Pembunuhan Siti Nur Surya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembunuhan Siti Nur Surya
Tarikh1 November 2020; 3 tahun yang lalu (2020-11-01)
Masa9:00 pagi (Waktu Piawai Malaysia)
TempatKampung Lubok Batu, Telemong
LokasiHulu Terengganu, Terengganu, Malaysia
PenyebabDibunuh
MotifEjek-mengejek dan sindiran (kata pembunuh) tapi motif tidak begitu logik banyak musykil dalam kes ini.
SasaranSiti Nur Surya Ismail
SuspekSiti Nur Athirah Azmi

Pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, berlaku pada 1 November 2020 di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Beliau ditemui mati di rumahnya dalam keadaan tertiarap di bahagian ruang tamu rumahnya dengan pergelangan tangan kiri putus dan kesan kecederaan lain di bahagian muka dan badan.[1] Ketika kejadian ini berlaku pada jam 9 pagi, bapanya tiada di rumah, manakala Siti Nur Surya sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak.[2] Suspek utama kes ini, yang juga rakan karib Siti Nur Surya, Siti Nur Athirah Azmi telah ditahan reman pada 2 November, sehari selepas kejadian bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.[3][4] Motif kes ini dipercayai akibat sindir-menyindir.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rubiah Omar (5 November 2020). Ibu masih tak tahu Siti Nur Surya dibunuh Sinar Harian. Dicapai pada 13 November 2020.
  2. ^ Zaid Salim (1 November 2020). Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2020.
  3. ^ Kes bunuh Siti Nur Surya: Suspek disambung reman mStar Online. 9 November 2020. Dicapai pada 13 November 2020.
  4. ^ Zaid Salim (2 November 2020). Polis tahan rakan sekolah Surya Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2020.
  5. ^ Rubiah Omar (3 November 2020). Sindir-menyindir dipercayai motif Siti Nur Surya dibunuh Sinar Harian. Dicapai pada 13 November 2020.