Anthony Kevin Morais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anthony Kevin Morais

DPMP (Perak)
Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Butiran peribadi
Lahir(1960-03-22)22 Mac 1960
Kuala Lumpur, (ketika itu di Selangor), Persekutuan Tanah Melayu (kini (Malaysia)
Meninggal dunia16 September 2015(2015-09-16) (umur 55)
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
SaudaraRichard Dilaan Morais (adik)
Charles Suresh Morais (adik)
KediamanPutrajaya
PekerjaanPeguam, Timbalan Pendakwa Raya

Datuk Anthony Kevin Morais (22 Mac 1960 - 16 September 2015) merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan hilang pada 4 September 2015, dipercayai telah diculik sebelum dibunuh.[1]

Motif pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Motif rasmi pembunuhan dipercayai akibat dendam susulan Kevin Morais sedang mengetuai siasatan terhadap kes rasuah melibatkan seorang doktor berusia 52 tahun iaitu suspek utama. Pihak polis bagaimanapun menafikan punca pembunuhan mendiang mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap syarikat 1MDB (1Malaysia Development Berhad).[2][3] Adik Kevin, Charles Suresh Morais, mendakwa abangnya mungkin dibunuh disebabkan beliau mengetahui banyak mengenai mereka yang berkuasa.[4] Charles membuat dakwaan itu melalui akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya di tengah-tengah pertikaian mayat mendiang,[4] sambil percaya terdapat komplot oleh mereka yang berkuasa di “tahap tinggi” untuk menentang abangnya.[4] Charles memfailkan permohonan bagi mendapat perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua walaupun hari ini beliau percaya jasad Kevin mungkin sudah dibakar.[4]

Diculik[sunting | sunting sumber]

Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.[5]

Pada hari kejadian pada 4 September, ketika Kevin dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya. Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan beliau diculik.[5] Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. Tiga orang berperanan memasukkan Kevin ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.[5] Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.[5] Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.[5]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

  • 4 September 2015: Kevin dilaporkan hilang dan diculik selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
  • 5 September 2015: Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis ditemui dalam keadaan sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.
  • 16 September 2015: Mayat Kevin Morais ditemui dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1. Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara.
  • 17 September 2015: Suspek berusia 52 tahun dipercayai doktor perubatan anggota tentera Malaysia (ATM) ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh berprofil tinggi tersebut. Motif pembunuhan Morais berkaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun. Rakaman CCTV ketika Kevin dilarikan di Jalan Dutamas didedahkan polis bagi mengesan saksi kejadian.
  • 20 September 2015: Polis cari dua individu untuk bantu siasatan pembunuhan Kevin. Polis tahan seorang lelaki warga India di Tanjung Malim, Perak bagi bantu siasatan
  • 21 September 2015: Seorang daripada dua individu yang dicari ditangkap di Padang Serai, Kedah
  • 22 September 2015: Seorang lagi individu yang dicari menyerah diri di IPD Sentul. Polis mengesahkan sudah menahan 11 orang bagi membantu siasatan kes itu
  • 23 September 2015: Mayat Kevin sepatutnya dituntut keluarga untuk pengebumian, namun keluarga menolak kerana mahu menunggu laporan penuh bedah siasat.
  • 20 November 2017: 6 orang telah dituduh atas pembunuhan Kevin Morais selepas mahkamah mendapati mereka bersalah selepas mendapati dakwaan telah membuktikan prima facie ke atas mereka.6 orang yang dituduh tersebut ialah bekas ahli patologi tentera Kolonel Dr R.Kunaseegaran, 55; R.Dinishwaran, 26; A.K Thinesh Kumar, 25; M.Vishwanath, 28; S.Nimalan, 25; dan S.Ravi Chandaran, 47.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Pada 27 November 2015, sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak ke-59. Anthony Kevin Morais menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.[6][7]

Di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (APRM), terdapat sebuah mahkamah dinamakan "Kevin Morais Moot Court" yang telah dinamakan semula selepas kematiannya sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mendiang Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan itu kepada SPRM.[8][9][10]

  •  Malaysia
    • Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) (2009)
    • Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2016 - Selepas Kematian)
  •  Perak
    • Darjah Kebesaran Kesatria Dato' Paduka Mahkota Negeri Perak (D.P.M.P.) - Dato’ (2015 - Selepas Kematian)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ KPN: Mahkamah akan dedah cerita benar pembunuhan Kevin Malaysiakini (20 Januari 2016). Dicapai pada 5 Mac 2017.
  2. ^ Hayati Ibrahim (7 September 2015). "Anthony Kevin Morais tidak terbabit siasatan 1MDB". Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2016.
  3. ^ "KEVIN MORAIS YANG HILANG TIDAK TERLIBAT SIASAT 1MDB, KATA PEGUAM NEGARA". Malaysian Review. Dicapai pada 10 Mac 2016.
  4. ^ a b c d Ida Lim (25 November 2015). "Adik dakwa Kevin Morais dibunuh sebab 'tahu banyak' kes orang berkuasa". The Malay Mail. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  5. ^ a b c d e Pembunuhan Kevin Morais: Masyarakat turut bersalah Diarkibkan 2017-03-06 di Wayback Machine Free Malaysia Today (19 September 2015). Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  6. ^ "Mendiang Kevin Morais dianugerah darjah Perak bergelar Datuk". Malaysiakini. 27 November 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  7. ^ Jaspar Singh (27 November 2015). "Kevin Morais conferred posthumous 'Datuk' title". The Malay Mail. Dicapai pada 1 December 2015.
  8. ^ "SPRM abadikan nama Kevin Morais pada Moot Court MACA". Berita Harian. 19 September 2015. Dicapai pada 20 September 2015.
  9. ^ "MACC names moot court after Kevin Morais". The Star (Malaysia). 2 October 2015. Dicapai pada 2 October 2015.
  10. ^ Rozanna Latiff (19 September 2015). "MACC renames moot court in honour of Kevin Morais". New Straits Times. Dicapai pada 2 October 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]