Laluan Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Laluan Rawang-Seremban)
Lompat ke: pandu arah, cari
 1  Laluan Seremban
Ktmb logo.svg
KTMB Class 92 SCS 18 KL Sentral Junction.jpg
Sebuah kereta api komuter EMU 18 KTM Kelas 92
Umum
Jenis Rel komuter
Sistem KTM Komuter
Status Beroperasi
Lokasi Negeri Sembilan, Perak, Selangor and Kuala Lumpur
Terminal Rawang
Seremban
Stesen 29
Perkhidmatan Laluan Utama: Rawang ke Seremban
Nombor aliran  1  (biru)
Laman sesawang ktmkomuter.com.my
Operasi
Dibuka Ogos 14, 1995 (1995-08-14)
Pemilik Keretapi Tanah Melayu
Pengendali Keretapi Tanah Melayu
Depot Rawang
Seremban
Teknikal
Panjang aliran 105.15 km (65.34 bt)
Tolok landasan 1,000 mm (3 kaki 3⅜ in) 
Landasan elektrik Atas
Kelajuan operasi Sehingga 120 km/h (75 mph)

Laluan Seremban ialah salah satu daripada dua perkhidmatan KTM Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu. KTM Komuter ialah perkhidmatan kereta api komuter berelektrik yang pertama diperkenalkan pada 1995, berkhidmat terutamanya untuk komuter di Kuala Lumpur dan di kawasan pinggir bandar berhampiran. Jajaran ini merupakan mod pengangkutan popular untuk komuter yang berfungsi di Kuala Lumpur, kerana boleh mengeliling bandar raya tanpa masalah kesesakan lalu lintas. Koc-koc adalah moden dan berpenyaman udara. Untuk yang memandu ke stesen/perhentian kereta api, kemudahan 'Park & Ride' disediakan pada caj nominal.

Laluan[sunting | sunting sumber]

Nama Jenis Catatan
Tanjung Malim Pulau & sisi Perhentian terakhir kereta api ulang-alik Rawang–Tanjung Malim.
Kuala Kubu Bharu Sisi
Rasa Sisi
Batang Kali Sisi
Serendah Sisi
Rawang Pulau & sisi Perhentian terakhir laluan komuter dan kereta api ulang-alik.
Kuang Sisi
Sungai Buloh Sisi
Kepong Sentral Sisi
Kepong Sisi
Segambut Sisi
Putra Sisi Jarak berjalan ke LRT RapidKL
Bank Negara Sisi Jarak berjalan ke LRT RapidKL
Kuala Lumpur Pulau & sisi Sambungan dengan Laluan Batu Caves–Pelabuhan Klang KTM, jarak berjalan ke LRT RapidKL.
KL Sentral Pulau Sambungan dengan Laluan Batu Caves–Pelabuhan Klang KTM, LRT RapidKL, KLIA Ekspres dan KLIA Transit, jarak berjalan ke KL Monorail dan ke hab-hab RapidKL dan Metrobus.
Mid Valley Sisi
Seputeh Sisi
Salak Selatan Sisi Jarak berjalan ke LRT RapidKL
Bandar Tasik Selatan Sisi Sambungan dengan LRT RapidKL dan KLIA Transit.
Serdang Sisi
Kajang Pulau & sisi
UKM Sisi
Bangi Pulau & sisi
Batang Benar Sisi
Nilai Sisi
Labu Sisi
Tiroi Sisi
Seremban Pulau & sisi
Senawang Sisi
Sungai Gadut Pulau Satu-satu stesen bertingkat pada Jajaran KTM Komuter.
Rembau Pulau Perhentian akhir Jajaran Rawang–Seremban.

Perkhidmatan shuttle Rawang–Tanjung Malim[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan KTM Komuter dilanjutkan untuk menyertakan tiga buah stesen baharu melebihi Rawang pada 21 April 2007, yang dahulu dikenali sebagai pekhidmatan shuttle Rawang–Rasa. Stesen-stesennya ialah Serendah, Batang Kali, dan Rasa. Bahagian 22 km ini merupakan bahagian pertama projek landasan berkembar dan pengelektrikan landasan Rawang–Ipoh untuk menjadi berkendali. Khidmat ini dilanjutkan ke Kuala Kubu Bharu pada 5 Januari 2008. Ini kemudian dilanjutkan ke Tanjung Malim pada 1 Jun 2009, dan khidmat ini lalu dinamai khidmat kereta api ulang-alik Rawang–Tanjung Malim.

Penumpang perlu turun di Rawang dan mengambil khidmat kereta api ulang-alik Rawang–Tanjung Malim untuk stesen-stesen ini. Khidmat ini berkendali pada selangan 30 minit. Kereta api pertama dan kereta api terakhir untuk meninggalkan Rawang adalah pada 05:42 dan 21:24 sementara kereta api pertama dan kereta api terakhir yang meninggalkan Tanjung Malim adalah pada 05:42 dan 21:54. Masa perjalanan di antara Rawang dengan Tanjung Malim ialah 25 minit.

Peta laluan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]