Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Arkib perbincangan 2018-2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kiraan pentarikhan arkib tahunan bermula daripada tarikh pembukaan akaun - pada April 2017.

Kopi Cappuccino[sunting sumber]

Untuk maklumat, laman perlencongan dijadikan sebagai penamaan lain yang memautkan rencana asal. Sebab itu laman itu dikekalkan. Betul "Cappucino" itu sendiri adalah nama khas kopi. Meletakkan "kopi" lagi adalah sangat tak munasabah. Oleh itu lencongan ke Kapucino diwujudkan. Harap maklum. SNN95 Talk to me, beybeh! 03:47, 10 Jun 2018 (UTC)

@SNN95: Terjemahan cappuccino adalah kopi kapucino. Yosri (bincang) 10:08, 10 Jun 2018 (UTC)

Tintin[sunting sumber]

Jangan buang terjemahan harafiah.Jika anda lihat rencana Inggeris, ia mengekalkan terjemahan harafian bahasa Perancisnya (French: Les Aventures de Tintin; [lez‿avɑ̃tyʁ də tɛ̃tɛ̃]) Yosri (bincang) 19:13, 19 Jun 2018 (UTC)

Pendekatan saya adalah, saya hanya menggunakan perkataan yang ada dalam bahasa Melayu. Yosri (bincang) 09:44, 20 Jun 2018 (UTC)

Rujukan[sunting sumber]

Saya harap anda dapat masukkan rujukan dalam rencana ringkas, atau pautan pada laman asal WIki Inggeris. Rencana yang tiada rujukan mungkin akan dihapuskan. Yosri (bincang) 13:26, 5 Ogos 2018 (UTC)

Wikipedia bahasa Melayu[sunting sumber]

Sila gunakan bahasa Melayu menurut ejaan DBP Malaysia sebagai ejaannya. Bahasa Indonesia sudah memiliki Wikipedianya sendiri dan di sini bukanlah salinan WBI. Yosri (bincang) 02:20, 31 Ogos 2018 (UTC)

Usah risau, saya hanyalah menggunakan kandungan bahasa Melayu Indonesia sebagai asas untuk sementara sahaja - saya tetap akan tukarkan istilah yang berkepincangan makna kepada perkataan yang lebih difahami dan sejagat.
Sebenarnya, saya bertujuan mahu tapak web ini lebih inklusif kepada pengguna bahasa Melayu asli yang juga terdapat di sesetengah kawasan Indonesia (Kalimantan, Sumatera, Riau dan sebagainya) - sudah nama bahasa Wikipedia ini "bahasa Melayu" (yakni am merangkumi Alam Melayu), bukan "bahasa Malaysia" bukan? Pengunaan nama khas menggunakan loghat (dalam kes ini, "bahasa Indonesia" iaitu sebuah bahasa Melayu loghat piawai Indonesia) atau bahasa asal (bahasa-bahasa Peranics, Jerman dsb) sebagai tajuk sesebuah laman pun bukan perkara baru di sini.
Yang ikhlas,
--Anumengelamun (bincang) 08:20, 31 Ogos 2018 (UTC)
Ejaan di WBM adalah menurut DBP Malaysia. Yosri (bincang) 12:33, 31 Ogos 2018 (UTC)

Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula[sunting sumber]

Sila kemukakan pendapat anda mengenai kewujudan Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula di laman perbincangannya. Kerjasama anda amatlah dialu-alukan. Selamat memajukan Wikipedia! Kacha Permata (bincang) 16:51, 12 November 2018 (UTC)

Memindah laman[sunting sumber]

Jangan salin dan tampal untuk memindah laman. Gunakan fungsi pindah untuk mengekalkan sejarah suntingan . Pindah tampal dianggap mencuri kredit. Yosri (bincang) 09:33, 23 November 2018 (UTC)

https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Moving_a_page Yosri (bincang) 09:34, 23 November 2018 (UTC)
Saya telah menghapuskan rencana tersebut. Sila pindahkan menggunakan kemudahan Pindah untuk mengekalkan sejarah suntingan. Yosri (bincang) 13:23, 23 November 2018 (UTC)

Macedonia[sunting sumber]

Ejaan Macedonia dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Macedonia&d=69812&#LIHATSINI

Adakah anda memiliki rujukan bagi ejaan anda? Yosri (bincang) 02:32, 25 November 2018 (UTC)

Ejaan Makedonia digunakan dalam bahasa Indonesia. Bolehkah saudara kemukakan sumber dalam bahasa Melayu yang menggunakan ejaan Makedonia? Kacha Permata (bincang) 05:12, 25 November 2018 (UTC)

Tidakkah "bahasa [Melayu] Indonesia" itu suatu loghat bahasa Melayu juga (laman inipun ialah "Wikipedia Bahasa Melayu", bukan "Wikipedia Bahasa Malaysia" - kerana juga mencakupi kawasan penutur Melayu di Indonesia)? Saya sebenarnya lebih mahu nama tempat yang lebih neutral dari sebarang pengaruh bahasa yang cenderung kepada mana-mana belahan negara (pengaruh Belanda di Indonesia dan Inggeris di negara-negara Nusantara lain), jadi saya pilih cara ikut lidah tempatan negara asalnya - "Makedonia" mengikut lidah tempatan di Yunani (Μακεδονία) yang secara kebetulannya merupakan nama yang lebih dipakai di Indonesia;
Satu contoh lain nama tempat neutral negara yang boleh dicadangkan: Thrace (dari bahasa Inggeris) vs Trakia (drpd b. Belanda Trakië) vs nama neutral negara yang diusulkan iaitu Thrake (drpd Θράκη)...
Anumengelamun (bincang) 14:44, 25 November 2018 (UTC)

Nama negara Republik Macedonia dalam bahasa rasmi negaranya (bahasa Macedonia) ialah Република Македонија, Republika Makedonija. Bagaimana kalau dieja dalam tulisan Jawi, perlu ada bunyi k, c ataupun s? Kacha Permata (bincang) 17:49, 25 November 2018 (UTC)

Mengenai penamaan negara berdaulat, saudara dijemput untuk mengikuti perbincangan di laman Perbincangan:Senarai negara berdaulat. Kacha Permata (bincang) 18:22, 25 November 2018 (UTC)

Bahasa Indonesia memiliki wikinya sendiri. Jika anda ingin menggunaoan ejaan Indonesia, sila menyunting di sana. Yosri (bincang) 23:46, 25 November 2018 (UTC)

Libya rejim Gaddafi[sunting sumber]

Pemindahan laman ini adalah bersifat prejudis. Saya akan membatalkan lencongan anda. Zamwan (bincang) 03:39, 25 November 2018 (UTC)

Salam! Mengenai perkara pemindahan ini, saya hanya memindahkan kandungan kepada suatu tajuk baru mengikut urutan kronologi seoerti yang ditunjukkan pada laman bahasa Inggeris yang bersuaian, History of Libya under Muammar Gaddafi dengan sedikit perubahan - kata "rejim" itu saya rasa memang betul kerana memang menggambarkan tempoh pemerintahan Gaddafi ke atas Libya. Boleh saya ingin penjelasan saudara kenapa ia boleh bersifat prejudis?
--Anumengelamun (bincang) 14:30, 25 November 2018 (UTC)
Rencana Jamahiriya Arab Libya adalah berkaitan dengan sebuah negara berdaulat. Sedangkan zaman pemerintahannya di bawah pentadbiran Gaddafi boleh dijadikan sebagai sebahagian kandungan rencana atau anda boleh mulakan dengan sebuah rencana baharu. Selain itu, saya ingin bertanya adakah anada benar2 faham apakah maksud rejim? Rencana di en.wiki menggunakan tajuk History of Libya under Muammar Gaddafi di mana jika dialih bahasa bermaksud Sejarah Libya di bawah Muammar Gaddafi. Mereka tidak prejudis dengan memanggilnya sebagai sebuah rejim. Zamwan (bincang) 13:30, 30 November 2018 (UTC)
Suatu bentuk pemerintahan, jika mengikut takrifan Wiktionary (maksud kedua). Rasanya tidak ada apa-apa konotasi berkaitan kata "rejim" ini, bukan? Lagipun, saya rasa tajuk cadangan saudara yang mengikut terjemahan terus itupun terlalu panjang - barangkali susah dipautkan kepada laman-laman lain serta ia mudah dicari di sini. Mungkin kita boleh fikirkan tajuk yang lebih ringkas?
Saya cadangkan kita lanjutkan perbincangan ini di laman perbincangan topik tersebut. --Anumengelamun (bincang) 14:20, 30 November 2018 (UTC)

Rencana pilihan bulan Disember 2018[sunting sumber]

Adakah anda mempunyai calon rencana pilihan yang sesuai untuk dipaparkan di laman utama sepanjang bulan Disember 2018? Kacha Permata (bincang) 17:46, 26 November 2018 (UTC)

Pindah laman[sunting sumber]

Sebelum anda memindahkan laman, sila berbincang terlebih dahulu di laman perbincangannya. Yosri (bincang) 12:27, 28 November 2018 (UTC)

Bukankah kandungan pada "Pergerakan Kemerdekaan Tibet Antarabangsa" di sini sebenarnya lebih mirip Tibetan independence di Wikipedia Bahasa Inggeris? Sila lihat International Tibet Independence Movement sebagai perbandingan. Sebab itu saya memindahnya ke tajuk yang saya rasa lebih tepat, ke "Kemerdekaan Tibet"...saya rasa kita tidak perlu membuat perbincangan lanjut lagi.
Anumengelamun (bincang)
Bukankah sudah jelas pautannya pada International Tibet Independence Movement (lihat pautan di sebelah kiri, bawah), sungguhpun ia menyerap kandungan dari Tibetan independence. Anda boleh mencipta laman baru untuk Kemerdekaan Tibet. Kecuali anda pencipta rencana tersebut, sila berbincang sebelum membuat sebarang perubahan drastik. Yosri (bincang) 15:05, 28 November 2018 (UTC)

Rencana pilihan bulan-bulan seterusnya[sunting sumber]

Jika anda ada masa lapang nanti, adakah anda mempunyai calon-calon rencana pilihan yang sesuai untuk dipaparkan di laman utama sepanjang bulan-bulan seterusnya (Disember 2018, Januari 2019, Februari 2019, dan bulan berikutnya)? Kacha Permata (bincang) 02:43, 29 November 2018 (UTC)

Perikatan Demokratik Afrika Selatan[sunting sumber]

Adakah anda faham perbezaan antara Perikatan Demokratik Afrika Selatan dan Perikatan Demokratik (Afrika Selatan)? Sudah penat beritahu supaya berbincang sebelum pindah rencana. Yosri (bincang) 13:14, 2 Disember 2018 (UTC)

Jika anda bincangkan pasti ada penyelia lain yang menegur. Nama Anumengelamun pasti tidak sama dengan Anumengelamun WikiMS. Nama parti perlu mengikut nama asal yang didaftarkan, tanpa tambahan negara.Yosri (bincang) 10:54, 3 Disember 2018 (UTC)

Ejaan rasmi[sunting sumber]

Semua ejaan rasmi adalah menurut DBP Malaysia atau laman rasmi (rujuk Wiki Inggeris). Yosri (bincang) 02:23, 4 Disember 2018 (UTC)

Menggunaan nama yang tidak tepat saya anggap membodohkan penutur bahasa Melayu. Saya tidak suka diperbodohkan.Yosri (bincang) 02:29, 4 Disember 2018 (UTC)

Perihal: pemindahan laman "Yuan Perundangan"[sunting sumber]

Terima kasih di atas pembatalan tersebut. Saya tidak sedar akan perkara tersebut. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Ahad, 27 Oktober 2019 16:51:08 (UTC)

Pemindahan[sunting sumber]

Saya tidak tahu bagaimana lagi hendak bicara dalam bahasa yang anda faham. https://www.telegraph.co.uk/culture/books/booknews/5399584/Title-Deed-How-the-Book-Got-its-Name.html Yosri (bincang) 01:46, 13 Disember 2018 (UTC)

Di mana salahnya pemindahan saya itu? Adakah buku tersebut ada terjemahan bahasa Melayu rasmi ia sendiri yang menggunakan tajuk "Tuan Jim" tersebut? Kalau ada, mesti ia sudah dipakai sebagai nama muktamad laman itu dan disertakan rujukan. Saya nampak tiadapun pada laman tersebut maka saya memindahkan ia kepada tajuk default ia dalam bahasa asal...beginilah rasional saya, kerana "tajuk terjemahan mungkin berbeza-beza mengikut negara [dalam Nusantara]". - Anumengelamun (bincang)
Sebagai laman bahasa Melayu, judul bahasa Melayu patut diutamakan, bukan bahasa asing. Judul asal Sebagai ("Nota') dalam pengenalan. Sekarang capaian Mobil sukar menaip. Lihat DBP https://books.google.com.my/books?id=5zHi7mRy-FkC&q=buku+"tuan+jim"&dq=buku+"tuan+jim"&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiql66H8ZzfAhVLtI8KHQJiBpMQ6AEIJjAA Yosri (bincang) 13:18, 13 Disember 2018 (UTC)
https://books.google.com.my/books?id=5zHi7mRy-FkC&q=buku+"tuan+jim"&dq=buku+"tuan+jim"&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiql66H8ZzfAhVLtI8KHQJiBpMQ6AEIJjAA Yosri (bincang) 13:19, 13 Disember 2018 (UTC)

