Peter Pan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peter Pan atau tajuk penuhnya Peter Pan; or, the Boy Who Wouldn't Grow Up ("Peter Pan: Si Pemuda Lelaki yang Tidak Akan Membesar") ialah sebuah cerita dongeng Barat yang dikarang oleh seorang penulis novel dan skrip layar berbangsa Scotland iaitu Sir James Matthew Barrie. Kisah mengenai kanak-kanak nakal yang boleh terbang dan secara ajaib enggan membesar, Peter Pan menghabiskan masa pengembaraan kanak-kanaknya yang abadi di sebuah pulau kecil Neverland sebagai ketua Kanak-kanak Sesat, bercampur dengan duyung, Indian Merah, Pari-pari, dan lanun, dan kadang-kala bertemu kanak-kanak biasa di dunia luar. Tambahan kepada dua kerja berbeza oleh Barrie, watak ini telah ditonjolkan dalam pelbagai media dan dagangan, kedua-duanya mengambil dan mengembangkan karya Barrie.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kulit buku edisi 1915 novel J. M. Barrie, pertama kali diterbitkan pada 1911, gambaran oleh F. D. Bedford.

Peter Pan pertama muncul dalam seksyen The Little White Bird, novel 1902 ditulis bagi orang dewasa. Berikutan dengan persembahan berjaya mengenai Peter Pan pada 1904, penerbit Barrie, Hodder and Stoughton, memetik bab 13–18 dari The Little White Bird dan menerbitkannya di bawah judul Peter Pan in Kensington Gardens, dengan gambaran tambahan oleh Arthur Rackham.[1]

Cerita ini mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Peter Pan. Dia bersama rakan pari-parinya, Tinker Bell telah berjumpa dengan tiga orang kanak-kanak iaitu adik-beradik Darling yang bernama Wendy, John dan Michael di London. Ketiga-tiga anak mereka kemudiannya dibawa oleh Peter Pan ke Neverland, iaitu sebuah pulau yang begitu indah dan cantik. Walau bagaimanapun, Wendy, John dan Michael telah ditawan dan ditangkap oleh sekumpulan lanun yang diketuai oleh Kapten Hook. Tetapi ketiga-tiga anak mereka telah diselamatkan oleh Peter Pan dan akhirnya Captain Hook bersama-sama pengikut lanun itu telah melarikan diri akibat ancaman seekor buaya ganas yang suka mengekori Kapten Hook.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Protagonis[sunting | sunting sumber]

  • Peter Pan - Seorang budak lelaki dari Neverland
  • Tinker Bell - Rakan pari-pari Peter Pan
  • Wendy Darling - Anak sulung dari keluarga Darling
  • John Darling - Anak tengah dari keluarga Darling
  • Michael Darling - Anak bongsu dari keluarga Darling

Antagonis[sunting | sunting sumber]

  • Kapten James Hook - Ketua kumpulan lanun
  • Smee - Penasihat merangkap orang suruhan utama Kapten Hook

Watak Haiwan[sunting | sunting sumber]

  • Buaya - Seekor binatang buas yang suka takutkan ketua kumpulan lanun iaitu Kapten Hook

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Birkin, Andrew (2003). J.M. Barrie & the Lost Boys. Yale University Press. m/s. 47. ISBN 0300098227.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]