Pavlova (makanan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pavlova
Pavlova dessert.JPG
Pavlova biasanya dihiasi dengan strawberi, buah markisa, kiwi dan krim
Jenis sajian Pencuci mulut
Kawasan Australia dan New Zealand
Bahan utama Putih telur, gula kastor, buah
di Wikibuku Buku Masakan: Pavlova (makanan)  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Pavlova (makanan)

Pavlova adalah pencuci mulut berasaskan meringue dinamakan sempena ballerina Rusia Anna Pavlova.[1] Ia adalah meringue pencuci mulut dengan yang kerak rangup dan isi dalam yang lembut dan ringan, biasanya ditaburi dengan buah-buahan dan krim putar.[2] Namanya disebut /pævˈlvə/, atau seperti nama penari, iaitu /ˈpɑːvləvə/.[3][4][5]

Pencuci mulut itu dipercayai telah dibuat untuk menghormati penari ballet semasa atau selepas salah satu lawatannya ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an.[2] Kewarganegaraan penciptanya telah menjadi sumber perdebatan antara kedua-dua negara selama bertahun-tahun. Pada tahun 2008, Helen Leach menerbitkan The Pavlova Story: A Slice of New Zealand's Culinary History (Kisah Pavlova: Sehiris Sejarah Kulinari New Zealand), di mana dia berhujah bahawa resipi paling awal diterbitkan di New Zealand.[2] Kajian kemudian oleh Andrew Wood dan Annabelle Utrecht mencadangkan pencuci mulut ini berasal dari Amerika Syarikat dan diasaskan pada hidangan Jerman sebelumnya.[6]

Hidangan pencuci mulut ini hidangan yang popular dan sebahagian masakan kebangsaan penting kedua-dua Australia dan New Zealand, dan dengan resipi mudahnya, sering disajikan semasa makan perayaan dan percutian. Ia adalah pencuci mulut yang paling dikenalpasti dengan masa musim panas dan dimakan secara popular pada waktu itu termasuk pada waktu Krismas, namun ia juga dimakan sepanjang tahun di banyak tempat di Australia dan New Zealand.[2]

Asal[sunting | sunting sumber]

Keith Money, seorang penulis biografi Anna Pavlova, menulis bahawa seorang chef hotel Wellington, New Zealand, mencipta hidangan apabila Pavlova melawat sana pada tahun 1926 semasa lawatannya keliling dunia.[7]

Profesor Helen Leach, seorang ahli antropologi masakan di Universiti Otago di New Zealand, telah menyusun perpustakaan buku masakan yang mengandungi 667 resipi pavlova daripada lebih daripada 300 sumber.[8] Buku beliau, The Pavlova Story: A Slice of New Zealand's Culinary History, menyatakan bahawa resipi pavlova Australia pertama kali dicipta pada tahun 1935 sementara versi terdahulu ditulis pada tahun 1929[2] dalam majalah luar bandar.[1]

Laman web Australia "Australian Flavour" memberikan tarikh awal 1926 untuk penciptaannya, mencadangkan bahawa Home Cookery for New Zealand, oleh penulis Australia Emily Futter, mengandungi resipi untuk "Meringue dengan Inti Buah". Resipi ini adalah serupa dengan pencuci mulut versi hari ini.[9]

Telah dituntut bahawa Bert Sachse mencipta hidangan ini di Esplanade Hotel di Perth, Australia Barat pada tahun 1935.[8][10] Dalam mempertahankan tuntutannya sebagai pencipta hidangan itu, seorang saudara Sachse menulis kepada Leach yang mencadangkan bahawa Sachse mungkin secara tidak sengaja mentarikhkan resipi secara tidak berul. Leach menjawab mereka tidak akan menemui bukti untuk itu "kerana ia tidak muncul dalam buku masakan sehingga benar-benar tahun 1940-an di Australia." Walau bagaimanapun, resipi untuk "kek pavlova" telah diterbitkan dalam The Advocate pada 1935,[11] dan The Australian Women's Weekly isu 1937 mengandungi resipi "kek manis pavlova".[12] Iklan 1935 untuk gegelang kromium yang digunakan untuk mengelakkan pencuci mulut meruntuh juga menunjukkan bahawa istilah "kek pavlova" agak terkenal di Auckland ketika itu.[13] Daripada hujah-hujah tersebut, Matthew Evans, seorang pengkritik restoran untuk The Sydney Morning Herald, berkata bahawa tidak mungkin jawapan pasti tentang asal-usul pavlova akan dijumpai. "Orang ramai telah mmebuat meringue dengan krim untuk jangka masa yang lama, saya tidak fikir Australia atau New Zealand adalah orang pertama yang terfikir untuk mmebuatnya."[14]

Rekod resipi yang pertama diketahui dinamakan "pavlova" telah diterbitkan dalam edisi kelima Davis Dainty Dishes Australia pada tahun 1926.[2] Bagaimanapun, resipi "pavlova" ini tidak berasaskan meringue, tetapi sebaliknya hidangan gelatin berwarna.

Satu artikel dalam The Argus Melbourne dari 17 November 1928 mendakwa "ais krim Amerika" dinamakan sempena Pavlova: "Dame Nellie Melba, tentu saja, telah menemui kemasyhuran selain seninya yang terkenal manisan terdiri daripada pic dan krim, sementara Anna Pavlova meminjamkan namanya kepada pelbagai jenis ais krim Amerika."[15]

Penyelidikan yang dijalankan oleh Dr Andrew Paul Wood, seorang rakyat New Zealand, dan rakyat Australia Annabelle Utrecht mendapati bahawa asal-usul pavlova moden dapat ditelusuri kembali ke Jerman, di mana ia bermula sebagai torte Jerman. Ia kemudian dibawa ke Amerika di mana ia berkembang menjadi bentuk terakhirnya. Pavlova mula mendapat tempat di hati para penggemar pemanis mulut di Malaysia sekitar tahun 2000. Terdapat juga orang yang menyediakannya dengan ukuran yang kecil atau disebut sebagai mini pavlova.[16]

Penyediaan dan pengambilan[sunting | sunting sumber]

Pavlova dibuat dengan memukul putih telur (dan kadang-kadang garam) kepada konsistensi yang sangat kental sebelum dimasukkan gula kastor, cuka atau asid lain (contohnya krim tartar atau jus lemon), tepung jagung, dan kadang-kadang pati vanila, dan membakar dengan perlahan campuran itu, mirip dengan meringue.[17][18]

Pavlova dengan buah delima

Pavlova mempunyai kulit luar yang renyah dan rangup, dan lembut di tengah seperti marshmallow, berbanding dengan meringue yang biasanya pepejal keseluruhannya. Telah dicadangkan penambahan tepung jagung bertanggungjawab terhadap tengahnya marshmallow, walaupun telah dibahaskan bahawa tepung jagung itu hanyalah penstabil putih telur selain asid.[19] Konsistensi juga menjadikan pavlova jauh lebih rapuh daripada meringue. Disebabkan pavlova terkenal kerana mengecil jika terdedah kepada udara sejuk, apabila memasak selesai, ia dibiarkan di dalam ketuhar untuk menyejuk sepenuhnya sebelum pintu ketuhar dibuka.

Pavlova secara tradisinya dihiasi dengan krim potar dan buah segar yang lembut seperti buah kiwi, buah markisa dan strawberi.[20] Pavlova buatan kilang boleh dibeli di pasar raya dan dihiasi seperti yang dikehendaki. Produk komersil tersedia yang termasuk ramuan pra-campuran untuk membakar kulit meringue, hanya memerlukan penambahan air dan gula.

Sisa pavlova yang dihias boleh disejukkan semalaman, tetapi pencuci mulut akan menyerap kelembapan dan kehilangan kulit rangupnya. Pavlova yang tidak dihias boleh dibiarkan semalaman dalam ketuhar, atau selama beberapa hari dalam bekas kedap udara, yang akan dihiasi apabila siap untuk dimakan.

Pav (pendekan untuk Pavlova yang digunakan di New Zealand dan Australia) popular pada Hari Krismas sebagai pencuci mulut lazimnya disajikan selepas didinginkan kerana Krismas dirayakan pada musim panas di hemisfera selatan.

Pavlova pencuci mulut Krismas Australia dihiasi dengan strawberi

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Leach, Helen M. (1997). "The pavlova cake: the evolution of a national dish". dalam Walker, Harlan. Food on the Move: Proceedings of the Oxford Symposium on Food and Cookery, 1996. Devon, England: Prospect Books. m/s. 219–223. ISBN 0-907325-79-3. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Boylen, Jeremy (reporter) (2004-08-20).Pavlova George Negus Tonight, Australian Broadcasting Corporation.
  2. ^ a b c d e f Leach, Helen (2008). The Pavlova Story: A Slice of New Zealand's Culinary History. Otago University Press. ISBN 978-1-877372-57-5. 
  3. ^ Macquarie Dictionary, Fourth Edition (2005). Melbourne, The Macquarie Library Pty Ltd. ISBN 1-876429-14-3
  4. ^ Orsman, H.W. (ed.) (1979) Heinemann New Zealand dictionary. Auckland: Heinemann Educational Books (NZ)
  5. ^ Dictionary.com, "pavlova", in Dictionary.com Unabridged (v 1.1). Source location: Random House, Inc. http://dictionary.reference.com/browse/pavlova. Available: http://dictionary.reference.com. Accessed: 26 April 2009.
  6. ^ "Pavlova research reveals dessert's shock origins". Good Food. Dicapai 2015-10-31. 
  7. ^ "Pavlova, History of Pavlova". WhatsCookingAmerica.net. 1935-04-02. Dicapai 2010-11-16. 
  8. ^ a b Pavlova palaver, by Susette Goldsmith, New Zealand Listener (reviewing The Pavlova Story: A Slice of New Zealand's Culinary History, by Helen Leach)
  9. ^ "'Australian Flavour', Pavlova Time Line". AustralianFlavour.net. 2007-11-08. Dicapai 2010-11-16. 
  10. ^ See, for example, M. Symons (1982) One continuous picnic: a history of eating in Australia. Adelaide: Duck Press.
  11. ^ "An Elaborate Cake". The Advocate, republished by Trove, National Library of Australia. 1935-09-14. 
  12. ^ "These are... OUT of the BOX!". The Australian Women's Weekly. Australia: National Library of Australia. 10 July 1937. m/s. 39 Supplement: 16 Pages of Cookery. Dicapai 6 January 2011. 
  13. ^ Auckland Star, 5 September 1935, p. 21
  14. ^ "Antipodean palaver over pavlova". BBC News. 2005-07-19. Dicapai 2009-07-17. 
  15. ^ "IN THE PAPERS". The Argus. Melbourne: National Library of Australia. 17 November 1928. m/s. 5 Supplement: The Argus. Saturday Camera Supplement. Dicapai 6 January 2011. 
  16. ^ Resepi Mini Pavlova
  17. ^ "Pavlova Recipe". Elise.com. Dicapai 2010-11-16. 
  18. ^ "Traditional Pavlova Recipe". foodtolove.com.au. Dicapai 18 May 2016. 
  19. ^ "How to Make Perfect Pavlova and Meringues". Foodlovers.co.nz. Dicapai 11 July 2014. 
  20. ^ "Contains Pavlova Toppings". InMamasKitchen.com. Dicapai 2010-11-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]