Mohamad bin Hasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama
Haji Mohamad Hassan

Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5
Tempoh jawatan
25 Mac 2004 – kini
Didahului oleh Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad

Perhimpunan
untuk N27 Rantau
Tempoh jawatan
Mac 2004 – kini
Didahului oleh Abd Ghani Hassan

Lahir 2 Mei 1956 (60 tahun)
Rembau, Negeri Sembilan Flag of Negeri Sembilan.svg
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Datin Seri Utama Raja Salbiah binti Tengku Nujumudin
Pekerjaan Ahli korporat

Ahli politik

Agama Islam

Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) adalah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga sekarang. Pelantikan semula beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandakan penggal ke-3 jawatannya. Di peringkat nasional, beliau ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga ialah Ketua UMNO Bahagian Rembau.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).

Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).

Politik[sunting | sunting sumber]

Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
25 Mac 2004 – kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Isa Abdul Samad '