Istilah perlu rujukan[sunting sumber]

Jangan guna istilah yang tiada rujukan penggunaannya di kalangan pengguna Melayu.

http://www.astroawani.com/video-dunia/venice-banjir-lagi-292739 Yosri (bincang) 15:47, 2 Januari 2019 (UTC)

Sekurang-kurangnya janganlah padam nota peristilahan ia sekali...saya mahu laman tersebut lebih inklusif untuk pengguna bahasa Melayu di Sumatera, Riau dsb (sebagai "Wikipedia Bahasa Melayu", bukan "Wikipedia Bahasa Malaysia"). --Anumengelamun (bincang) 15:51, 2 Januari 2019 (UTC)
Istilah Melayu yang digunakan adalah DBP bahasa Melayu kerana istilah Riau tiada badan piwaian rasmi. Oleh itu setiap daerah/kampung memiliki sebutan atau istilah tersendiri. Sama di Malaysia, gerek dan basikal benda yang sama, tetapi istilah rasminya adalah basikal (gerek) sebagai nota dalam. Saya tidak merasa perlu nota peralihan kerana wiki automatik membuat carian rencana paling hampir. Yosri (bincang) 16:04, 2 Januari 2019 (UTC)
Tidak perlu meletak istilah asing di Wiki Bahasa Melayu kerana istilah itu Ada dipautan Wiki lain (sebelah kiri, bawah). Juga pautan pada bahasa asing hanya pada nota kaki, bukan dalam remcana. Apabila penutur memgklik dalam rencana, dia hanya sepatutnya dapat rencana bahasa Melayu, bukan bahasa asing. Ini juga benar pada Wikipedia lain, kenapa wiki Melayu perlu mempromosi bahasa asing. Yosri (bincang) 17:31, 2 Januari 2019 (UTC)
Bahasa Indonesia setaraf Bahasa Malaysia sebagai satu cabang bahasa Melayu, perlukah peristilahan ia dilayan sebagai "asing" dalam konteks? Jenis bahasa Norway dan Arab pun ada tapak sendiri, tapi saya rasa mesti kedua-duanya tidak diamati gaya penulisan ia seketat begitu di sini... (saja mahu lanjutkan perbincangan - devil's advocate). --Anumengelamun (bincang) 10:23, 5 Januari 2019 (UTC)

MABBIM[sunting sumber]

Untuk perkongsian istilah, sila rujuk MABBIM. Yosri (bincang) 17:40, 2 Januari 2019 (UTC)

Perihal Nussknacker und Mausekönig[sunting sumber]

Salam saudara. Saya fikir lebih baik jika nama rencana Nussknacker und Mausekönig ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. - CyberTroopers bincang/sumbangan 07:55, 17 Februari 2019 (UTC)

Terima kasih atas balasan tuan pengelola. Saya buat tajuk dalam bahasa asal karya sekurang-kurangnya sebagai suatu placeholder berkecuali memandangkan tajuk terjemahan dalam Nusantara (yakni dalam bahasa-bahasa Malaysia, Melayu Brunei dan Indonesia seperti diiktiraf MABBIM, bahasa Melayu Singapura) tidak diketahui, malah dikhuatiri berbeza mengikut pihak penterjemah masing-masing...tapi maksud tajuk bahasa asal karya sememangnya ditunjukkan, bukan? Ia juga menjelaskan sesebuah karya bahasa asing agar tidak dikelirukan sebagai misalnya, karya bahasa Inggeris akibat pengunaan lazim tajuk Inggeris dalam kalangan audiens sasaran wiki ini.
Anumengelamun 13:04, 17 Februari 2019 (UTC)

Pertukaran tajuk rencana "Perang Uthmaniyah–Venice" kepada "Perang Uthmaniyah–Venezia"[sunting sumber]

Mengapakah pertukaran ini dibuat? Tiada perkataan Venesia atau Venezia dalam bahasa Melayu. Zamwan (bincang) 10:03, 24 Mac 2019 (UTC)

