Pilihan raya Negeri Selangor 1955

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pilihan raya negeri Selangor 1955 telah diadakan pada 26 September 1955 di 3 kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kelang Utara dan Kuala Lumpur Barat. 20,000 pengundi telah turun mengundi di tempat pengundiaan yang ditetapkan. Tujuannya bagi memilih Ahli Majlis Negeri Selangor.

Calon Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang ketiga-tiga kawasan ini. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Buruh dan dua calon bebas kalah. 10 kerusi telah dimenangi oleh Perikatan tanpa bertanding. Ini bermakna 13 kerusi di Selangor dibolot oleh parti Perikatan.

Pada 23 September 1955, Perikatan menang semua 9 kerusi di Pahang. 7 kerusi dimenangi tanpa bertanding.

Perikatan juga menang semua kerusi di Perlis yang diadakan pada 25 September 1955.

Dengan adanya pilihan raya umum 1995 ini, buat pertama kali Menteri Besar setiap negeri dilantik dari kalangan Ahli-Ahli Majlis Negeri yang dipilih oleh rakyat. Sistem ini tidak dilaksanakan sepenuhnya sehinggalah Malaysia merdeka pada 1957.

Sistem pilihan raya ini berkembang kepada peringkat persekutuan. Bagaimanapun 1/3 daripada Ahli Majlis Jemaah Menteri dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]