Pilihan raya kecil Rantau 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil Rantau 2019

← 2018 13 April 2019 (2019-04-13) 2023 →

Kerusi Rantau di Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
 
Calon Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan Dr Streram Sinnasamy Malar Rajaram
Parti BN-UMNO Pakatan Harapan Bebas
Undian popular 10,397 5,887 83

 
Calon Haji Mohd Nor Yassin
Parti Bebas
Undian popular 79

ADUN Rantau sebelum pilihan raya

Mohamad Hasan
BN-UMNO

ADUN Rantau

Mohamad Hasan
BN-UMNO

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Rantau 2019 merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding penyandangnya, Dato' Seri Mohamad bin Hasan|Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 13 April 2019.

Penamaan Calon[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH-PKR, BN-UMNO dan juga dua orang Bebas. PKR telah mempertaruhkan Dr Streram Sinnasamy. BN pula mencalonkan Timbalan Presiden UMNO yang juga penyandang, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Manakala calon Bebas yang bertanding ketika itu adalah Cik Malar Rajaram dan Haji Mohd Nor Yassin[2].

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan keputusan rasmi[3]

Parti Nama Calon Undi Keputusan
BN-UMNO Mohamad Haji Hasan 10,397 Menang
PH-PKR Dr Streram Sinnasamy 5,887 Kalah
Bebas Malar Rajaram 83 Hilang Deposit
Bebas Mohd Nor Yassin 79 Hilang Deposit

Rujukan[sunting | sunting sumber]