
  • Tempoh dipengaruhi Afrika (19081909): Dalam tempoh ini, Picasso dipengaruhi oleh dua tokoh yang pada dirinya diilhami pula oleh artifak-artifak Afrika. Beliau melukis kedua-dua tokoh ini dalam lukisannya, Les Demoiselles d'Avignon (kedua-dua orang disebelah kanan lukisan ini).
  • Kubisme Analisis (19091912): Dalam tempoh ini, Picasso bersama-sama dengan Braque memperkembangkan satu gaya pelukisan yang menggunakan warna-warna coklat monokrom di mana mereka memisah-misahkan dan "menganalisis" objek-objek dari segi bentuk. Ketika itu, lukisan-lukisan Picasso dan Braque amat serupa dengan satu sama lain.
  • Kubisme Sintetik (19121919): Tempoh ini menggunakan kolaj dan kertas yang sudah digunting untuk membuat lukisan, dan merupakan kali pertama kolaj digunakan untuk seni halus.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Muzium:

Galeri dalam talian: