Hidrogen peroksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hidrogen peroksida
Formula struktur hidrogen peroksida
Formula struktur hidrogen peroksida
Model bola dan batang molekul hidrogen peroksida
Model bola dan batang molekul hidrogen peroksida
Nama
Nama IUPAC
dihidrogen dioksida
Nama lain
Dioksidana
Oksidanil
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.028.878
Nombor EC
  • 231-765-0
KEGG
Nombor RTECS
  • MX0900000 (>90% lrtn.)
    MX0887000 (>30% lrtn.)
UNII
Nombor PBB 2015 (>60% lrtn.)
2014 (20–60% soln.)
2984 (8–20% lrtn.)
  • InChI=1S/H2O2/c1-2/h1-2H ☑Y
    Key: MHAJPDPJQMAIIY-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/H2O2/c1-2/h1-2H
    Key: MHAJPDPJQMAIIY-UHFFFAOYAL
  • OO
Sifat
2(HO)
Jisim molar 34.0147 g/mol
Rupa bentuk Warna biru sangat cerah; tidak berwarna dalam larutan
Bau agak mencucuk
Ketumpatan 1.135 g/cm3 (20 °C, 30-peratus)
1.450 g/cm3 (20 °C, tulen)
Takat lebur −0.43 °C (31.23 °F; 272.72 K)
Takat didih 150.2 °C (302.4 °F; 423.3 K)
Miscible
Keterlarutan boleh larut dalam eter, alkohol
tidak larut dalam eter petroleum
Keasidan (pKa) 11.75
1.4061
Kelikatan 1.245 cP (20 °C)
Momen dwikutub 2.26 D
Termokimia
Muatan haba tentu, C 1.267 J/g K (gas)
2.619 J/g K (cecair)
-136.10 kJ/mol
Bahaya
Pengelasan EU {{{value}}}
Frasa R Templat:R5, Templat:R8, Templat:R20/22, R35
Frasa S S1/2, Templat:S17, S26, Templat:S28, S36/37/39, S45
NFPA 704 (berlian api)
Takat kilat Tidak boleh terbakar
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
1518 mg/kg
Sebatian berkaitan
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Hidrogen peroksida ialah peroksida (sebatian dengan ikatan tunggal oksigen-oksigen) yang paling ringkas. Ia juga adalah pengoksida yang terkuat. Hidrogen peroksida ialah sejenis cecair jernih yang lebih likat sedikit daripada air. Dalam larutan cair, ia tidak berwarna. Disebabkan ciri-ciri pengoksidanya, hidrogen peroksida biasanya digunakan sebagai peluntur ataupun agen pencuci. Kemampuan pengoksidaan hidrogen peroksida adalah sangat kuat sehinggakan ia dianggap sebagai spesis oksigen yang sangat reaktif. Hidrogen peroksida pekat, atau 'peroksida ujian tinggi' (high-test peroxide) oleh itu digunakan sebagai bahan pendorong dalam industri roket.

Sifat[sunting | sunting sumber]

Takat didih H2O2 telah ditentuluarkan sebagai 150.2 °C, iaitu sekitar 50 °C lebih tinggi daripada takat didih air. Hidrogen peroksida akan mengalami penguraian terma yang menyebabkan letupan apabila dipanaskan mencecah suhu ini secara praktiknya, namun ia boleh disulingkan dengan selamatnya pada suhu yang lebih rendah apabila tekanan persekitaran dikurangkan.[1]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Industri berasaskan kayu[sunting | sunting sumber]

Sekitar 60% penghasilan hidrogen peroksida digunakan untuk pelunturan pulpa kayu dan kertas.[2]

Bahan pencuci[sunting | sunting sumber]

Pengunaan industri kedua terbesar untuk peroksida ini ialah pembuatan natrium perkarbonat — hasil gabungan natrium karbonat dan hidrogen peroksida — dan natrium perborat, yang digunakan sebagai bahan peluntur tahap sederhana dalam detergen pakaian.

