Perlawanan polo air berdarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perlawanan polo air berdarah (Bahasa Hungary: melbourne-i vérfürdő lit. Mandi darah Melbourne; Bahasa Rusia: Кровь в бассейне) merupakan perlawanan polo air di antara pasukan kebangsaan polo air Hungary dan USSR semasa Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, [{Australia]]. Perlawanan tersebut diadakan pada 6 Disember 1956, semasa pencerobohan Soviet ke atas Hungary, dan menyaksikan Hungary mengalahkan USSR dengan mata 4–0. Perlawana tersebut menyaksikan pemain Hungary, Ervin Zádor telah cedera di bahagian mata setelah dipukul oleh pemain Soviet, Valentin Prokopov.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ketegangan sudah memuncak di antara pasukan polo air Hungary dan Soviet, setelah Soviet telah mengambil kesempatan daripada kawalan politik mereka ke atas Hungary untuk mengkaji dan menyalin metod latihan dan taktik kejuaraan Hungary di Sukan Olimpik.[1]

Pada 23 Oktober 1956, satu demonstrasi telah dilakukan oleh para pelajar Universiti Teknologi dan Ekonomi Budapest yang menjadi kebangkitan menentang kerajaan boneka Soviet di Budapest. Pada 1 November, kereta kebal Soviet mula bergerak dalam Hungary dan bermula dari 4 sehingga 10 November, pasukan tentera memulakan serangan ke atas para pemberontak dengan melakukan serangan udara, melepaskan tembakan bom artileri, dan tangki-infantri. Dalam masa yang sama, pasukan polo air Hungary berada di sebuah kem latihan pergunungan di atas Budapest. Mereka dapat mendengar bunyi tembakan dan melihat asap di udara. Para pemain dalam usaha mengekalkan kejuaraan Olimpik mereka dan Sukan Olimpik di Melbourne hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Mereka telah berpindah ke Czechoslovakia untuk mengelak daripada ditangkap.[2] Para pemain hanya mengetahui situasi sebenar pemberontakan dan tindakan keras yang dikenakan selepas tiba di Australia dan mereka semua cemas menunggu berita mengenai kawan dan keluarga mereka.

Semasa permulaan Olimpik, pemberontak telah ditindas dan ramai pemain menyaksikan Sukan Olimpik sebagai cara untuk menyelamatkan negara mereka. "Kami merasakan kami tidak hanya bermain untuk diri kami sendiri, tetapi untuk keseluruhan negara kami", kata Zádor selepas perlawanan.

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Pada pagi sebelum perlawanan bermula, rakyat Hungary telah mencipta strategy untuk menghasuk dan melakukan provokasi terhadap Rusia.[3]

Dari awal perlawanan pula, tendangan dan tumbukan saling berlaku. Pada satu ketika, satu tumbukan yang dilakukan oleh kapten Hungary, Dezső Gyarmati telah dirakam.[3] Ketika Zádor menjaringkan dua goal untuk Hungary, para penonton bersorak Hajrá Magyarok! ("Go Hungarians!")

Pada minit-minit terakhir perlawanan, Hungary mendahului dengan 4-0. Valentin Prokopov telah bertindak memukul Zádor hingga menyebabkan pendarahan dan menyebabkan para penonton menjadi berang.[4][5][6][7][8][9] Untuk mengelak perkara yang lebih buruk berlaku, pihak polis memasuki arena dan mengusir para penonton. Perlawanan pula berbaki satu minit sahaja.

Imej luar
Ervin Zádor leaving the pool with a cut eye (National Library of Australia).[10]
First-aid officer escorting Ervin Zádor to the medical room for treatment of his cut eye (National Library of Australia).[10]
Ervin Zádor in the medical room, receiving treatment, protected by a police officer (National Library of Australia)[10]
Ervin Zádor’s cut eye (Public Record Office Victoria)[10]
Ervin Zádor’s cut eye (Public Record Office Victoria)[10]
Spectators invading the concourse (Public Record Office Victoria)[10]
Spectators invading the concourse (Public Record Office Victoria)[10]
Spectators invading the concourse (Public Record Office Victoria)[10]
Spectators invading the concourse (Public Record Office Victoria)[10]

Gambar kecederaan Zádor telah diterbitkan di seluruh dunia. Banyak laporan menyatakan air di dalam kolam tersebut bertukar menjadi merah, namun ia hanyalah tidak benar. Zádor berkata, dalam fikirannya hanya memikirkan sama ada dia boleh bermain untuk perlawanan seterusnya atau tidak.

Hungary telah diumumkan sebagai perlawanan memandangkan mereka berada di hadapan dan kemudiannya mengalahkan Yugoslavia dengan mata 2-1 di pusingan akhir untuk emas keempat mereka. Kecederaan Zádor tidak membolehkannya untuk berada dalam senarai pemain Hungary dalam perlawana akhir tersebut. Selepas tamat Olimpik, Zádor dan beberapa lagi rakan sepasukannya tidak pulang ke Hungary yang berada di bawag rejim pro-Soviet dan mereka mendapatkan suaka politik dari Barat.[1][11][12][13][14]

Dalam filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, semasa sambutan ulangtahun Revolusi Hungary ke-50, sebuah dokumentari Freedom's Fury telah diterbitkan oleh Kristine Lacey and Thor Halvorssen yang menceritakan mengenai perlawanan berdarah tersebut. Quentin Tarantino menyifatkannya sebagai "kisah terbaik yang tidak pernah diceritakan". Dokumentari tersebut telah menggunakan legenda renang Olimpik, Mark Spitz sebagai pencerita.

Pada tahun 2006 juga, sebuah filem berkenaan perlawanan tersebut telah dikeluarkan, Szabadság, szerelem (judul Inggeris: Children of Glory ) yang telah diarahkan oleh Krisztina Goda, dan diterbitkan oleh Andrew G. Vajna. Pada 29 Oktober 2006, filem ini telah ditayangkan di Rumah Putih untuk tontonan Presiden George W. Bush dan tetamu-tetamunya termasuklah George Pataki, Gabenor New York dan George A. Olah, pemenang Hadiah Nobel.

Selain itu, insiden ini pernah ditayangkan dalam filem Australia Newsfront pada tahun 1978.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Simon Burnton (December 28, 2011). "50 stunning Olympic moments No7: Hungary v Soviet Union: blood in the water". The Guardian. 
  2. ^ Ron Fimrite (1996-07-28). "A bloody war that spilled into the pool". Sports Illustrated. Dicapai 2007-03-24. 
  3. ^ a b Mike Rowbottom (2006-12-02). "Ervin Zador: Blood in the water (interview)". The Independent. Dicapai 2007-03-24. 
  4. ^ "Cold War violence erupts at Melbourne Olympics". Sydney Morning Herald. 1956-12-07. Dicapai 2007-03-24. 
  5. ^ Riot Narrowly Avoided at Olympic Pool, The Canberra Times, (Friday, 7 December 1956), p.1
  6. ^ Olympic Games Peace Shattered: Fists Fly in Pool Fracas, The Argus, (Friday, 7 December 1956), pp.1,3.
  7. ^ Hungarian Injured in Polo, The Age, (Friday, 7 December 1956), p.1.
  8. ^ Player Punched in Rough Water Polo, The Age, (Friday, 7 December 1956), p.1.
  9. ^ That evening, a similar anti-Russian protest occurred during a fencing match between Hungarian Pál Kovács and Russian Lev Kuznetsov at the St Kilda Town Hall: Mr. Brundage hears crowd hoot Russian, The Argus, (Friday, 7 December 1956), p.14; Tireless Hungarian Takes Sabre Title: Appeal to Crowd, The Age, Friday, 7 December 1956), p.12.
  10. ^ a b c d e f g h i Retrieved 24 October 2017.
  11. ^ Nine Hungarians Miss First Plane for Home, The Canberra Times, (Saturday, 8 December 1956), p.3.
  12. ^ Hungarians Stay Behind, The Age, (Monday, 10 December 1956), p.1.
  13. ^ 46 Hungarians Refuse to go Home, and . . . Security Men Guard "Village", The Argus, (Monday, 10 December 1956), p.3.
  14. ^ Security Guard for Hungarian Athletes, The Canberra Times, (Tuesday, 11 December 1956), p.3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]