Pengangkutan di Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Seremban merupakan hab pengangkutan awam bagi Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam boleh didapati di pusat bandar serta terdapat banyak pemilikan kenderaan persendirian.

Bas[sunting | sunting sumber]

Seremban mempunyai sebuah stesen bas utama, Terminal One yang menghubungkan Seremban dengan bandar-bandar utama di Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Bahau, Rembau dan Malaysia seperti Alor Setar, Ipoh dan Melaka. Semua syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas berpusat di sini.

Kereta Api[sunting | sunting sumber]

Stesen KTM Komuter Seremban ialah salah sebuah stesen komuter untuk Laluan Rawang-Seremban. Dahulunya menjadi stesen penamat untuk perkhidmatan KTM Komuter tetapi jajaran aliran telah dipanjangkan menjangkau hingga stesen komuter Sungai Gadut. Stesen ini menjadi nadi kepada penduduk Seremban yang bekerja dalam pelbagai sektor di Lembah Klang yang menjadikan komuter sebagai alternatif mengelakkan kesesakan di lebuhraya sekitar Kuala Lumpur pada waktu puncak.