Apabila natrium perkarbonat dilarutkan dalam air, ia terurai menghasilkan hidrogen peroksida dan natrium karbonat seperti berikut:[3]

Disinfektan[sunting | sunting sumber]

Hidrogen peroksida boleh digunakan untuk tujuan pensterilan pelbagai jenis permukaan,[4] termasuk peralatan pembedahan,[5] dan boleh diruapkan sebagai kaedah pensterilan ruang tertutup seperti bilik.[6]

H2O2 menunjukkan kecekapan yang lebih meluas dalam menentang virus, bakteria, yis dan spora bakteria.[7]

Hidrogen peroksida dilihat sebagai bahan alternatif yang lebih selamat kepada alam sekitar berbanding peluntur berasaskan klorin kerana sifatnya yang mengurai menghasilkan oksigen dan air. Maka, peroksida ini diiktiraf secara amnya sebagai agen antimikrob yang selamat oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat.[8]

Fungsi biologi[sunting | sunting sumber]

Hidrogen peroksida terhasil dalam manusia dan haiwan-haiwan lain sebagai bahan sampingan tindak-tindak balas biokimia dan berbahaya kepada sel.

Peroksisom, sejenis organel yang wujud di sel-sel makhluk eukariot,[9] menghasilkan hidrogen peroksida akibat tindak-tindak balas oksidatif oleh enzim-enzim peroksisom. Enzim katalase pada peroksisom menggunakan hidrogen peroksida yang terhasil untuk mengoksidakan substrat-substrat seperti alkohol dan fenol.

Secara umumnya, enzim-enzim yang menguraikan hidrogen peroksida tergolong dalam satu kumpulan enzim iaitu peroksidase.

Sedikit jumlah hidrogen peroksida boleh ditemui di dalam madu, dan terhasil melalui pengoksidaan glukosa oleh enzim glukosa oksidase dalam lebah. Hidrogen peroksida terlibat dalam menghambat pertumbuhan bakteria serta penguraian DNA, tetapi banyak dibantu oleh bahan-bahan kimia lain dalam madu.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brauer, Georg, penyunting (1963). Handbook of preparative inorganic chemistry. 1. Translation editing by Reed F. (ed. ke-2). New York, N.Y.: Academic Press. m/s. 140. ISBN 978-0-12-126601-1.
  2. ^ Ronald Hage, Achim Lienke; Lienke (2005). "Applications of Transition-Metal Catalysts to Textile and Wood-Pulp Bleaching". Angewandte Chemie International Edition. 45 (2): 206–222. doi:10.1002/anie.200500525. PMID 16342123.
  3. ^ Jones, Craig W. (1999). Applications of hydrogen peroxide and its derivatives. Royal Society of Chemistry. ISBN 0-85404-536-8.
  4. ^ Ascenzi, edited by Joseph M. (1996). Handbook of disinfectants and antiseptics. New York: M. Dekker. m/s. 161. ISBN 0-8247-9524-5.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  5. ^ Rutala, W. A.; Weber, D. J. (1 September 2004). "Disinfection and Sterilization in Health Care Facilities: What Clinicians Need to Know". Clinical Infectious Diseases. 39 (5): 702–709. doi:10.1086/423182. PMID 15356786.
  6. ^ Falagas, M.E.; Thomaidis, P.C.; Kotsantis, I.K.; Sgouros, K.; Samonis, G.; Karageorgopoulos, D.E. (Julai 2011). "Airborne hydrogen peroxide for disinfection of the hospital environment and infection control: a systematic review". Journal of Hospital Infection. 78 (3): 171–177. doi:10.1016/j.jhin.2010.12.006. PMID 21392848.
  7. ^ Block, [edited by] Seymour S. (2000). "Chapter 9: Peroxygen compounds". Disinfection, sterilization, and preservation (ed. ke-5). Philadelphia: Lea & Febiger. m/s. 185–204. ISBN 0-683-30740-1.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  8. ^ "Sec. 184.1366 Hydrogen peroxide". U.S. Government Printing Office via GPO Access. 1 April 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2007. Dicapai pada 7 Julai 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Gabaldón T (2010). "Peroxisome diversity and evolution". Philos Trans R Soc Lond B Biol Sci. 365 (1541): 765–73. doi:10.1098/rstb.2009.0240. PMC 2817229. PMID 20124343.
  10. ^ "Re-examining the role of hydrogen peroxide in bacteriostatic and bactericidal activities of honey". Front. Microbiol. (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2011. doi:10.3389/fmicb.2011.00213. Dicapai pada 13 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]