Saya sudah menulis asbab penukaran seperti yang tertera pada sejarah laman - saya menggunakan kata "Venezia" itu sebagai suatu kompromi neutral antara penutur di Sumatera, Kalimantan dan Riau (di mereka memakai nama "Venesia" hasil pengaruh pendidikan Indonesia menggunakan piawai bahasa Melayu sana) serta di Malaysia dan Singapura (di mereka memakai nama "Venice" hasil pengaruh pendidikan kedua-dua dipengaruhi media dan pendidikan dalam bahasa Inggeris).
Saya faham Dewan Bahasa Pustaka di Malaysia lebih menerima ejaan hasil pinjaman terus bahasa Inggeris, namun peraturan tersebut hanya terhad pada Malaysia (barangkali juga Singapura) Kita perlu memikirkan skop yang lebih luas dalam konteks penggunaan Wikipedia (yang bersifat antarabangsa) oleh pengguna bahasa Melayu selain di Malaysia. Maka laman ini perlu mencerminkan aspek sebegitu, nama ia pun bukanlah Wikipedia Bahasa Malaysia, bukan?
Anumengelamun (bincang)
Nampaknya anda masih keliru akan penggunaan istilah bahasa Melayu vs. bahasa Malaysia meskipun pernah diberi teguran oleh Yosri dan rakan-rakan yang lain. Mengikut perlembagaan Malaysia, bahasa Malaysia adalah tidak wujud. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia dan Singapura adalah bahasa Melayu. Sekiranya penutur di Sumatera, Riau dan Kalimantan ingin menggunaan perkataan Venezia/Venesia dsb, mereka boleh berkunjung ke Wikipedia Bahasa Indonesi. Zamwan (bincang) 05:20, 26 Mac 2019 (UTC)
Pendapat saudara @Zamwan: bahawa "bahasa Melayu milik Malaysia dan Singapura sahaja, maka pengguna Indonesia ditegah pakai laman bahasa Melayu" itu saya agak sedikit terlalu nasionalistik dan lewah saya dengar, dan saya langsung tidak bersetuju. Masyarakat yang saya rujuk itu juga ber"bahasa Melayu" menurut takrifan Indonesia (yang membezakan bahasa piawaian mereka dengan bahasa Melayu diketahui umum di Malaysia), mereka juga patut diberi perwakilan untuk bahasa dituturi mereka yang kurang terlihat jika dibanding dengan laman dalam bahasa Melayu piawaian Indonesia.
Izinkan saya memberi suatu contoh: bahasa Arab Mesir (مصري) ialah subset kecil kepada lingkungan bahasa Arab yang lebih besar dan umum dalam dunia Arab dan bahasa itu diberi laman mereka yang tersendiri. Namun, laman bahasa Arab Piawai Moden yang umum (العربية الفصحى) mempunyai entri lebih banyak daripada bahasa Arab Mesir. Saya menggunakan pendekatan sama untuk perbandingan dengan situasi laman-laman "bahasa Melayu" dan "bahasa Indonesia". (Sebagai tambahan juga, kandungan yang ada dalam Wikipedia "bahasa Indonesia" cenderung berat sebelah kepada Indonesia sahaja [nation-centric]; kita yang dilihat berbahasa Melayu di mana ia superset kepada bahasa-bahasa Malaysia, Indonesia, Melayu Singapura dan Melayu Brunei sepatutnya menunjukkan keneutralan dan keinklusifan kandungan kita sendiri mencerminkan taburan bahasa-bahasa Melayu ini yang sangat meluas.) - Anumengelamun 06:16, 26 Mac 2019 (UTC)
Sekiranya anda ingin memasukkan perkataan Venezia/Venesia dsb, anda harus memasukkannya ke dalam rencana bukannya menukarkan dan melencongkan rencana asal. Saya tidak peduli pendapat kenasionalan anda tetapi di ms.wiki, tertib dan tatacara penulisan rencana memang mengikut gaya Inggeris. Zamwan (bincang) 10:16, 28 Mac 2019 (UTC)
Pendekatan yang anda gunakan tanpa perbincangan dengan komuniti ms.wiki amat dikesali. Zamwan (bincang) 10:24, 28 Mac 2019 (UTC)
Saya sendiri tidak tahu kerana saya sangka (pada ketika itu) tiada siapa yang begitu mempedulikan apa yang tertera pada laman perbincangan kecuali pada beberapa laman bertrafik tinggi, tambahan lagi saya tidak mendapat banyak teguran atas beberapa pemindahan istilah maka saya menyangka ia perkara yang diterima dan saya membuat perkara yang betul. Saya ingin memohon maaf atas kesilapan tidak merujuk kepada komuniti... --Anumengelamun 14:54, 28 Mac 2019 (UTC)